
Semua gambar2 diambil semasa mommy bersenang lenang dengan Iki semasa Iki demam (Rabu 11 Mac 2009)
Menjawab pada pertanyaan ramai teman, ubat batuk yang Klinik Suntex 24 jam tu beri warna hijau (tidak dinyatakan nama) dan dipreskripkan 5 ml sekali minum, 3 kali sehari!
Banyakkan 5 ml?
Kasian muka iki merah padam makan ubat
Tapi lepas saya bawanya ke Klinik Kanak Kanak semalam (Khamis)
Iki sekarang consume ubat yang sepatutnya dan tidak mencurigakan lagi
Pharmacist di Klinik Kanak Kanak itu terkejut yang Iki dipreskripsikan dengan 5ml ubat batuk, demam, selsema dan antibodi di GP
*Kami dah berinya 4 sesi ubat batuk hijau 5 ml sekali minum sementara ubat2 lain kami tak berani beri
Secara fizikalnya, memang Iki kurang aktif
*Tak sibuk susun kasut macam biasa tuuu
Dan merengek lebih dari biasa
Dia sangat seronok saya tidak bekerja
(oh oh saya perasan saja :tangan letak kat dahi:, dia tak cakap pun..hihi)
Pagi2 dia minum Vitagen sambil tgk Hi-5
*Saya hadiahkan sbb dia dah berjaya makan ubat
Dia khusyuk tgk abg2 dan kakak2 Hi-5 tu menyanyi dan menari terlompat2
Cuba mommynya buat begitu, agak agak lalukah minum Vitagen lagi?

Sambil mommy basuh baju guna washing machine
(Bukan di sungai berkemban macam org dulu dulu)
Iki beri cat makan bubur nasi salmonnya
Sharing is caring, cuma Iki punya dalam mangkuk lain..hihi
Rezeki lebih barakah jika dikongsi sesama makhluk kan kalians
Bangunan yang tinggi tu ialah Venice Hill Condo
Ramai foreigner tinggal di situ
Meriah kawasannya kalau malam malam
(Iras iras MMU Melaka yang penuh dengan pelajar asing)
Saya pun tak tahu apa mereka buat ramai ramai disitu
Suami “simpan wanita simpanan selamat ni di sini”
Saya “haih…lebih baik simpan wang di bank, bulan2 dapat interest…hihih”
*Wah wah, tengok ni, tega dia berbuat lawak begitu?
:mode tepuk dada perlahan lahan supaya bertendang emph bertenang:

Lepas saya tarik2 dukung Iki masuk rumah
Kami sama sama layan Upin Ipin di youtube

Kalian, Iki pakai CD tau
(incase ada yang sangka saya cuba menyebarkan gambar sulit Iki macam ADUN sinun tu)
Okeh macamni, bila youtube dah habis menayangkan Upin Ipin
Ianya akan stop kan?
Jadi Iki buat buat pandai raba laptop tu nak play the video again

Sebab tak menjadi, dia amiks tangan saya
Dah la saya kena snap gambar guna sebelah tangan kekdahnya
(Sayalah ibu, sayalah fotografer)

Dah agak agak petang, Iki sambung tengok Roda Impian
Pengacaranya Kieran dan Fauziah Ghous
Kalau kalian tgk betul2 gambar di bawah
Iki tengah tepuk tangan sebab peserta dapat teka hurup yang ada dalam kotak dan dapat duit
Iki tepuk sebab ada share dengan peserta itukah?

Seharian bersama Iki, sedikit penat sebab saya sambil buat kerja di laptop sambil mengawal aktiviti Iki
Indahnya kalau boleh baring2 dgn anak tanpa memikirkan apa apa dan menari bersama org2 di Hi-5 itu
Hidup sebagaimana yang anda pilih kan?
Saya baru baca Bab 5 dalam Buku Setengah Berisi Setengah Kosong
Apa yang ditabur itu yang dituai
Maksudnya kalau sekarang anak ajak kita berbual dan kita kata kita busy
(Samada dengan kerja mahupun kerja sambilan)
Jangan tekejut bila kita sudah tua, anak beri alasan busy bila kita ajaknya pulang ke rumah atau makan bersama sama
Jadi kalau saya baring tak bangun mandi, makan, dan bekerja
Adakah Iki akan sentiasa di sisi saya dan malas begini?
Nota Luna : Nanti blog Iki penuh gambar saya tanpa gigi?
Oh oh tidak….
Related posts:




alg, gmbr2 entry alg blom abis loading lg, ayg dh tekan punat komen. hehehe
alg, ayg sudah dpt mior. ayg skrg di rumah (akhirnya) ayg seronok sgt dpt balik sampai x tau nk duduk ke, berdiri ke, hahaha. berbalik pd sabun, bukan ayg sj, malah mak ayg pun sgt teruja mau cuba. mlm ni kami akan gotong royong urut2 muka. ayg mau cantik mcm mak ayg mudo2 dulu. eh skrg pun mk ayg cantik..(anak kena puji mak, moga2 anak2 ayg puji ayg nanti)
okeh, tentang iki, ye, kanak2 sebesar iki tidak boleh smpai 5ml. slalunya 2.5ml..kalo ayg silap sebut pd customer mak ayg akan “hepp” kn ayg. huhu.
tp skrg sudah ada ubat dgn dose yg betul kan? insyaAllah dgn omaknyo disisi iki akan sembuh dgn cepat. alg ajakla die nari2 sama, bg kuar peluh, kuar peluh maknanya kuar toksik. mm kanak2 ada toksikkaH?
okeh alg, u r being a great mom. keep it up. iki demam sobab nk tinggi tu..pas ni alang leh mintak iki pasangkan langsir.
iki, cepat2 sembuh n susun kasut atas sofa lg ye!
kesian iki batuk…cepat sembuh ye.
bulan puasa tahun lepas anak akak yg kecil ni pun dapat batuk sampai kena buat fisio buang kahak.
eh..vitagen tu smpi skrg kite num lg ape..
sodappppp~
hehehe..
cian iki… moga iki cepat2 sembuh…