Archive for February, 2009
Za tagged saya
The rules:
It’s harder than it looks!
Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people.
Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up!
If the person before you had the same first initial, you must use different answers.
You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don’t forget to post it!
1. What is your name: Suraya
2. Four letter word: SYHH
3. A boy’s name: Sirri / Syamil
4. A girl’s name: Suci
5. An occupation: Si Shanteks haha
6. A color: Soft PINK ..keh keh
7. Something you’ll wear: Spenda….uih tak kaber kaber..hihi
8. A food: Sepinggan nasi berlauk ayam
9. Something found in the bathroom: Sehelai rambut
10. A place: Sudut paling hujung dalam hati
11. A reason for being late: Sesat barat saya encik!
12. Something you’d shout: SO?
13. A movie title: Sisak Man ( Cicak Man)
14. Something you drink: Sejuk berais
15. A musical group: Sebuah kumpulan muzik
16. An animal: Small Panda
17. A street: Street walk
18. A type of car: Sebuah kereta besar untuk mengangkut barang2
19. The title of a song: Siapa Dia Sebelum Daku, Anis Suraya & 2 by 2
Wah..kusangka mudah saja tag ini
Rupanya payah juga
Ku tak tag sesiapa,buleh buat kalau ada lebihan masa macamku

Masa saya kalut kalut roger wanita shanteks Putrajaya untuk contact saya
Semuanya sibuk mengejar kerjaya
Jadi saya pura pura berlakon sebagai pelajar tahun akhir universiti- sendiri
Jenguk2 ke booth pameran yang ada
Nota : Abang yang kerja kat kedai kecil kat depan MECD tu sombonglah Irah!
Sebelum masuk ke kawasan tersebut, saya perlu pakai sticker
Gambar ini di ambil sendiri dari bahagian atas

Ada pelbagai media cetak yang terlibat antaranya
Karangkraf dan Berita Publishing
Mereka menyediakan pelbagai promosi dan sekiranya sesiapa berminat dengan pakej yang ditawarkan
Anda boleh menuju ke tempat pendaftaran memohon subsidi dari MECD
Proses pengesahan ‘grant’ ini akan mengambil masa sehingga 3 minggu
Selepas mendapat grant, anda boleh menghubungi kembali syarikat penerbitan tersebut utk proses yang seterusnya
Seperti ambil gambar, keluarkan cerita, iklankan produk anda
Menarik kan?
Terima kasih kepada kerajaan atas subsidi yang diberikan kepada usahawan di Malaysia

Ini adalah beberapa produk yang mendapat tajaan MECD
Bila lah agaknya Lunatots Cloth Diaper nak berdiri sama rak dengan mereka kan

Selepas sudah sesi merayau saya di MECD
Saya menuju ke Presint 18 (rumah Rizwa)
Saya sudah berjanji dengannya nak letgo Little Haven Ring Sling saya pada dia semasa Gathering Susu Ibu
Tapi dek kerana banyak sangat perkara bersusun untuk perhatianku, ku terlupa nak bawa
Sebab itulah saya menghantar ring sling ini ke rumahnya
Ini lah ringsling
Sesuai utk orang yang tidak rendah (read:tinggi)
Read more about babywearing?
Dan artikel daripada Mrs Estli mengenai babywearing

Saya rasa jakun berada di Putrajaya
Bangunan cantik2 kiri dan kanan
Jalan raya ada warna biru kuning
Kereta ada sikit je
Berbeza dengan keadaan jalan raya di Cheras

Saya dah sampai tempat yang dituju
Teruja pula rasa nya nak terjah rumah orang di hari Isnin…hihi
*Oh kebetulan Riez pun cuti hari itu

Di depan lif rumah Riez, ada signboard ini
Isk… perlu patah balikkah?
Oh, saya bukan jurujual kan?
Saya usahawan…kekeke

Inilah Khaira yang shomels
Kupandang lama lama….macam iki versi wanita lawa kan?
Kisah Rizwa & Khaira pernah ditulis di entri ini

Pipi sama, mulut sama, hidung pun sama ![]()
Khaira sibuk call daddy dia..

Ku datang rumah orang, tengok dan ambil gambar EBM tuan tanah rumah
Apakah? hihihi
EBM Khaira disusun mengikut yang paling lama dok depan

Lepas habiskan makan karipap dan minum air
Saya drive sendiri balik ke Cheras
*Ena, ku memang bukan sepertimu yang suka drive
Ku suka jadi co-driver saja..hihi
Sampai di bulatan depan Tesco Extra Cheras
Ada kereta yang selambe masuk dari arah yang berlawanan dan nak menyelit masuk ke barisan kami
Hairan kan?
Cheras memang ada ramai pemandu begini
Cuma selalunya saya takde kamera nak snap gambar kelakuan sumbang mereka

Gambar di atas di ambil menggunakan mode ZOOM
Saya terus pusing ke arah muka saya
*konon2 nak bergambar menggediks yang nampak kurus
Sekali sedebuk nampak muka saya nan lebar (kamera masih dalam mode ZOOM)
Saya tempekkan di sini sebab dah kebetulan gambar ni ada
Kalau sekadar suka suka nak close up muka saya
Mesti saya larik larik manja sebab rendah diri
Saya nak menjawab soalan beberapa teman yang bertanyakan mengenai sabun Mior
Testimonial dari saya bukan spokeperson Mior
- Anda tidak perlu menggunakan toner sekiranya menggunakan Sabun Mior. Mudah kan? 2 dalam 1.
- Anda perlu mengurut-urut perlahan wajah anda selama 3 minit untuk setiap basuhan ( hanya 2 kali sehari) Pernah dengar tak, bahagian yang selalu diurut membantu pengaliran darah yang lebih baik di kawasan tersebut? Which is good.. Ku jarang ada peluang urut muka..hihi
- ‘Duri’ di hidung mudah ditanggalkan. (Yelah, 3 minit ko urut muka kan..ekeke)
- Tiada jerawat besar dan masalah kulit yang serius
- Tona kulit nampak lebih sekata
- Hanya pakai day cream anda selepas mencuci muka which is VERY practical untuk mother
- RECOMMENDED!
- Untuk tempahan, boleh hubungi Puan Hanim di Butik Rahsia Cantik atau Kedai Sayang Baby Ibu
- Di bahagian kanan mulut saya ada merah2 kesan jerawat sbb sabun Mior saya dah seminggu habis ..uwaaa….

Ini sekadar update mengenai kaktus saya yang saya beli banyak2 di Cameron Highland tempohari
1 pokok dah mati terus
2 lagi masih berjuang, chaiyok2
5 sihat walafiat, alhamdulillah
2 pada Haza, apakah khabarnya?

Iki saya? Dia good boy yang pandai pegang botol sendiri
*Dia habiskan susu balance dari rumah babysitter
Pst…nak tengok masa ziki gelap kecik kecik tak? Klik sini

Kalians, saya pulang dulu…
Nanti saya update lagi kisah yang seterusnya sampai kalian boring..hihi



