Lunatots Cloth Diaper

Lunatots Cloth Diaper

Lama saya bercita cita nak cerita lagi dan lagi mengenai Cloth Diaper(CD)
Sebelum ni ada saya stori mori kan di sini dan di sini
Harini baru ada peluang dan kesempatan sementara boss tak menjengahku

Semua tips dan cadangan di dalam entri saya hanyalah sebagai panduan untuk ibu ibu membuat pilihan
Di mana pilihan sentiasa di tangan mulus anda :)

Saya suka bercerita pasal wang yang boleh dijimatkan dengan penggunaan CD
*Sebab saya dah pernah bercerita panjang mengenai bahan kimia dan kesan penggunaan Disposable Diaper (DD) pada dunia
(dan ianya membuatkan saya sedih)
Jadi kita cerita pasal perkara happy ye :)

Anda boleh right click dan View Image untuk membesarkan gambar di bawah
Normal DD ialah DD brand Huggies, Drypers, Pureen yang biasa biasa (anggaran 60 sen sekeping)
Dan expensive DD ialah MamyPoko, Drypantz (anggaran RM1 sekeping)

Aturan penggunaan DD sebenar
Bagi bayi berusia:

  • bawah 2 bulan – 12 keping sehari (2 jam sekali)
  • atas 2 bulan sehingga average 4 tahun – 6 keping sehari (4 jam sekali tukar)

price1

Penjimatan hampir 500%untuk normal DD dan 900% untuk expensive DD
Sekalipun anda masukkan kos sabun dan tenaga yang digunakan
Ianya tidak akan semahal DD

“Pengunaan CD adalah possible dan mudah utk ibu bekerja

Ini rutin harian saya setiap kali pulang dari kerja
“Plastik hikmat” dari nursery
Biasanya ada 3 soiled CD
Shampaks kan sahaja ke lantai bathroom sehingga tiba waktu mandi anda
*sekalipun anak anda tidak berCD, anda masih perlu mandi kan..hihi

plastik hikmat

Maksud saya, sambil mandi, sambil bersihkan cd yang terkena poo
Dan bilas sampai hilang hancing untuk CD yang terkena urine
Kesan kuning/hijau daripada stool anak anda TIDAK akan hilang kerana kita cuma sental sental manja..hihi
Part sental2  itu biar washing machine yang buat

Iki mengelat
Saya arahnya “wash your CDs”

iki cuci cd

Dia terbalikkan kerusi duduknya dan isi air buat kolam ikankah?

imgp1520

Gambar Iki tolong mommy dalam entri ini

Selepas CD dibilas
Semua CD yang hilang bau (stain masih ada)
Di letakkan dalam diaper pail sehingga hari basuhan (2-3 hari sekali)

imgp1523

Ini adalah tong sampah yang boleh dipijak untuk buka tutupnya

imgp1529

Berikut adalah Jadual Pembasuhan CD yang saya buat untuk anda

basuh

Sepatutnya sekali basuh 18 CD kan
(Provided jika anda mempunyai 20 CD)
Saya mempunyai less than 10 CD
Belum termasuk yang didalam timbunan kain tak berlipat,
dalam beg balik kampung dan beg sandang Zikry
Jadi jika jeling2 suami faham faham sendiri, esok dah takde 4 keping CD bersih sebagai ‘bekal’ iki
Washing machine saya akan membasuh walaupun sedikit

IMGP2893 (Medium)

Gambar di bawah ni, saya rasa sehabis kreatif
Ambil dari sudut kipas yang berhabuk berpusing
Saya cuba tunjukkan yang saya menyidai CDs setiap malam dengan bantuan kipas

jemurkan

Antara soalan lain, berapa banyak CD yang mereka perlu beli sebagai permulaan?
Refer table di bawah

guna

Ini ‘bekal’ harian Iki di rumah pengasuh
*Sama banyak dengan DD yang digunakan sepanjang siang
CD terbahagi kepada pocket pants (yang berwarna)
Dan insert (yang putih)

IMGP2890 (Medium)

Lunatots  Cloth Diaper ialah One Size Diaper di mana ianya mempunyai adjustable button
Maksudnya CD yang sama boleh dipakai sehingga usia baby 3 tahun atau sehingga dia boleh buang air sendiri (2 tahun ++)

Antara produk lain dari Lunatots Online Store
Lunatots Nappy Wetbag yang available dalam 3 warna- biru, merah, orange

Kenapa anda perlu ada Lunatots Nappy Wetbag?
Hari demi hari, ‘plastik hikmat’ yang anda bawa dari rumah pengasuh
Akan semakin banyak dan memenuhi bilik air anda
Lebih mudah jika anda ada sebuah beg yang khusus sebagai ‘bag pengangkut’ kan?

imgp1437

Lunatots Online Store juga menjual Laundry Bag utk kemudahan anda membasuh CD
Saya ada baaaaaaaaaaaaanyak Laundry Bag yang dibeli dengan harga RM5
Tapi zipnya rosak selepas 2-3 kali basuhan which is not worth for money
Lunatots Laundry Bag(LTB0002) adalah dalam bentuk Rope Closing Style yang lebih tahan lama berbanding zip style

laundry-bag

Dari dalam hati saya :
Sekiranya anda menghadapi masalah dengan Lunatots CD anda
Kindly let me know (atau wakil jualan anda) dan kami akan mengambil tindakan yang sepatutnya
(provided it is within 1 month warranty time)

Disclaimer dari Lunatots:
Kami tidak mahu bermain perang harga
Niat kami, menyediakan Cloth Diaper dengan harga patut sekaligus mendapat kualiti dan servis yang baik
Kami juga menyediakan pemantauan after sales yang amat penting bagi memastikan Lunatots Cloth Diaper setaraf dengan CD lain di pasaran

Download artikel penuh mengenai Lunatots CD disini

Any concerns?
Do drop me an email at info@lunatots.com
Atau call/SMS 0125880515

468 ad

39 Comments

  1. intan@imsintan |

    owhhh..sue bilas dulu yer CD yg kena pee? then letak dalam pail tu tak perlu direndam ek?
    emm..sue,package 5 velcro CD tu..bp insert ye?

    Ha a, bilas dulu. Dalam pail tu tak perlu rendam Intan.

    Package of five velcro CD tu mempunyai 1 insert utk setiap CD :)

  2. intan@imsintan |

    emmm..sue nak tanya satu la kan, poo tu kan, babysitter iki buang dulu tak sebelum masuk dlm wet bag? Atau dia just simply bungkus aje dgn poo poo nyer??? Intan kan mcm kesian nak suh mak buang poo poo tu… x apa ke, kalo poo poo tu intan settlekan bile blk skolah jer?? Tapi wat ms nih mmg mak buang dulu. Cuma kalo ok…ingat nak ckp kat mak x yah laa buang..bungkus ajer…
    owhh..sungguh ku muskil…huhuhuuuu…tq yer sue…:)

    Intan : Babysitter sue bungkus sekali dengan stool Iki
    Dia ada jaga baby lain yang nangis kalau ditinggalkan, jadi Sue tanak dia susah hati nak buang poop Iki dan cuci
    Sue yang akan uruskan sebaik sahaja balik kerja (masa mandi)
    Bau stool anak, sebelum makan macam macam semua benda masih tidak berbau
    Tapi bila dah setahun ke atas :pengsan:…ekeke…tapi takpelah, sekurang2nya kita tau apa yang anak kita makan :)

  3. sue…haritu ade beli CD lunatots dan hariz dah pon try pakai CD tu,mmg nmpk kemas dan selesa bile hariz pakai CD tu tp the problem is bile die poo2 abis tembus ke seluar daddy die :D,same goes to bile die wee2.Suami ckp CD ni ok tp kat belah tepi kiri dan kanan tu ade ruang tu sbb bile baby poo2 atau wee2 bendasing tu tembus keluar,even dah pakaikan btol2 still bendasing tu tembus.So suami ckp,kalau nk kai CD kene kai time cuti sahaje(sbb time cuti 24 tugas menjage hariz is on my shoulder)..hehehehe
    any idea cmner nak convincekan suami yg pakai CD is better than DD :))

    Salam Anna : Sue rasa CD tak well snug pada kaki Hariz..
    Anna cuba buttonkan kepada size M, jangan risau Lunatots CD punye elastic band lembut dan tidak akan menghalang peraliran darah.
    Iki yang bam bam itu, kekadang guna size M (button barisan atas dengan button barisan bawah)

    Bila pakaikan CD, make sure tiada ruang di celah kakinya dengan cara menarik wing di dalam tu ke atas..(aiceh, susah kan nak faham)
    Macamni, bila dah buttonkan cd Lunatots, wing yang bahagian dalam tu perlu ditarik instead of tersorok didalam CD which could lead to CD longgar dan bocor tepi :)

  4. Sy pernah terbaca – klu nak senang buang poo poo baby, lapikkan sekali atas napkin tu dgn nappy liner. So, bila baby yak kat cd, kita flush poo poo dgn nappy liner dlm lubang toilet. Boleh ke Sue? — takut plak lubang toilet ku sumbat…

    Rina : Sue pun pernah baca
    Pendapat peribadi Sue, kekononnya Sue cuba mengurangkan penggunaan kertas/bahan kimia/bahan komersial dalam kehidupan
    Dan mungkin penggunaan nappy liner itu membantu memudahkan hidup kita
    Tapi ianya tidak mencapai objektif ku
    *Ya ampun, lepas ni kalian nampak ku bersiaran langsung dari dalam gua, kes tanak pembangunan…kekek

    Mengenai material nappy liner, kalau tercatit di instruction of use yang ianya boleh diflush
    Seharusnya ia selamat utk toilet anda :)

    Membasuh stool CD tidak susah Rina, Iki pun buleh buat..hihi

  5. yup…its so jimat… mmg bgus… hope still boleh jimat n jimat lagik….
    bgus sue the idea.. hope ramai lagi yg bercita2 nk jimat smpan duit
    pakai la CD nih…. :D kem salam iki ekk…. :D
    jengah2 : http://fabmomnana.wordpress.com / maibeli.myportal.my
    jgn marah ekkk ehehhee

    Wah kak nana : Buleh la Umar berCD kan lepas ni :)
    Kak nana dah mula bekerja kan..
    Take care kak

  6. mana ler p yg aku taip td huhu

    menarik CD ni sue, tp jap ada kemoskelan

    1. size tuh di adjust gune button ke?
    2. insert tuh hape hihi
    3. ada pengaliran udara tak hihihih

    sekian dr kawan mu yg blurr

    Eh mana gi jawabanku, petang tadi ku dah reply..kih kih

    1.Yup betul Faiz si pengantin baru
    2. Insert tu microfiber material(warna putih) yang diletakkan di dalam pocket pant utk menyerap urine
    3. Lampin kain lebih breathable berbanding disposable diaper pastinya :)

    Terima kasih kerana bertanya ye Faiz
    Jadi, bila nak order? :wink:wink:

  7. Sue, dalam gamba tu cam coolababy CD je. Ke sama je lunatots and coolababy tuh???
    —-
    mamihaZ:Design Lunatots & Coolababy sama, berbeza tang size dan material :)

  8. Salam sue,
    nak tanya mcm mana sue buat strip-washing? ..TQ

  9. sue, kila dah submit order utk untuk promo package yg rm 233 tu tp ader beberapa perkara nak tanya:

    1. paling lewat bila bole bank inkan duit?

    2.camner nak pilih kaler diaper cloth tu saya minat merah(nak 3) dan kuning(nak 2)

    TQ

    Kila : Sue jawab ye…*wah wah cam berbalas pantun..keke

    1. Paling lewat Ahad/Isnin 22/23 April supaya penghantaran boleh dibuat pada hari Isnin/Selasa (sehari lepas sue terima pembayaran)

    2. Kila, Sue take note Qila nak Merah 3 dan Kuning 2 keping ye :)

    Thanks Kila

  10. salam.
    kak sue,
    nyebok kat sini plak sebab email tak dibalas.
    hari tu ade tanya beberapa soalan kat email.
    tapi dah dapat info sket2 kat sini.
    just nak confirm 1 perkara lagi.
    pasal payment via internet banking utk Velcro CD tu.

    buleh byr via internet banking kan, kak sue?
    kalau buleh, saya proceed next week.
    Thanks!

    Salam Azira : Sue minta maaf sbb belum sempat reply email
    Bayaran boleh dibuat melalui internet banking…Check payment option info di http://www.lunatots.com ye :)
    Terima kasih Azira!

  11. salam.
    kak sue, harap dah baca SMS yg dihantar td.
    tak sabar nakdapat CD baru untuk baby..
    (nak test kat tedi bear dulu sebab baby bulan pose kang baru kuar)
    :) hihi..

    Azira akak dah receive SMSmu, esok akak poskan ye dik..Beli sikit sikit sementara menanti baby keluar.
    Tidaklah terkejut apak dia nanti tgk receipt2 barang belian mommy..hihihi

  12. Salam.
    Sue, ira nk tny, sue ckp lunatots ngan coolababy bbeza dr segi size & materialnyer…means yg mn lebih baik?nk details sket leh?nk tny pandangan, spy puas hati & selesa bila pakai nnt…nk beli sket2 sbb baby blm kuar lg, mcm sue ckp nnt pengsan tgk budget mama ni….

    Ira, dua dua sama baik. Sue tak dapat lebih ke mana mana sebab Lunatots adalah produk Sue :)
    Jadi pendapat Sue tak valid sebab mungkin kedengaran tidak adil..hehe
    Mungkin Ira boleh dapatkan pendapat dari pengguna lain
    Sue harap Sue menjawab Ira :)

  13. kaksu nak tanye…
    nnt akan ada stok baru utk snap button CD kan
    so ada lagi tak promo yang 2 insert dalam 1 CD..

    lagi satu velcro CD tu kalo kita cuci sll , yang zip zap tu tahan lama ke?

    Salam Murni : Snap button CD akak belum habis buat kira kira kosnye dik, insyaAllah kalau ada rezeki lebih, akak sharekan buat semua

    Velcro nya akan tahan lama mengikut cara penjagaan (basuh dalam laundry bag dan lekatkannya di laundry tab ye dik)

  14. tima kasih sue

    Sama sama Ira

  15. nurhanira |

    Actually lama tk online sbb bz with 2nd baby girl yg baru sebulan lihat dunia. 3 bln lps (kalau tk silap lah), sy dh beli 2 CD (utk permulaan) for my 1st son, Adam (almost 2 years now). Prosess jual belinya mmg memuaskan. Respon dr sue mmg bagus.. sms n emailku di reply! Niat mmg nk give some comments tp tiba2 kene bersalin awal plak..hahaha.
    Nk cerita skit: Adam pakai CD time mlm je sbb tk cukup lg nk bekal utk taska. Dan sy pakaikan CD sama je mcm DD, maksud sy start mandi (around 7pm) terus sampai esok pg (7pm) with 2 inserts. Teruk tk mommy adam? Sbbnya si adam ni tdo relax je. Mujur dia tkde rashes apa2.. Dan masa mula2 try CD time musim hujan (trganu sejuk) so kencing byk dan confirm leaking (bkn leaking sebelah tepi tp atas and tkde la sampai basah tilam).. alah, pakai huggies b4 this pun leaking gak sometimes.. hahaha. But now, musim panas dh tk leaking lg cuma tunggu budget utk tambah CD lg.
    Nk tanya skit: Dlm 1 bln pakai (cara pakai: langsung tk basuh tangan, terus je masuk mesin pakai laundry bag, wash n spin cam biasa, no rendam2) CD punya getah bhgn atas tu tercabut sebelah. Terkejut juga sbb bukankh ia durable for next baby? Tp sy dh jahit sendiri and small matter. Cuma nk tahu adakh CD ni ‘sensitif’ atau saya ni aggrasive sgt? Atau pencuci yg sy guna? Sy guna dynamo sbb sblm2 ni semua baju pun guna tu, so malas nk beli sabun lain plak khas utk cuci CD unless CD sensitif with dynamo so i have to change the detergent. Atau sbb dryer? Sy kering baju semua pakai dryer. (Kebetulan ade kemudahan dryer free kt umah sewa ku ini). Tp takkan kot. Sue rasa?
    Ok tat all. Apapn janji mudah n jimat! If CD rosak, dh tk jimat lg.

    Salam Nur : CD tahan lama tetapi jahitannya sama seperti kain baju anak kita. Ketahanannya bergantung kepada jenis sabun, ke’lasak’an cara pembasuhan dan lain lain. Sekiranya CD rosak dari sudut getah tercabut, ianya masih boleh dibaiki dan diguna semula.
    Saya cadangkan Nur tak perlu guna dryer untuk mengeringkan CD.
    Terima kasih Nur di atas respons.

  16. Apa perbezaan antara luna 1 insert ngan 2 insert..maksud saya ader berbezaan dari segi saiz CD ke..Kalau yang ader 2 insert tetiba nak guna 1 insert kat dalam tu boleh ker…Maaflaa saya baru jerk dengar pasal CD ni..cam berminat nak cuba pakai kat baby

    Ianya menggunakan insert yang sama saiz zalina :)

  17. salam akak,
    malam ni tetibe tergerak nk baca ttg CD nih. dpt intro info dari SARAKIDS. teruja baca post2 akak, ttg penjimatan, ttg pencemaran dan mcm2. sgt2 berminat nk gune CD nih. sy masih student n umur br 22thn. so then mmg nk berjimat sgt2 for my 1st baby. tp tak tahu nk mule mcm mana, nk bli CD brand ape? (ada byk brand ke CD nih?) yg 1 size tuh brand ape yer? pening sket baca byk2 antry..heee =D

    starting coast bpe yer anggarannya yg perlu disediakan? ade offer yg best2 for this month?

    if tak keberatan akk reply kat my emel pon sgt2 terima kasih =)

    Salam Shuhada : Shuhada boleh cuba Lunatots (boleh dibeli di http://www.lunatots.com)
    1 size maksudnya muat dari newborn sampai besar (ada adjustable button)
    Starting cost boleh beli 10 – 20 keping (anggaran RM1000) walaupun mula mula Shuhada rasa nak terbatuk, RM1000 tu memang akan digunakan utk beli disposable diapers kan :)
    Dan sebenarnya jumlah duit yang dibelanjakan utk membeli DD lebih tinggi tau..
    Refer artikel mengenai CD di ruangan tepi artikel CD kak Sue ye

  18. rm 1000 ek? heee.. mmg terbatuk membacanyer..insyAllah, tggu scholar masuk beberapa mggu lg nih.. boleh lah borong lunatots akak=D tq. tgh dok menela’ah posting2 akak nih..

    Shu: Kalau Shu taknak beli 20 terus, beli 5 dulu..ada promosi RM233 sahaja berbanding RM250 harga asal :) http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=41&products_id=381

  19. salam.
    kak su, thanks a lot! CD and inserts yang 5 pcs dah sampai sumenye.
    happy jer rasa dalam hati nih. tak sabo nak tgk baby pakai CD baru..
    :)

    Welcome Azira :) Sue minta maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku ye dear :)

  20. kak,
    sy br je terbaca psl cd nie dlm mag pa&ma dis month..n sy tgh preggy 7 months..so,tgh prepare2 brg baby la nie..tp sy still x berapa faham mcm mane nk guna cd nie..ok,
    1st question-ape beza velcro cd and snap button n which one is easier nk guna?
    2nd question- insert tue msk dlm pocket cd kn,n insert tue blh basuh?lepas bsh tgn,mskkn dlm mesin basuh plak ker?cd n insert(dua-dua) bleh msk dlm mesin basuh?
    3rd question-ape beza 1 insert ngn 2 insert?which one is better?
    4rd queston-promo utk 5 cd for rm233 ade lagi x?kalo ade nk booking..
    sori byk ty..x faham..n interested to buy..please answer..
    —-
    1. Velcro CD lebih praktikal semasa pemakaiannya berbanding Snap Button CD
    2. Insert boleh dibasuh.Ya, bilas menggunakan tangan kemudian masuk ke dalam mesin.Kedua dua insert dan CD boleh masuk mesin basuh
    3. 2 insert lebih tebal sesuai utk pemakaian malam (6-7 jam). Tiada yang lebih baik samada 1 insert atau 2 insert. 1 insert tahan untuk 3-4 jam pemakaian.
    4.Promo 5 CD masih available until further notice.

    Diharap saya menjawab soalan Uda.

  21. salam kak,
    kak sy nk bli promo 5 CD Velcro Cloth Diaper rm233..boleh bg tau camner nk bli n kalo blh nk transfer using maybank2u..insert dapat sekali x?or bli lain? blh pilih x warna utk 5 CD nie?

    Uda boleh buat pesanan di http://www.lunatots.com. Bayaran adalah melalui bank transfer ke Maybank Sue.
    Insert dapat sekali dan uda boleh pilih warna yang Uda mahu untuk 5 CD ini :)

  22. Salam kak sue.
    Nak tanye, utk penggunaan mlm, nak guna 2 inserts, just masukkan kedua2 inserts ke dalm pocket pant ke? Susun insert tu secara berlapis la ye? Konpius laa… lg satu, k sue guna sabun ape nk hilangkan stain poo tu?

    Betul Shida, gunakan 2 inserts utk kegunaan malam dan susun secara berlapis.(Bila sebut lapis ni, teringin kek lapis pula, gulp!hehe)
    Kak Sue gunakan sabun Pureen HAD.

  23. salam.. banyak beza ke guna cd ni dgn kain lampin sama suar plastik yg ‘tradisional’ 2?

    Salam Feead : Sila refer artikel di link ini

  24. salam kak,
    nk ty lunatots laundry bag (LTB0002)n Lunatots Nappy Wetbag (LTB0001) ade stock lagi x?berapa rgt yer?kalo ade sy nk order…lg satu sy nk ty berapa kali prewash yg elok utk cd baru b4 guna?

    Salam Uda : Ianya dah out of stock. Prewash seeloknya 3 kali sebelum menggunakannya utk lebih kadar serapan.

  25. kak su,susahnye nak dapat feedback dr kak su,,nak tnye,lepas kite buang poo poo kt insert,boleh x guna sabun mandi tuk hilangkan kuning2 nye tu..?mengikut kata kakak ku,xboleh guna sabun mandi?..konpius betol..lagi satu,kenape bekas2 kuning bertukar jadi hitam bila dibasuh dan dijemur beberapa kali?(xsedap mata memandang).kak su ckp tompok2 kuning akan hilang bila dibasuh beberapa kali kan?

    Salam Shida : Najis toddler berbeza dengan infant kerana ianya lebih berasid yang boleh menyebabkan warna dan bau yang agak ‘kuat’.
    Seeloknya bilas CD menggunakan air sahaja dan dalam washing machine baru letak sabun.
    Mengenai kesan2 najis bayi yang tertinggal, ada beberapa perkara yang perlu diselidik:
    1. Ianya bergantung kepada apa yg bayi makan dan tindak balasnya dengan material mikrofleece
    2. Sekiranya bayi on medication, urin nya akan lebih ‘chemical’ berbanding biasa
    3. Bergantung kepada sabun yang digunakan, cuba gunakan sabun yang tidak mengandungi apa apa enzim

    Warna pada CD akan hilang selepas dibasuh beberapa kali dan dijemur di luar (dapat cahaya matahari)

  26. kak,nk ty..kt velcro cd kn,yg mane satu laundry tab?sy nk basuh tp x tau nk lekat laundry tab yg mane masa basuhan?sori kalo soalan nie soalan bodoh..

    Uda refer artikel ini ye http://www.diyaluna.com/diary/2009/04/01/lunatots-cd-update/

  27. salam sue..
    mcm mn nk ilang kan bau hancing kat insert?

    Shizyani boleh refer artikel disini ye

  28. Afni nk beli lunatots snap botton 3 set (6 insert).
    Ada jual x?
    Berapa harganye?

    Afni boleh cek link ini utk senarai CD yang masin in stock http://www.lunatots.com/shop/index.php?cPath=41

  29. klu nk beli insert je..
    harganye rm15..
    berapa helai ye dpt insert tu? atau sehelai rm15?

    Sehelai RM15 Afni :)

  30. cikpuan sue, laundry bag ni mmg dh x jual ekk? tgk dlm website dh xdek pn..huhu

    Laundry bag dah habis stok dan akan kembali in stock in the middle of November, insyaAllah

  31. salam,

    puan,

    nak tanya, boleh ke basuh cd guna shampoo? dan boleh ke rendam cd (dlm air yg dalam..hehe) for more than few hours (ni case tak sempat2 lg nak basuh)

    TQ

    Salam Mila : Shampoo ada moisturizer (ala ala pelembut) yang boleh mengurangkan absorption fleece dan mikrofiber, lebih baik gunakan sabun basuh ye dear.
    Boleh rendam CD tapi jangan lama lama (berhari2) nanti rosak pula PUL nya :)

  32. erm….salam…..sy mcm tertarik dgn produk nie la….ank sy Tisya 3thn tp dh x pkai diapers lg….ish…..sngguh berinovasi CD nie….kot tau dlu lg dh pkaikn kt Tisya…..jimat duit….ermm….mcm tisya dlu pkai mamypoko coz klit di x serasi ngan pmpers lain….merah2, ruam.kot CD nie ade prob x utk skin allergic?

    Bie, CD hanya terdiri drp material kain dan tiada bahan kimia (kecuali sabun pencucinya). Ia dpt mengurangkan masalah allergic bayi.

  33. sue, kalu CD tu xbilas blh tak?letak dlm pail terus..2 @ 3 ari lps tu br bsh.eemmm.boleh ke??

    Boleh Ros. Dalam dry pail (Bare in mind yang baunya akan kuat selepas 2/3 hari..hihi)

  34. Salaam :D Nama saya Alfian, dan kami menggunakan Lunatots.
    Kot2 la tuan ampunya blogger ada experience macam kami… yakni diapers tiris bila baby kenchhings….
    kerap jugak la.. bila anak saya kencing, nanti CD Lunatots akan tembus (kadang2 kuyup gak la lampin yg bedung dia tu).

    Utk pengetahuan puan, kami guna saiz XL… dan kami resize supaya muat baby kami yg baru nak masuk sebulan. Letak insert microfiber (microfiber ek? ke kain biasa?)… lepas tu letak satu nappy liner lagi.

    Okes. kot2 ada nasihat? kami budak baru belajaar (belajar pakai Lunatots that is :D)…

    tq tq

    Salaaam

    Salam Alfian & isteri,
    Rujuk link ini http://www.diyaluna.com/diary/2010/03/23/cd-bocor-strip-wash/ untuk mencari penyelesaian ye. Selain itu, bayi berumur sebulan biasanya memakai saiz S (larasan paling kecil)

    Selamat mencuba! :)

  35. Hai Sue, lama tak jumpa…bila nak mai ipoh lagi?…ni nak mintak permission ni…nak copy artikel ni utk panduan yanti…hehehe…baru nak belajor yerk…teruk betui laa mama auni ni…bukan apa…selalu hubby yg basuh baju (biasa ler mama dia rajin sgt..hehe)…then smlm dia campur sekali dgn baju lain. (CD tu tak bilas2 pun terus masuk dlm mesin tapi takde poo cuma ada weewee jer). walaupun dah letak sabun tapi bau haachumm still tak hilang..(terpaksa la kena basuh balik baju sumer…huhuhu)…so..apa lagi…mama dia laa yg kena bebel ngan abah dia…hahaha…padan muka aku…so conclutionnya…kena laa bilas dulu CD n insert dia betul2 baru leh masukkan dlm mesin…betul tak cikgu sue? hahaha

    Betul Yanti. bilas elok2 sblm masuk dlm mesin basuh :)

  36. salam..
    nk tanya skit..
    sy dh menggunakan CD ni..tapi kerap bocor..
    bila saya ketatkan rasa kesian kt baby..sampai dh lekat bekas getah..
    lagi satu sy guna insert bamboo dan mikrofiber..
    apa yg saya perasan bamboo insert ni ada tahi lalat dan ada warna2 yg x diingini..dh xcomel..yg mikrofiber ok jer..
    ok..tq..

    Salam Cekma, Cekma boleh cek link ini http://www.diyaluna.com/diary/2010/03/23/cd-bocor-strip-wash/
    Bamboo insert lebih fragile dan tidak tahan lama kerana sifatnya yang organik dari pulp buluh

  37. salam..sue,nak mintak copy entry ni bleh tak? suke baca semua entry2 cik sue…tq…:)

    Boleh Milah, minta dikreditkan kembali kepada http://www.diyaluna.com / Lunatots.com ya.

  38. btl ke cloth diaper lunatots tu 1cd cuma ada 1 insert? tahan lama ke klau guna 1 insert tu?

    Betul Zana, satu CD Lunatots didatangkan dengan 1 insert kecuali jika dinyatakan.
    1 insert tahan 1 ke 2 jam bergantung kepada kekerapan dan kuantiti air kencing bayi (serta usia bayi)
    Zana boleh beli extra insert di link ini http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=61&products_id=926

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: