
Hari Selasa pulang dari kerja, lepas jemput Zikry
Kami roger ke pasar malam di Taman Alam Jaya
Saya malas tak suka jalan ke pasar malam
Sebab tu saya prefer supermarket, parking depan pintu masuk..hihi
Saja bawa Iki jalan jalan
Sian dia, asyik duduk rumah je ![]()
Kami sampai awal, orang baru nak buka gerai

Niat hati saya nak biarkan Iki berjalan atas kaki sendiri tengok keadaan pasar malam
Tapi orang dah mulai ramai
Kesian pula dia dilanggar orang nanti

Itu sahaja gambar yang ada
Saya ada beli kuih ‘telinga keling’
Saya tak tau kalian panggil kuih ni apa
Ada yang panggil Peneram kan?
First time saya nampak kuih ni dibuat
*Tak sempat amik gambar sebab saya ternganga kagum
Kalian, cerita ceriti pasar malam di tempat anda?
Apa yang menarik selain anda?
Saya selalu beli sayur, ikan, ayam dan macam macam lagi di pasar malam
*Pasar malam Taman Alam Jaya ada banyak gerai Bakso
Mungkin untuk mengubat kerinduan kepada perantau Indonesia pada kampung halaman
Related posts:




dah lama gilerssss x p paso malam…sejak ada Aina..nih dah sampai dah dua anak pon x p lagik..lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kannnn…hahahhaa
—
waha lamanya Intan : mu boikot pasar malam kah? hihi..
sy penggemar tegar bakso.. sedap mmg sedap..hubby ku naik cuak ku ari2 nak mkn bakso..siap kata penjual bakso tu letak seluar dlm kat dlm kuah bakso tu utk bagi sedap..boleh? – kejam tau..
—
Ye ke As: Seluar dalam? Gulp!
Memang la minggu lepas ku tak beli bakso, tapi minggu sebelum tu?
Minggu sebelum minggu sebelum? hihi…seluar dalam baru la harapnya :pray mode:
keh keh
dulu sy selalu turun pasar mlm. bkn nak membeli belah. tp nak berniaga. mcm2 sy jual. buah duku, langsat yg sy petik sendiri. untung 100%. memang best. sy selalu kagum tgk org buat murtabak daging kat 1 pasar mlm tempat sy. satu mlm boleh habis 200 keping. licin! satu keping RM2. 200 keping = RM400 satu mlm. sebulan RM12,000. katalah modal dlm 25% which is RM3 ribu sebulan (sy anggar je), maknanya untung bersih RM9,000 sebulan! kalah org mkn gaji, hehe…
(bercakap pada diri sendiri)
—
Wah bro din : Lepas ni harus saya belajar masak murtabak daging pula :mode sengih2:
Yang penting dalam perniagaan, bagaimana memusingkan RM9,000 itu menjadi lebih banyak ..kan?
Berbanding berfikir…apa nak dibelanjakan dengan RM9,000
Pst bro din,langsat yang bro din jual tu, petik sendiri dari pokok sape?hihi…larikkkk….
iki! duu iki sebesar ini. sekarang alya sebesar ini (eh alya sudah boleh jalankanh?) cepatnya masa berlalu…:)