Mengapa Kaunselor Laktasi?

Kepada kalian yang saya rendui,
Hidup saya sentiasa huru hara, cuma sejak pulang dari berkursus
Rasa letihnya lebih lebih sikit
Oh oh bukan letih ‘berisi’, tapi letih mental dan fizikal..hihi

Banyak yang saya belum update kalian kan?
Malam dah larut dan saya baru lepas sudah membungkus order2 customer
Ianya tak banyak, cuma bila boleh buat kerja lepas anak tidur, itulah akibatnya.. :sigh:

Sekadar nak bersharing is caring
Mungkin ada yang hairan, kenapa saya mahu jadi satu daripada Konsultan Laktasi di Malaysia?
Lain orang, lain pendapatnya kan
Ini cuma apa yang lahir dari hati tulus mulus kudus saya
Niat saya ikhlas, anak anak kita berhak mendapat ‘permulaan yang terbaik’
Saya mahu Penyusuan Susu Ibu jadi satu topik yang sama penting dengan Denggi dan AIDS
Atau Pemilihan Ketua Pemuda Umno..hihi
Saya mahu Penyusuan Susu Ibu sinonim dengan semua ibu yang bakal melahirkan dan ada anak kecil

Sila jangan ambil hati sekiranya ada kata kata yang mungkin boleh mengguris emosi
Jadikannya sebagai tanda kasih sayang saya utk anak anda, anak kita

Penyusuan Susu Ibu – bunyinya macam mudahkan?
Letak bayi di payudara, dan susukanlah!
Tapi kalau ianya mudah, mengapa tak ramai yang ‘berjaya’ melakukannya secara eksklusif?
Eksklusif – 6 bulan pertama bayi membesar dengan HANYA susu ibu dan seterusnya diteruskan sehingga 2 tahun walaupun makanan pelengkap diberi
Sedangkan khasiat susu ibu yang dinyatakan di dalam mana mana buku(anak lebih bijak, kurang sakit, mempunyai mata yang sihat etc etc) hanya akan dicapai dengan penyusuan eksklusif dan bukannya campur campur?

Dan kalau ianya mudah, mengapa ibu saya (mungkin ibu anda juga) berkata “Ibu tidak banyak susu”
Atau “Ibu hanya menyusukan awak selama 2 bulan sahaja”
Dan kakak2 kita “Anak akak tak mahu susu badan”
Juga saudara mara “Awak jenis banyak susu badan, baguslah…Kami ni jenis susu kurang”
Kawan kita “Puting aku luka, tak tahanlah menyusukan”
Dan kalau ianya sebegitu simple untuk diapplikasikan, mengapa saya sendiri TIDAK menyusukan anak secara eksklusif selama 2 bulan pertamanya?

Sedangkan faktanya “SEMUA ibu mampu menyusukan anaknya secara eksklusif dan seterusnya sehingga 2 tahun”
Kalau itu hakikat, mengapa RAMAI ibu tak dapat meneruskan penyusuan?
(Saya hanya menyenaraikan contoh2 ibu yang MAHU menyusukan cuma tidak berjaya)
Tak sampai hati saya menyebut dialog ibu yang tak mahu menyusukan

Kesimpulan saya : Kami gagal kerana tidak mendapat informasi yang TEPAT, daripada org yang TEPAT di masa yang TEPAT.
Selain itu, kami kekurangan sokongan orang sekeliling (seperti suami, keluarga,mertua dan kawan kawan).
Rupanya Penyusuan Susu Ibu tidak semudah yang disangka.

Saya mahu jadi orang yang TEPAT dengan informasi yang TEPAT dan PADAT
(Saya menjawab soalan yang bertanya, mengapa saya bersungguh sungguh dengan bidang laktasi)
Kerana itu saya perlu menghadiri banyak kursus, exam dan support group utk menimba ilmu dan menjadi ‘seseorang’ dalam bidang ini
Dan besar harapan saya kalau dapat menyumbangkan ilmu di masa saya DIPERLUKAN

Susu ibu adalah hak anak anda selama 2 tahun pertama
Ianya penuh dengan enzim, antibodi, bersih dan selamat untuk mereka
Susu formula bukanlah benda yang ‘tidak mendatangkan apa apa’ kepada bayi anda
Tin belakang susu formula tidak muat utk menyenaraikan ‘bahaya’ nya pada si kecil
Bukan sahaja semasa bayi itu kecil tetapi sehingga beliau dewasa efeknya!

Kalau diri ibu sendiri boleh menghasilkan ‘Susu yang berstandard piawaian tertinggi’, berbanggalah menjadi wanita dan teruskan menyusukan anak anda secara sepenuhnya
Dan jika anda seorang lelaki, bantulah isteri anda menyusukan anak anda selama 2 tahun pertama
Kalaupun dulu kita tidak mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya, moga moga berkat keterbukaan mata kita
Anak anak kita hidup sejahtera..

Kebergantungan bayi anda di payudara anda, bukan sekadar demi mendapatkan sumber makanan
Tetapi ianya lebih kepada pengisian emosi anda dan bayi
Perkongsian naluri itulah yang menyebabkannya lebih cerdik berbanding diberi susu botol sahaja..

Penyusuan Susu Ibu bukan sekadar ibu dan anak
Tetapi meliputi bapa, keluarga, ipar duai, jiran tetangga, rakan sepejabat mahupun majikan seterusnya seluruh masyarakat
Tukarkan persepsi anda terhadap breast sebagai simbol seks kepada yang sepatutnya
Breast adalah simbol bonding, nurturing and nourishing!

Nota Sue kecil : Sebarang email mengenai laktasi akan saya balas dan publishkan di blog dengan tujuan supaya ianya dapat menjadi info kepada ibu ibu lain.

Puan Suraya,
info’at’lunatots.com

Related Posts with Thumbnails

20 Responses to “Mengapa Kaunselor Laktasi?”

  • mamariff says:

    Wah! panjangnya kursus… patut pun panjang pulak catatannya. Bila dah ada kesedaran ni..biasanya kita nak ilmu lagi… dan lagi. Akak cadang Su buat buku. Nanti akak jadi pembeli pertama. Serius ni.

  • sharifah says:

    sue..ada panduan utk stop bf pada ank yg berumur 2 thn?adik dia yg 2 mths selalu
    kena berebut nk bf

    Sharifah : Nanti Sue buatkan entri mengenai weaning ye

  • Hayatie says:

    Tahniah kak sue. Ku berbangga…

    Terima kasih Tie : Muah muah..

  • serinditrimba says:

    e he..

    Ye betul tu sue…. u-ul pun tak menyusu badan..sampai dua bulan dah tak nak…

    Kak Shenta : Akak dah berikan yang terbaik selama 2 bulan pertama..Tahniah :)
    Masa tu Sue belum bersalin lagi kak, kalau tak harus Sue bantu akak dan U-ul, insyaAllah

  • Liz says:

    Sue, congrats! tak sia-sia pengorbanan selama nie ye.

    Terima kasih Liz :)

  • dida says:

    tahniah sue

    Terima kasih Dida :)

  • Nurul says:

    TAHNIAH & BANGGA dgn Sue…

    Huda…Terima kasih, menitis air hidungku mataku bila mu kata begitu…hihi

  • haza says:

    Tahniah LUNA! Mara lagi satu step.. sesama kongsi ilmu ya dear.. perluaskan ke seluruh muka bumi.. Biar semua ibu menyusukan.. dan biar semua anak mendapat yg terbaik.. muahhhs!

    Thanks Haza : Acik terharu dengan ucapan mu!
    Terima kasih! Ilmu itu luas kan..

  • Najwa says:

    Kak Su,

    Ada tips untuk ibu yang tgh pregnant ni dan plan untuk full breastfeed my 1st baby?

    Najwa check article ini ye http://www.diyaluna.com/diary/2009/03/07/saya-sedang-mengandung-mahu-menyusukan/
    Tahniah kerana bertekad! Ianya step yang pertama…teruskan!

  • kifana says:

    Moga Allah permudahkan usaha akak..menyampaikan kepada yg lain akan kebaikan susu ibu..

    Amin..sama sama kite ye Fiza :)

  • Riez says:

    Sue..congrats ye!

    Terima kasih Riez..

  • sabar says:

    congrate sue atas usaha murni itu…insyaAllah niat yg baik akan mendpt berkat.
    Sy cadangkan sue tulis buku la…kongsikan pengalaman/ilmu tu…mesti menarik…lagipun berdasarkan cara penceritaan sue dlm blog ni sy yakin sue mampu menarik minat ramai… even kwn2 yg sy forwdkan blog ni rata2 memuji seronok dgn cara sue bercerita & ilmu yg dikongsi bersama…
    hidup sue!!!
    ps:sms ku psl bekas mkn iki blm berjawap…:(

    Terima kasih Saba : InsyaAllah bila dah cukup ilmu di dada, Sue akan bukukan sebagai panduan semua
    Kalau sekarang Sue buat buku, harus ramai ibu ibu yang pening pening tak faham apa yang Sue cuba sampaikan..ekeke
    Terima kasih kerana sudi melawat blogku Saba

    P/S- Sorry, bekas makanan Iki ku dapat free semasa menghadiri majlis makan makan di customer site. Kantoii….suka tapau bawak balik lepas makan free..keh keh

  • syam rizal says:

    Salam Su,
    Syam banyak membaca tentang susu ibu dan akui akan khasiatnya kerana Syam sering mengaitkan pembacaan dengan pembelajaran Syam di bidang bioperubatan. Cuma Syam ingin bertanya adakah cara untuk bakal ibu meransang mengeluaran susu badan semasa kehamilan supaya tidak lagi timbul alasan tiada susu semasa kelahiran baby. Syam ada terbaca artikel dimana kekerapan hubby memberi rangsangan kepada brest di akhir kehamilan dapat membantu menghasilkan susu yang banyak. adakah ini benar?

    Syam : Tahniah di atas effort Syam itu.
    Susu ibu tidak perlu dirangsang semasa kehamilan kerana ianya akan keluar sebaik sahaja bayi dilahirkan.
    Mungkin Syam boleh baca mengenai bagaimana susu terhasil untuk lebih info.

  • ila semut says:

    sue, kalo tak silap kita pernah sehousemate masa alpha kat mmu mlk dulu skejap! kat tmn dahlia kan memula tuh kita duduk? ke aku silap org tah? hehe..

    eh sebenarnye tujuan aku mengkomen kat sini sbb aku ada problem ngan anakku yg tak mahu langsung botol! problemnye bila aku anto EBM 3botol(15oz) kat babysitter, die langsung tak mau minum!! melalak bila diberi botol! die lapar, tp tamo botol…camne tuh? takkan nak dibiarkan anakku kelaparan bila kat babysitter? kalo kat rumah pon kitorg coba gak kasik2 die botol, mmg kuat laa die melalak macam kene dera! risaunye aku..aku dah tatau nak wat apa..kitorg try beli teats NUK yg kuning/cokelat tu, tak jalan..try bagik btol nuby yg siap ada bintik2 cam breast tuh pon tak jalan..try botol the first years – breasftflow pon tak jalan gak! banyak stock EBM aku buang gitu je sbb dah thaw tp bila coba kasik die, die tamo..tolonglah aku!

    eh ke aku salah topik? camne aku nak kontek2 ko nih?

    Ila : Betul, Sue la itu (dulu bam bam amat) sekarang dengan teknik pencahayaan yang betul, saya jadi 2 tona lebih kecil (hihi)

    Ila boleh cuba beri guna syringe, cup mahupun sudu. Atau ila cuba botol MAM, ianya banyak membantu ibu ibu lain memberikan EBM pada si kecil :)

  • norhayati says:

    Salam,
    sy ada masalah ni…payu dara belah kanan sy sakit bila baby menyusu..dah 1 minggu berlaku tp sy buat tak reti je…tp smlm rasa sakit sangat..bila sy rasa pada breast kanan tu di bahagian bwh rasa mcm berketul2 (mcm bila breast penuh kan ada rasa ketul2 liang susu) and ada part yg keras. sebelum ni tak de pulak rasa keras2 tu..bila tekan mmg sakit..bila baby menyusu lagi la sakit smpi rasa ke nipple bisanya…kenapa ye and nak buat mcm mana…bila pam tak le sesakit baby myusu. …tp tgk liang2 susu mcm tak byk je dulu kira2 ada la dlm 7-9…ni ada 3-4 jer..baby sy nakmasuk 7 bln. dah la semua org nak cuti raya ni…bantu sy su…thanks

    Yati : Kemungkinan berlaku gumpalan susu yang tertinggal di dalam payudara. Ianya boleh dikeluarkan dengan cara memicit lembut2 dalam bentuk bulatan dan menuam kawasan tersebut dengan cara meletakkan warm towel di atas payudara bagi membantu melancarkan pengeluaran susu tersebut.
    Sekiranya perlu dan menyakitkan, doktor akan menyarankan pembedahan kecil bagi membuang gumpalan tersebut.
    Walaubagaimanapun, Yati jangan risau..cuba tuam dahulu dan berjumpa dengan doktor bagi rawatan lanjut ye.

  • Hidayah says:

    Salam, kak su,

    saya mempunyai seorang baby gurl yang berumur 4 bulan lebih. pada awal2 kelahiran, breast saya kurang menghasilkan susu. then setelah 3,4 hari baru susu ada. sebelum itu saya sudah memberi susu formula . setelah dapat menghasilkan susu, saya pam dan juga menyusukan secara breast feed. setelah sebulan anak saya menangis kerana tidak mahu apabila saya menyusukan secara terus ke badan. saya pun berasa amat letih apabila mengepam menggunakan manual breast pam…semakin lama, susu semakin kurang… samapi sekarang kalau picit keluar setitik jer… saya mahu memberikan susu ibu kepda bayi saya… macam mana yer, perlukah saya membeli automatik breast pump, tapi susu dah x der… atau dah terlambat untuk saya ada kembali susu badan.. please help me…. i really want to feed my baby…

    Salam Eyda: Secara biologinya badan ibu akan menghasilkan susu sebaik sahaja bayi dilahirkan.
    Kekurangan persediaan mental, ilmu penyusuan dan campur tangan orang lain adalah antara faktor utama kegagalan penyusuan susu ibu secara eksklusif bermula mahupun bermula dari hari pertama atau selepas beberapa bulan.
    Eyda masih boleh mendapatkan pam yang baik, mengepam 3 jam sekali, cuba memujuk bayi untuk minum dari Eyda dan jika perlu, Kak Sue sarankan Eyda menggunakan SNS (supplementary nursing system) bagi membantu badan Eyda mengeluarkan susu yang mencukupi utk anak Eyda.
    Perkara yg paling penting ialah : Eyda mahu lakukannya!

  • Hidayah says:

    Terima Kasih .. maksudnya saya masih boleh memberi anak saya susu ?? saya try dulu pil asi n susu choclate , lihat perkembangan , sekiranya bertambah susu, then saya akan membeli pam spectra . OK x ? terima ksih tolong saya….

    Hidayah : Makanan tambahan hanyalah sebagai supplemen dan bukan cara utama susu dihasilkan. Cara utama ialah lekapan bayi ke payudara ibu dan pengepaman secara konsisten iaitu 3 jam sekali.
    Saya harap Hidayah faham yang pil asi dan susu chocolate sahaja tanpa kedua dua perkara yang saya sebut di atas tidak akan meningkatkan produksi susu.

  • Hidayah says:

    baby saya menangis2 apabila saya melekapkan kebadan saya… itu yang saya risau.. dia x nak hisap langsung… daripada x nangis terus nagis bila saya lekatkan ke breast… buntu gak… saya memang nak sangat bagi breast feed pada anak saya….oklah.. saya akan pam…

    Ok Hidayah, cuba pujuk anak semasa dia mood tenang ye :) InsyaAllah boleh.

  • Masniza Abas says:

    bacalah wahai para ibu2, bapa2, bakal2 ibu n bakal2 bapa sekalian..jgn pndang remeh demi menghasilkn generasi yg BERMUTU.

  • Mas says:

    Puan, mcmane nk jadi seorg kaunselor laktasi / join support group BF?

Leave a Reply

Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.

    Feel free to communicate through my email info'at'lunatots.com for seminar arrangement

    Whatsapp 0129449515
    LIKE my Facebook pages:
    Suraya Ali
    Lunatots Cloth Diaper
    The Milk Story
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

Announcement
OFFICE : 0392265152 LUNATOTS HQ 32G JALAN DANAU LUMAYAN 1, BANDAR SRI PERMAISURI, 56000 CHERAS KUALA LUMPUR HOTLINE LUNATOTS : 0102414050 /0125502515
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
http://www.lunatots.com/shop
Readers
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: