Gambar dibawah di ambil semasa si dia pergi ambil seluar yang dialter di tailor
Dia alter seluar2nya yang perlu dipotong bawah dan tiada yang sudi alterkan
Bukan apa, biar yang pakar buat kerja nya kan bang..hihi
Iki dah ala ala tertekan tiap kali saya keluarkan kamera
Dia jerit “aaaaaaaaa” sepanjang gambar ini di ambil keh keh
*Muka saya sangat shomots setiap kali balik kerja
Ini bermakna, saya mencuba menjadi diri sendiri
Dengan tidak meletakkan gambar shantekss sahaja…keh keh

Disebabkan gambarnya blur2
Saya sengih ambil lagi sekali

Perkembangan terbaru Iki di usia 1 tahun 2 bulan 2 minggu
Anak teruna saya dah boleh di suruh:
- Iki ambilkan mommy remote TV
- Iki, bawa bedak tu
- Iki ambilkan buku mommy
- Iki kemas balik toys ini ni
- Iki ambilkan mommy air suam barang segelas dua
Iki juga dah pandai kiss muah orang
Bila dipaksa muah mommy

Lepas tu daddy pula

Last sekali, mommy muah gomol gomol Iki, buleh?
Saya akan buat begitu sampai Iki cakap “nanak….nanak……”
Sambil geleng kepala pelan2
Dan kami suami isteri ketawa sbb kelakar
Saya “ok…iki taknak”
Mommy suspek lah apa yang iki nak dan tanak (read:respect)
Balik kerja semalam kami pusing Batu 9 Cheras
Jalan jalan tengok rumah orang
Kami belum nak beli rumah
Syiling2 yang ada belum cukup…hihi

Ada banyak bungalow untuk dijual di sini
Saya lupa apa nama kawasan perumahan ni, tapi ada perkataan “Impian”

Kemudian kami roger ke Taman Hulu Langat Jaya
Banglo di dijual dengan range RM600k ke RM900 k
Kerana itu saya berani ambil gambar dari luar sahaja..hihi

Kami singgah makan di Restoran Seri Melaka berhadapan dengan Taman Cheras Intan
Saya dah terliur nak makan makanan melayu
Rupanya ini kedai mamak
Jadi saya tidaklah makan dengan banyak..hihi
Iki bila jumpa straw/ pensil
Dia akan terus buat begini
Siapa ajar entahlah….anak kak Shenta Hati dan kalian main straw beginikah?



Kepada kak Shenta Hati :
Ini adalah perbezaan tudung2 saya (nama tudung direka ikut sukahati spokeperson..hihi)




Selendang matching dengan scarf







Tudung aci sarung senang nak terkinja kinja



Diharap membantu tak memeningkan Kak Shenta
Related posts:





aimin pun dah pandai wat sumer2 tuh di usia 1 thn 3 minggu nih. cepat tul masa berlalu kan, jap2 lg minta “mama nak kawin” ha ha
—
haha :mode pengsan: Bagaimanalah rupanya nanti kan…hisk..
Semoga kita dapat anak menantu yang baik kan Jutt
Kih kih…anakku tidak lah sebaik mana, sibuk nak yang baik baik
(Hisy, anakku baru setahun 2 bulan! :mode lupa diri: )
jelessnyaa ku nengok manik di tudung permaisuri ituww..ni yang ku jahit manik di telekung ju juga..eh?ku bley jahit manit tapi tak tahannn nak beli manik mahal woooo..keh keh!tunggu koleksi ku pulak merempit!muahaha
—
Ya Yatie : ku tag Tudung mu..sila buat entri ini di blog anda
Dan anda lize, dan anda kak ina…jangan menyuruks belakang Alysha..kih kih
Erleyna, ku nampak kamu..sila buat entry ini
Qas, bajet kak sue takkan paksamu kah? Sila buat entry tudung
Dan kalian yang suka
meroyanbergaya dengan tudung, sila buat entri ini dan beritahu ku yaSue,
U-ul begitu. Dari dia umur 7 bulan dia suka main straw. Jadi kalau pergi kedai makan nak suh dia diam bagi la straw banyak-banyak. Nanti bila balik, straw tu dah jadi macam-macam bentuk!
Ha ha… akak suka tudung permaisuri sue tu. Nampak.. hmmm..hmmm… (means : Cantik!)
—
Keh keh Akak : Itulah kerjain Iki kak..
Setiap kali dia main straw,sue teringat kat akak yang menggalakkannya..keh keh
Tudung permaisuri nampak shanteks di kepala sue kan kan?
*Harap2 ada la tokey tudung perlukan model lepas ni..keh keh
Tmn Hulu Langat Jaya tu mmg mahal. dulu saya ade surveyed sane gak. terus x jd beli. hehe.. last-last berkenan kat taman cheras intan. are we talking about the same apartment?
eh, entry tudung ni tag ke? alamak, ku takde tudung mcm2 la sue. cuma tudung bawal, tudung corak dan tudung mcm ‘tudung tatau nama ape’ tu.
—
Liz : Taman tu takde org duduk. Ku ingat tak laku sbb mahal sangatkah
Sebab rumah di Sunway Cheras baru RM444k je (yang penting ada je kat belakang)
Kalau seratus dua K mampu lah lagi..ekeke
(Itupun kena korek tabung Iki)
Liz buat ye entry tudung pelbagai jenis