Ini kisah hujung minggu lepas kami
Sabtu lepas saya ajak suami satu keluarga keluar bersarapan
Mungkin ini hujung minggu kami bertiga yang terakhir
Esok, insyaAllah pembantu rumah baru kami sampai
Bagi menggantikan maid yang sudah pulang
Bilik stor utk maid masih dalam proses ‘memasukkan semua barang2 ke dalam container’
Harapan saya, dia tidak akan menambah pening kepala saya
Dan boleh membantu kerja rumah
Sebenarnya kami sekeluarga belum memerlukan pembantu rumah
Tapi dek kerana sudah terbayar, maka kami meneruskan proses masuk maid baru
Oh oh sila jangan buat spekulasi
Maid saya belum sampai
Haha..manalah tau ada yang tengok gambar di bawah dan tertanya tanya di dalam hati
“oh..yang pakai tudung pink ini kah” hihi
Ini muka gigih kami anak beranak di pagi Sabtu
Singgah di kedai makan berdekatan dengan ofis
Makan capati dengan puree
Yerp, parut parut jerawat itu sangat jelas kan..hihi
Saya mengaku, saya malas tak sempat gosok baju dan aci rembat tudung yang ada
Dan Iki seksi begitu badannya penuh ruam
Demi pengaliran udara yang lebih berkesan gitew..ihiks

Kemudian singgah ke Memory Lane, Cheras Leisure Mall
Saya cari beberapa birthday card utk mereka yang menyambut hari lahir di bulan March
Tujuan gambar di bawah ialah:
Saya nak tunjukkan, saya beli kad2 termasuk subscribe utk member card *RM10, totalnya ialah RM48
Dan benda berbulu bulu pink itu adalah hadiah percuma!
Tambah satu lagi koleksi pink saya..hihi
Menjawab kepada mereka2 yang hairan bila lihat kehulu kehilir bawa benda berbulu ni (read: mereka = suami)
Saya sukanya kerana ianya percuma
(Dasar wanita mata keranjang pink..kih kih)

Seterusnya pagi Ahad saya ada Mini Gath dengan AJK yang banyak membantu semasa
Gathering susuibu.com 22 Februari lalu
Bertempat di Kemensah, di pool berdekatan rumah Aishah
Tentatifnya pukul 1, jadi 12.45 pm acik dah sampai menyapa guard Aishah..hihi
Saya memang bendul serius orangnya
Jika kata pukul 1 pm, maka pukul 1 pm lah saya datang
Rupanya kami anak beranak datang awal sangat
(Ya ampun Aishah..)
Dimana Aishah masih ada tetamu dirumah
Dan arang utk BBQ masih belum dihidupkan
Jadi sementara menanti kehadiran tetamu yang lain
Saya testing ring sling Aishah yang baru sampai dari US
Wah..sangat selesa dan praktikal!
Kainnya juga tidak melepa lepa, sesuai utk wanita rendah tak tinggi
Encik suami saya jeling2 wanita kesayangannya dari ekor mata
‘Risau’ saya tershopping semasa gathering..hihi
Oh ya, ring sling ini untuk dijual dan berharga RM160
Jika berminat, boleh beritahu saya dan saya akan forwardkan no contact Aishah

Suami suami sedang cuba menghidupkan arang
Fuh fuh, chaiyok bang!
*Sorak macam suamiku join sukaneka menang dapat hadiah bekas makanan bukan brand Tupperware kan

Tetamu dah mula tiba dan membawa makanan
Ada mihun dan mee goreng, ada puding, ada bahulu dan macam macam
Dan lamb chop yang di BBQ kan SANGAT sedap
Serius saya makan dua!

Ini Nur Qaireen Aliza(adik) puteri kedua Za

Kami bersekongkol setuju yang adik iras Iki masa Iki kecil…hihi
Gambar semasa Iki 4 bulan disini

Sempatlah Iki rendam perut dan kaki dalam swimming pool
Tak boleh sampai ke tengah sbb mommy dan daddy tak bawa baju spare nak berbasahan bersama

Aktiviti Mini Gath ialah makan, bersembang, try ring sling Aishah
Wanita shanteks ini namanya Akma
Saya tiada link blog beliau
(Pst Akma, ada blog nanti beritahu kak Sue ye)

Antara yang hadir, Akma, Za, Haza, Ika (suami isteri dan anak)

Ketika ini kami sedang mendengar penerangan mengenai BSN Prudential Insurance oleh Encik Ikram
Pada pendapatan saya, semua individu (samada suami org, ayah org, ibu sedang mengandung,apatah lagi wanita bujang shanteks jelita) PATUT meng’allocate’kan some amount of money daripada expenses bulanan kepada insurance
Dan kalau boleh, ambil insurance yang mempunyai savings berbanding insurans semato
Saya redha pejam mata membayar hampir 1/4 daripada gaji yang cukup cukup utk membayar insurans keluarga
Kita tak tahu apa yang akan berlaku esok kan?

Ini aktiviti ibu bapa yang hadir
Berbual, bergosip sambil memakai anak (read:babywear)

Ini Puan Yatie sedang dalam cubaan menidurkan Hana Humaira nya di dalam baby ring sling
Untuk yang bertanya: Apakah perbezaan pouch yang saya pakai
dengan Ring Sling?
Pouch – Mengikut size ukuran dari bahu ke pinggang sang ibu atau sang ayah SAHAJA (biasanya ibu)
Ring Sling – Sling boleh diadjust mengikut sang pembawa (ibu, ayah, atok, nenet)

Ramai yang hadir cuma saya tak ambil banyak gambar tetamu lain
Dah gambar sendiri penuh blog kekdahnya
Masa ni Iki gigih kejar saya
Dan daddy Iki berbual dengan suami teman2 saya

Selepas tak tidur seharian
Akhirnya Iki terlelap pada jam 4 pm
Dia sangat mengantuk
Saya mengumpat berbual pun dia tak terjaga

Ibu ibu yang hadir, E-car yang sponsor air HPA yang sedap wo oh
Hayatie yang merupakan ‘pengepam tegar’ kerana anaknya terkena nipple preference tapi dia tetap mahu menyusukan Azri dengan susu ibu secara eksklusif
Aishah yang kecik dan lincah ![]()
Haza yang bawa tart telur yang sedap (beliau mengambil tempahan taw)
Akma dengan Afiq dan Danianya
Ika dengan Arisa yang shomels
Amyatie tengah dukung iki sambil mengomel
“ada orang tu perasan single wehhh” *Dia perli ku tapi peliknya ku tak terasa..keh keh..

Kepada kalians, lain kali kita bergathering makan makan sampai muntat lagi ya
Related posts:




sue..ring sling tu brand ape ek? senang x nak ejas2?nape yer ku pakai yg sue tu ring nye mesti turun ke bwh x tletak cantik atas bahu seperti dalam gambar mu itu?
—
Pst Riez : Kasianmu..camni ku ameks baliklah darimu buleh?
Ku pulangkan duitmu..
Aishah nye ni tak nampak pula brandnya, tapi terletak elok
Pst Riez, ku amek balik tau…nanti ku transfer uangnya
Kalau tak muleh pakai, tak berbaloi utk uang
lupe puler..bday card n present tu kyra xde ker..hehe..xmalu sungguh mommy kyra ni..:P
—
kih kih Kyra : Kyra belum pandai membaca
Tunggu Kyra pandai ABC dulu ..hihi
Sue, saya nak tanya psl maid tu utk kawan saya.. sy dah email sue, nnti reply ekk.. thank u