Saya ingin mengajar Teknik Memerah Susu menggunakan tangan
Jujurnya saya hanya tau teknik ini semasa di dalam kelas
Sebelum ini sumpah saya tak pandai perah guna tangan
Kan dalam entri sebelum ni saya kata nak buat model payudara shanteks2 kan
Sudahnya saya hanya gunakan model yang lama dan tambah rantai kunci
Supaya model payudara ini boleh jadi keychain..hihihi

Mengapa perlu memerah menggunakan tangan?
- Mungkin ibu tak sangka akan berjauhan dengan bayi selepas melahirkan kerana sebarang kes kecemasan
- Ibu belum membeli pam
- Breast terasa penuh dan bengkak
- Ingin menambahkan production susu (Perah 3 jam sekali)
- Pam yang dibeli ibu tidak sesuai dan menyakitkan payudara ibu
- Ibu ingin menyapu sedikit susu pada nipple bagi kes nipple crack
- Ibu terlupa bawa pam atau aksesori ke ofis (Tiada alasan tidak mengepam lagi ye..hihi)
STEP 1 : Letakkan jari anda dalam bentuk C di bahagian luar aerola
Hati hati daripada terlalu rapat dengan nipple
Bagi ibu yang mempunyai aerola yang agak besar,
Agak agak letakkan jari anda di mana mulut bayi anda berada setiap kali menghisap susu
STEP 2 : Tekan inwards ke dalam bahagian tulang dada anda

STEP 3 : Picit ke bahagian dalam nipple
Buat 5 ke 10 kali perahan

STEP 4 : Dan buat pusingan membulat sekeliling luar aerola anda

Masa diambil 15 ke 20 minit sebelah breast
Dimana sehingga breast rasa kosong
Nota : Anda tidak perlu menumbuk2 breast, mahupun memicit mana mana bahagian lain breast kerana dibimbangi akan mencederakan tisu payudara dan menyebabkan blocked duct.

Tangan anda mengampu payudara dan bukannya ‘memicit’ payudara kerana konsepnya mudah
Dimana bahagian yang terlibat dan dihisap bayi semasa feeding time
Disitulah bahagian yang perlu dipicit bagi mengeluarkan susu

Ibu, selamat mencuba!
Related posts:



baru ku tahu…

Pertama kali Sue try adalah semasa kursus ini..hehe
pernah juga tertinggal pam, dan saya perah dengan tangan… tapi, sangat lenguh… hehehe
rasa tak sabar nak mengandung lagi, nak try…
—
Lepas ni Sya boleh prektiskan utk 2nd baby
Dan ianya mudah dan tak menyakitkan!
Cuma ambil masa dan elektrik breastpump lebih mudah (senang sambil chatting sambil ngepam)
bestnye.. mcm² info leh dpt kat sini… anyway thanks!
Happy BF-ing!
—
Welcome Along Ayunie
ku nak beli key chain itu..ada jual di lunatots shop ka.
—
Haha : Dida mahu keychain breast ye? Nanti ku buat ye…(waha…berubah wajah baru breast ku bila tambah chain ring…ekeke)
1st few trial, mmg susu kuar sikit, & tgn lenguh2… tp lelama tu ok la..
-mama emma yg hanya memerah pakai tgn selama 17bln-
—
Yup Mama Emma mengepam menggunakan tangan sehingga bayinya besar (kagum kan?)
Tahniah Emma!
Sal perah dgn tangan 2 minggu pertama naik kerja..kes tak sangka nak continue BF slps kerja, mmg tak prepare beli pam letrik. beli pam manual tp tak pandai guna! Mmg lenguh sementara nak dpt teknik tapi pastu dah dpt spot yg betul, senang je susu memancut…so kalau tertinggal pam/ aksesori, still leh ‘hidup’ la!
—
Wah Sal : Betul tu Sal, bila dah prektis, mesti lebih mahir kan dear
tak pernah pump pakai tangan…
—
Nadnye boleh cuma, memang keluar susu! Sue pun tak sangka semudah itu…
Salam sue shanteks
Mu buat pakai apa model Breast ni, sama ah
heheehe…ku penah perah pakai tangan, lagi byk dapat dari pakai pam, tapi lenguh sket lah.
—
Salam Fiza : Ku gunakan kapas, stokin coklat dan pensel color utk mewarna
Pandai mu perah..buat stok utk anakanda tershenta kan kan
salam sue..
baru ku tahu.. teknik yang betul
dah dua hari babyku kena tahan kat wad sebab jaundice
dok perah pakai tangan la ni nak hantar stok ke klinik.. mmg tekan kat areola tu, tapi tak tau pulak teknik pusing2 itu. nway ku tekan sekejap2 je pastu ku tunggu menitik tap..tap.. sambil tengok drama TV hihii.. dlm setengah jam boleh dapat 4 oz jugak.. hari ni baby dah bole keluar, tak sabar nak suruh dia kosongkan breast yang membengkak ini..
nampaknya kena rajin2 baca blog sue korek info. thanx sue
Take care muah utk baby & ibunya
—
Tahniah Nai kerana bersungguh2 menyusukan baby. Susu ibu adalah permulaan yang terbaik!
Alhamdulillah baby dah boleh keluar, lepas ni utamakan direct feeding ye dear
ai sue..ku tertinggal pam arini..nk balik malas pule, teringat artikel mu ini, membuatkan ku mahu mncube, dapat gak 5oz td..tapi lenguh ler n agak amik mase..but sesakli gune natural way bagus juge spya kite tak terlalu depend on machine kan!..
wah2..br dpt tau cara nih..sblm nin dok picit2 dr ats smpai la kt nipple tu..ok pasni leh try..so ada dpt x sms mie arinih?
—
Salmi : Sue dapat sms Salmi tapi tak sempat nak reply. Kalau Salmi ada masa, Salmi call Sue ye, boleh Sue eksplainkan terus
sy mmg perah susu secara manual..ntah la x de yg ngajar..automatik je perah pakai tangan..alhamdulilah kuasa ALLAH s.w.t..mmg sgt lenguh tp alhamdulilah hasilnye sgt memuaskan..sy dpt perah secara manual di ofis lebih kurang 20oz sehari..
sy pernah cuba tuk pakai breastpump tp x jd n menyakitkan la..
maybe x sesuai ngan sy kot..hehehehe
skang baby dh 8bln still fully b/feed wlupun sy ibu berkerjaya..
alhamdulilah anak sy chat dn kuat..
comel la keychain breast tu..ada jual ker?
—
Salam Mama Kasih : Tahniah kerana bersungguh2 memerah susu utk anak tercinta
Pemilihan breastpump yang baik adalah penting kerana ianya melibatkan proses yang lama (2 tahun survive di tempat kerja)
Keychain breast tu saya buat sendiri utk koleksi..hihi
As’kum..tumpang tanya..pusingan membulat tu macamne ye?yg step 4…adakah kena pusing-pusingkan breast?
tq
—
Salam Nur, picitan membulat arah jam/lawan arah jam sekelling aerola.
salam…saya baru mendapat cahaya mata pertama 22apr2011…
sy bekerja, jd dah mula memerah susu pakai tangan sebab pam yang dibeli tak sesuai…tapi sekali perah dapat 2oz je…baby minum banyak and kerap..boleh tak bg panduan mcm mana nak beli breastpump yang sesuai?
—
KcWani boleh mencuba menggunakan Spectra 3 seperti di link ini http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=60&products_id=640
izin share ye…
—
Ida, boleh share kan lah ya
Kak Sue yang lovely,

saya mohon izin untuk share gambar2 dalam entry ni boleh? nak masukkan dalam slides saya tentang hand expression
slides untuk rakan2 nurse hehe
TQ Kak Sue..
—
Mizzwani, boleh tapi kena belanja Kok Sue makan..hihi
wah,macam ni ke pam guna tangan..pernah try pam guna tangan dlu tapi kuar skit jer..pastu beli manual pam.tak sabar nak pregnant lagi nak try la cz bila bagi susu ibu kat bb rasa puas sgt..
thanks ya.
—
Selamat menyusukan bayi ya Nur Dylah.
nk copy boleh?
zaza perah manual guna tgn tapi tak dapat banyak 2 oz je… tapi still berusaha bf baby sebanyak yg boleh even bekerja… jadik fm sikit je bg baby…
—
Zaza dicadangkan hadir ke Kelas Persediaan Susu Ibu yang boleh membantu Zaza menyusukan bayi secara eksklusif.
mohon share ye..akak x pernah amalkan perahan susu. Cube gak perah tp x banyak n tangan cepat lenguh. Dengan info yg brguna ni akak kan cube praktikkan. Tq so much.
—
Sama sama kasih.
alhamdulillah…sungguh teruja bila dpt info ni…=) terima kasih ats ilmu yg dikongsi…
—
Alhamdulillah Puan Hani Suraya. Selamat menyusukan.