Iki dah sihat -pneumococcal

Iki dah sihat -pneumococcal

Haritu kan saya mengadu bomba pasal Iki yang demam, sakit gatal gatal semasa di Langkawi?
Kami bawanya ke Klinik Kanak Kanak Cheras untuk ambil dos seterusnya bagi suntikan Pneumococcal pada hari Isnin
(Hari pertama saya berkursus)
Badan saya penat letih ya amat
Tapi demi kesihatan anak, kami bangun juga gigih memandu ke klinik



Mengikut kata doktor, ianya bukan tanda tanda HFMD mahupun cacar air
Ianya lebih kepada bacterial infection
Ubat yang Iki dapat, ubat gatal minum, ubat gatal sapu, ubat demam dan antibiotik

imgp1972

Kalian lihat muka Iki
Dah noti kan..Takde iras iras kanak kanak manja gebu dah
Saya pun tak tahu ikut muka siapa..kekek.. 

imgp1973

Ini aksi Iki masa kena suntikan Pneumococcal
Nak dijadikan cerita, nurse ni beritahu kami “Puan, kami akan beri suntikan Prevenar ya”
Saya “Tapi saya nak ambil Pneumococcal”
“Iye puan, nama suntikannya ialah Prevenar, nama disease nya ialah Pneumococcal”
Ayo malu saya tau…itulah, aci terjah je tak baca baca dulu…keke 

imgp1978

Jadi masa di luar klinik tu, acik sekolahkan diri acik sekejap mengenai suntikan Prevenar
Bagi yang tertanya tanya, suntikan Pneumococcal ini masih belum diberi secara percuma di Malaysia
Usia bayi yang berbeza  memerlukan dos yang berbeza
*Bagi bayi seusia Iki (atas 9 bulan) – hanya 2 dos diperlukan
Dimana harga setiap satu dos ialah RM330 

imgp1980

Dan bila sampai dirumah, haruslah kami berperang beri Iki makan ubat :)

imgp1989

Terima kasih atas doa dan kasih sayang kalian
Iki sudah hampir sembuh…kami saaaaaayang semua!

468 ad

5 Comments

  1. alorrr… ciannyer menantu ibu… kwang..kwang..kwang…

    Muka noti tu za..ayoyo…

  2. sue, last year pun mirah ada bawa aisyah pergi langkawi, balik dari langkawi kena gatal2 mcm iki tu. Huh doctor ckp infection. Adakah udara/ air di langkawi kurang bersih ke?? Heheh heran kan.. Aisyah tak main air pun masa kat sana, cuma mirah suspect dia sentuh benda kotor pun masa dia mrangkak dalam bilik hotel Tu je lah.. Takpelah apapun moga iki cepat sembuh.

    Ye ke Mirah : Iki pun tak main air..cuma mandi kat bilik air je la
    Sampai demam dibuatnya..berkali kali Sue tanya DR, betulke bukan anything yang lebih serious
    (macam Sue pula DR..ekeke)
    Bukan apa, takkan infection je kan..hihi..
    Apapun Sue bersyukur Iki dah sihat dan kurang gatal2nya..

  3. serinditrimba |

    Kesian anak ibu nih…
    Tak per..tak kisah la ada gatal-gatal ke, akak tetap akan cium iki

    Hihi : Iki masam kak…Sue pun hairan cemana ‘benda’ sekecil ini boleh semasam itu? Dia sengih je bila Sue tanya camtu padanya..ekeke…

  4. Alhamdulillah….seronot tgk Iki dah sembuh…Sama la dengan ‘Aina, makin besar makin berperang nak bg dia makan ubat…huhuhu!

    Hihi : Dah besar dah kan anak anak kita Diana :) Lagi2 dia dah pandai sebut ‘nanak….nanakk…’

  5. Salam ziarah.

    Nak tanya, kenapa kena amik suntikan ni eh?
    T.kasih.

    Salam Syahada, untuk maklumat lanjut, Syahada boleh refer ke klinik kanak kanak berhampiran kawasan Sya ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: