Prff…kasi saya tarik nafas dulu ye kalian
(Aiceh…kalau berlakon busy, memang no 1)
Hihihi..

Permulaan entri dimulakan dengan gambar ikhsan kamera si dia
Encik Suami memang suka ambil gambar yang sebegini
Gambar yang selalu membuatkan saya kerut kerut kening
Bila dia tanya “cantek tak?”
Ala ala bila saya tanya dia “Syg cantek tak?”
Hahaha…teknik kerutan (bukan kedutan tau) yang samalah kami gunakan!
Gambar ni buat saya terfikir
Yang rezeki di muka bumi ni Allah jadikan utk dikongsi bersama semut
Kalau ada 100, 10 untuk A, 10 utk B dan begitulah seterusnya
Mungkin C dapat 30 tapi untuk di share bersama C1 dan C2
(haha..peningkan? Macam gred SPM je!)
Apa yang saya cuba sampaikan
Saya percaya yang kalau RM1 itu milik saya dan keluarga
Ianya akan jadi milik kami utk dibelanjakan buat beli barang rumah, dimasak dan hadam dalam perut
Dan andai takdir RM1 itu milik orang lain
Kalau saya rebut2kan, buruk2kan orang sana sini demi mendapatkan duit itu
Ia tetap akan pergi kepada org itu
Wahhh…makin pandai pandai berfalsafah saya ni kan?
Buat semua kawan peniaga,
Mari kita sama sama bersihkan hati, lapangkan dada
Kadang2 ujian yang datang dari bentuk kesenangan LEBIH SUSAH berbanding ujian Allah dalam bentuk kepayahan kan?
Kita kongsi kan yang mana banyak
Kita berjimat yang mana sikit..
Jadikan perniagaan itu jambatan ke akhirat
Refer link ini sebagai tazkirah hati
Peniaga yang baik ialah:
- Jujur dalam sukatan
- Penjual dan peniaga tahu bentuknya, rupanya dan kegunaannya
- Barang yang di jual suci daripada anasir2 yang tidak elok
- Tidak memonopoli
- Terdapat perjanjian-akad jual beli
- Pembeli mendapat manfaat daripada barang yang dibeli (oh oh macamana dengan Nendoroid saya?)
- Memberitahu pengguna sekiranya terdapat kecacatan
- Tidak menyorok barang dengan niat menjualnya dengan harga mahal
Rujukan dari web ini dan web ini
Motivasi untuk diri saya sebagai Muslim
“Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah.”
dan
“Usahawan yang jujur dan amanah di dalam melakukan urusan perniagaan dan jual belinya akan bersama-sama dengan Nabi, para Siddiqin dan Syuhada’ di akhirat kelak”
Please don’t take me wrong
Info di atas utk diriku sendiri
Supaya ku sedar letak dudukku
Agar ku jadikan Lunatots sebagai jambatan utk ke syurga dan bukannya sebaliknya
Wah…berpeluh weh masa ku tulis artikel serius ni :phew:
Okeh, masuk bab kehidupan harian saya
Ini kisah sambungan minggu lepas
Pulang dari Sara Kids utk sesi HomeSchool Chatter
Saya ke Tesco Shah Alam
Niatnya utk membeli working machine saya yang baru selepas eeePC saya di letgo
Kami singgah beli Dorayaki-Doraemon’s favorite snack!
Read more about Dorayaki here

Iki masih didalam pouch mommy
Ini ala ala teknik ‘Kanggaroo Care’ – Cara penjagaan anak seperti kanggaroo
Baby dekat dihati dan mendengar denyutan jantung mommy


Inilah yang kami nak beli
Boleh buat zero interest installment selama 12 bulan dan harganya RM1499!
Pelaburan berbaloi untuk laptop yang high spec..

Tapi prosesnya LAMA sangat
Call bank, masuk mailbox, tunggu berjam jam, Call bank tak dapat lagi
Ku pegi jenguk HP baru, ngendeng2 HB tapi tak dapat, patah balik ke kaunter
Menung lagi…
Lama giler urusannya!
Sampai Ziah pun terkejut tengok muka buat2 seriusku
*Ku sengaja buat muka serius biar adik Tesco tu takut..haha
Iki ajak daddynya jalan jalan
Sebab dia kepingin nak susun bekas CD yang kat rumah confirm terabur

Sekejap dia angkat bakul dan isi BANYAK barang
Wah..sapa pula nak bayar ni Iki..



Dalam gambar di bawah, Iki tengah bergaduh dengan daddy berebutkan bakul

Macam biasa, mesti Iki menang sambil lambai “Bye” pada kami berdua

Bila dah penat, Iki minum dengan mommy dalam pouch
Iki selesa, mommy ceria
*Saya sangat penat menanti urusan Easy Installment ini selesai
(hampir 2 jam!)
Dan yang sebelah kanan pipi saya itu bukan lekuk tulang pipi
Tapi parut jerawat..Sekian…ekeke

Terima kasih pada kak Shada atas idea memudahkan mommy dan baby dari BigEyesShop!
*Nak pouch badak…Nak pouch badak….hihi :mode hentak hentak kaki minta Kak Shada buatkan: kekeke
Related posts:




salam sue, dalam maksudnya tu, bagai luahan hati bunyinya. Hehe takpe, ya yakinlah jika dah ditakdirkan sesuatu itu milik kita, walau bagaimana pun ia pasti akan jadi hak kita. Tp jika sebaliknya, usahalah mamcamne pun, tetap bukan milik kita.
Anyway, thanx utk cd semalam. Baru nak prewash ni. Tak sabar nak pakaikan kat khadijah. (heheh mcm ummi dia yg nak pakai kan..)
—
Salam Mirah : Ala ala sentimental kan ku..hihi
Ku mengingatkan diri sendiri, yang semuanya milik Dia
Dalam mulut pun boleh terkeluar balik
Thanks dear…
Untuk CD2 mu, selamat ber CD dengan Lunatots Collection!
Rezeki tu telah ditetapkan oleh Allah untuk setiap manusia berdasarkan kesungguhan diri seseorang itu sendiri.
Pernah tak kita tanya pada diri kita, “Kenapa aku yg solat 5 waktu dan taat pada Allah nie tak beroleh kejayaan macam org bukan Islam yg terang-terang tak tunduk pada Allah?”. Jawapannya, USAHA. Walau siapa pun kita, jika kita berusaha, Allah akan bukakan pintu rezeki.
—
Thanks Liz : Yup, kami akan berusaha!
Kami mesti pilih! (hihi..minjam tag Bank Rakyat kejap)
Dan macam Liz cakap, rezeki tak semestinya dalam bentuk duit kan
Mungkin dalam bentuk makanan, kelapangan hidup, permudahan urusan dan lain lain…
smpai kemek pipi iki time minum susu tu… hihihiihh.
—
Haha June : Sian Iki…ekekek…
Al-Imran/27:Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
macam pandangan dari kawan2 yg lain, Allah beri rezeki kpd sesiapa yg Dia mahu beri, tanpa mengira bagaimana individu itu ‘deal’ dgn rezeki itu..
jadi..mu beli ke x compacqittiew?
ku meneyesallah x tepuk bahumu hari tu..uiks..bila masa mu bf zikry..sambil berdiri ka? ku bf farish..tapi keluar mencari bangku..x larat wei nak bf sambil berdiri..ku lembekskan..
—
Thanks Ziah : Ku ambil, ku semat dalam hati ayat itu..
Dia tentukan bahagian siapa walau bagaimana cara mereka kan
Ku sambil duduk di kerusi pekerja Tesco…ahaha
Ku pura pura cam shomels “adik, boleh akak duduk..akak ada anak kecik dik..”
Kih kih…
sue..pouch rhino tu ade diff ngn pouch biru yg sue pkai tu ke?
—
Riez : Berbeza size dan Rhino takde leg padding..
salam sue.. pouch yang sue gune tu bila time nak nyusukan iki tukan masa selak baju tak nampak badan ker?konpius la makcik…
—
Salam Kila : Masa sue angkat baju tu, adjust(read:tarik tarik) bahagian tepi baju. Bahagian perut yang terdedah tu akan ditutup oleh pouch yang diduduki oleh Iki..hihi..Pening tak Kila?
setuju ngan sue. sue brg cam kita jual nak sukat cemana? (heheheh gurau). wah DENGKI kutgk tshet shomels yu. kena beli cepat2 ni.
—
Maryaa : Barang kita? Maksudnya CD ke..
Mungkin mengikut spesifikasi yang ditulis di website. Beritahu 1 insert atau 2 insert, 2 layer atau 3 layer..serta materialnya, pro dan contra produk kita.
Selalunya sue akan cuba elakkan diskusi yang menjurus kepada produk orang lain :nyit nyit:
T-shirt merah tu masih available satu set lagi
Boleh order di http://www.lunatots.com
paham.. maknanya bhgn belakang sue pun ditutupi oleh pouch yer…
—
Bahagian belakang tak terdedah Kila..depan je..
(Erk, ke ku yang tak perasan selama ni belakang ku terdedah..ayokkk)