Mengapa Saya Menyusukan?

Mengapa Saya Menyusukan?

Bagi yang mengikuti blog saya secara tegar
Mahupun mengenali saya di bukan-alam-maya
Pasti mengetahui ke-obses-an saya terhadap Breastfeeding
Terpanggil untuk bercerita kisah ‘Mengapa & Bagaimana Saya Mula Menyusukan
Cerita ini agak kelam kabut kerana tidak pandai bercerita tapi nak tulis juga perasaan saya bercampur baur


Semasa mengandung, kami suami isteri TIDAK pernah terfikir tentang susu apa yang akan anak kami minum
Saya lebih kisahkan di mana dia akan tidur
Dengan baju warna apa, dan matchingkah dengan sarung tangannya
Pemeriksaan bulanan utk memeriksa hidungnya ikut siapa keadaannya dan perkara paling serius yang saya fikirkan ialah dimana mahu melahirkan
(Masih tak terfikirkan tentang susu)

Breastpump yang pernah saya nampak di rak barangan bayi di Tesco hanya brand Pureen Manual RM19.90 dan elektrik RM100
Nasihat yang saya terima adalah daripada teman yang tidak menyusukan anaknya “beli breastpump yang manual sbb yang elektrik cepat rosak”
Lalu saya beli pam manual RM19.90 kerana ianya antara aksesori yang diperlukan selepas melahirkan (kata orang)

Sebaik sahaja selepas melahirkan Ammar Zikry secara pembedahan
Beliau dibawa ke nursery utk disusukan
(Hospital swasta tidak mementingkan penyusuan ibu berbanding Hospital Kerajaan) Sungguh saya tak tahu pada ketika itu
Yang tempoh satu jam pertama selepas kelahiran adalah tempoh di mana bayi sangat peka dengan persekitaran barunya
Dan ibu digalakkan mula menyusukan bayi mereka

Jadi saya tidak menyusukan Zikry seperti yang sesepatutnya :(
Bila saya lihat mulutnya terbuka mencari cari, saya akan kelam kabut panggil nurse utk susukan Zikry dengan susu formula
Walau pada hakikatnya, Zikry memerlukan susu ibu sebagai perlindungan pertamanya
*Sungguh, setiap kali mengingat kesilapan saya, mahupun mengulangtutur ayat ini pada bakal ibu, hati rasa terhiris
Zikry's first day
Suami minta saya susukan anaknya
Tapi saya rasa janggal *segan tak bertempat dengan orang ramai dan ditambah dengan tiada ilmu
Saya minta nurse di hospital mengajar saya utk menyusukan
Tetapi bila dia bertanya “sekarang ke?”
Saya jadi libang libu, “nanti nantilah..”
Pembetulan, penyusuan susu ibu adalah on demand, iaitu setiap kali baby cooing atau 1-2 jam sekali (tiada limit masa dan bilangan)

Sepanjang Zikry di hospital, susu yang masuk dalam perut kecilnya ialah susu formula
3 hari di hospital, kami pulang ke rumah dan saya mula menyusukan Zikry kerana ‘susu sudah ada’
Pembetulan, susu ibu sebenarnya sudah ada sebaik sahaja bayi dilahirkan
Kerana hormon estrogen paling banyak terkandung di dalam uri bayi
Estrogen dan Prolaktin *hormon penghasilan susu berkadar langsung
Oleh itu, sebaik sahaja bayi dan uri dikeluarkan, susu ibu mula dihasilkan

Cuma kebanyakan ibu merasakan mereka ‘belum ada susu’ kerana pada tiga hari pertama kelahiran
Susu hadir dalam bentuk kolustrum “makanan pertama bayi”, iaitu cecair melekit dan kekuningan *dan tidak berupa susu langsung
———————
Quoted from Puan Hanizah
Kolustrum mengandungi antibodi yang tinggi untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit. Kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).

Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran.

Semasa di dalam kandungan, bayi menerima immunoglobulin G (IgG) daripada ibu melalui plasenta. IgG bertindak melalui sistem peredaran darah iaitu melindungi bayi daripada dalam tetapi IgA melindunginya daripada luar.

Kolostrum juga mengandungi sel darah putih (leukosit) yang melawan antigen yang terdiri daripada bakteria dan virus. Kolostrum bukan sahaja makanan pertama dengan nutrisi yang lengkap bagi bayi baru lahir tetapi yang lebih penting ia melindungi bayi daripada jangkitan.
Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir pada hari hari awal kelahiran sahaja, berikan peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.
————————–
Saya mengambil keputusan untuk menyusukan Zikry secara eksklusif semasa zikry berumur 2 bulan
Semak entry saya semasa iki berumur 2 minggu betapa gigihnya saya pergi membeli Avent Isis breastpump semasa Zikry hari ke 20 kerana ter’beli’ dengan komen di forum yang mengatakan pam ini bagus
Ya ya, pam ini pam yang bagus cuma ianya tidak sesuai utk ibu yang mahu menyusukan anak secara ekslusif
Program penyusuan susu ibu saya gagal lagi :( (pada waktu itu)
*acik tak larat, pam pam manual, tangan lenguh woo..
Antara idea awal yang saya dapat tentang Breastfeeding ialah daripada Sya yang menyusukan Iffah & Qistina secara eksklusif
Katanya *bila saya beritahu yang saya berikan Zikry susu formula kerana susu saya sudah tidak cukup* “Sue patut susukan baby dengan lebih kerap, barulah brain Sue akan terlatih utk menghasilkan banyak susu”
Saya “Betulkah?”
Rupanya memang begitu breastfeeding concept – supply & demand
Semakin tinggi demand, semakin banyak supply yang dihasilkan

Indahnya anugerah Tuhan untuk ibu & anak
Terima kasih Sya atas info itu, knowledge is a golden kan..

Saya mengambil keputusan untuk menyusukan selepas menamatkan topic Lactation dalam buku What To Expect During 1st Year
Terus bertekad untuk membeli Spectra 3 Set
Berkat tunjuk ajar daripada Rita, MomsLittleOnes saya bangkit kembali dengan semangat, utk menyusukan si kecil saya
Dan saya mengerti, yang knowledge is a treasure
Pengembaraan saya mencari ilmu breastfeeding bermula dari situ
Selama ini, saya ambil mudah mengenai breastfeeding Iki
Saya menyusukan bila saya mahu menyusukan
Saya bancuhkan susu formula bila saya malas menyusukan
Bila lihat gambar Iki masa kecil yang sedang minum susu formula
Saya rasa sedih.. kerana dia minum bendasing dan saya ibunya mampu memberikan apa yang dia perlukan

Yup, giving birth to baby doesn’t make you a mom yet
Sehinggalah anda menyusukan bayi anda sendiri
Jujurnya, (semasa itu) saya mudah semasa di hospital
Bayi ditempatkan di nursery pada waktu malam
Tanpa perlu saya bangun utk menukar lampin mahupun menyusukannya
Tapi kalaulah masa boleh diputar, saya akan pilih utk rooming in
Iaitu bersama dengan bayi 24 jam untuk memastikan dia tidak lapar dan ada mommy di sisi :( dan masa tidak boleh diputar
Nantilah saya prektikkan la utk no 2 dan seterusnya

Saya melalui semua yang breastfeeding and pumping mom lalui
Mengepam di ofis 3 jam sekali, menyimpan dan membawa balik susu
Ke hulu hilir mencari peti ais di dapur hotel semasa berkursus/jauh dari anak
Perlu memikirkan tempat dan masa utk ‘curi2′ mengepam
Dan digelar ‘pembuat susu’ oleh teman teman
Saya tak pernah malu, kerana that’s what mother for
Mereka mahupun isteri mereka juga PATUT menjadi ‘ibu’ atau ‘pembuat susu’ atau apa sahaja panggilan kepada anak mereka nanti
(Call me Breastfeeding Evangelist would be sound better right..ahaha)
Alhamdulillah Ammar Zikry berjaya saya susukan secara eksklusif *tanpa susu formula selepas 2 minggu saya relactation
*Iaitu menambahkan produksi susu dengan cara mengerapkan pengepaman

Ibu ibu semua, menyusukan adalah naluri untuk melindungi
Saya mahu lindungi anak saya daripada susu formula yang mengandungi pelbagai risiko Menyusukan adalah anugerah
Anugerah kedua saya selepas melahirkan si kecil
Dan menyusukan adalah ikatan
Believe me, you wont regret every moment that you had with your baby while feeding him
That’s just make you feel lucky being born as a MOTHER
Jangan tuduh saya menyusukan kerana mahu jimat
(That is just UNFAIR)
Kerana saya sanggup beli satu dunia dengan SEMUA yang saya ada atau bergadai nyawa demi kebaikan anak yang tercinta
Kerana masa dan effort saya tidak dikira dalam bentuk RM
Saya akui menyusukan memang jimat

Yang menjadi kekuatan saya utk menyusukan Zikry secara eksklusif selama 2 tahun ialah “hanya 12% ibu tidak boleh menyusukan anak sendiri. Itupun ibu yang menghidap AIDS dan penyakit2 lain yang tidak boleh memindahkan cecair kepada anak DAN ibu yang pernah menjalani pembedahan pengubahan struktur payudara”
Saya termasuk dalam golongan MAMPU
Dan kalian juga mampu… kenapa saya tahu?
kerana kalian adalah IBU :)

—–
Nota Tambah tambahan:
Penyusuan Eksklusif ialah Susu Ibu SAHAJA selama 6 bulan pertama(tiada air kosong mahupun apa apa makanan), dan meneruskannya selama 2 tahun.
Makanan tambahan diberi semasa bayi berusia 6 bulan.

Mengapa 2 tahun?
Kerana enzim untuk menguraikan kandungan laktosa dalam susu hanya terdapat dalam badan bayi berusia di bawah 2 tahun.
Dengan kata lain, bayi tidak memerlukan susu selepas berusia 2 tahun.
Magisnya, komposisi & kandungan nutrien susu ibu berubah2 mengikut umur bayi anda (baru lahir, 3 bulan, 6 bulan atau 2 tahun…)
Bukan itu sahaja, kandungan susu itu sendiri berubah mengikut cuaca
Contohnya : lebih cair semasa hari panas/tengahari dan lebih suam/likat semasa sejuk..
Tiada tarikh luput, tiada racun, bahan penstabil dan pengawet
Susu yang dibekukan (EBM) berbulan bulan itu JAUH lebih baik berbanding susu formula yang dimanufacturekan oleh siapa
Menggunakan susu siapa/apa, diberi makan apa serta dicampur apakah

Doa dari saya utk semua ibu & bakal ibu, susukanlah anak kerana itu adalah hak mereka selama 2 tahun pertama. Amin.

468 ad

30 Comments

  1. Saya sokong….for me…saya pon deliver via c-sect dan tidak berpeluang utk susukan anak pompuan saya sejurus lepas lahir (sebab saya opt for bius penuh time bedah dan saya cam mamai-mamai lepas bedah tuh…after a few hours baru sedar). But the next day terus saya bagitau kat nurse utk hantar anak saya ke bilik jika dier nangis-lapar-susu (ini sebab hospital yang saya deliver tuh pon tak berapa bf friendly…) And starting from there saya terus menyusukan anak saya sehingga ke hari ini (1 tahun 2 bulan). Rutin pumping jugak lebih kurang ajer ngan ibu-ibu menyusu yang lain kot….early morning, 3 kali kat opis dan petang/malam sekali kat rumah kalau rajin….And so far, saya masih lagi berjaya membuat stok susu dalam freezer kat umah even sometimes ader jugak up and down production saya….Saya amatlaerr gemar membaca cerita-cerita ibu-ibu yang berjaya bf anak masing-masing sampai 2 tahun at least sebab saya pon bercita-cita utk melakukan demikian sekiranya diizinkan Allah…Aminnn………
    ——
    Amin mamayan : Sama sama kita berdoa semoga kita mampu melakukannya..
    Tahniah untuk mamayan, 2 tahun…2 tahun… :sengih:

  2. berulang2 ku baca entry ni sue..buat bekal adik faiz nanti huhuhu
    —–
    alyn dearie : taking care dear, jaga faiz & adiknya baik baik ye.
    mu buleh alyn! ku tau sebab ku tau..muah..

  3. chentahati |

    Terharu..sob..sob!
    —-
    kak shenta hati : sob..sob..muah kat akak & u-ul..nanti dtg jumpak kami (sue & iki) lagi ye!

  4. insaf sekejap….
    —-
    salam za: za pun sedang buat yang terbaik, utk anak anak kita kan za..

  5. su, buat buku la, dlm bentuk pdf hhehehe, senang nak print, baca

    p/s cadangan aje hihi
    —-
    hiks faiz : ada dalam planning. nanti faiz print & wajib baca ye.. :)

  6. terharu la baca… ingat azam time nak habis pantang ajar dia minum FM wlaupun sepanjang tempoh pantang lngsung tak bagi FM…sib baik seminggu masuk keja jmpa susuibu.com.. baru la terbuka mata nak eksklusif BF.. smpai la ni.. no more FM dah..sempat 2 tin je..
    —–
    As:alhamdulillah as terbaca mengenai susu ibu ni kan.
    Chaiyok As, selamat menyusukan.

  7. I love this article. Alhamdulillah Rose dpt ilmu BF ni cepat. Setakat ini masih gigih menyusukan lilttle heroku itu. Ada campur skit je sbb a nite after bersalin anak terpaksa diasingkan, nurse tu bg susu FM kot utk elak dia nangis lapar. Tapi kan orang keliling rose ni (rakan2 sekerja, rakan2 n family) masih tak rasa BF satu perkara yang mesti utk anak mereka. Sedih…
    —–
    Rose:Betul…cousin2 sue semua fikir, susu formula kan ada. Mengapa perlu susah susah menyusukan?
    Sampai ke harini ku rasa menyesal diasingkan semasa awal kelahiran Iki..
    Dan rasanya mesti dia menangis disumbat formula yang sebenarnya bukanlah mengenyangkan tetapi mengelirukan sistem badan anak kita :(
    Mari kita sama sama mencetuskan sikit idea pada mereka yang tidak bernasibbaik (yang tidak dapat info BF ni awal)

  8. Tapi Rose sempat BF anak after setel proses2 after bersalin. So anak dapat Colustrum… Lepas masuk wad smpi skang eksklusif lagi (sambungan)
    —-
    Ye ke Rose:Alhamdulillah…Sue masa tu org kata susu belum keluar.
    oh oh oh..jahilnya ku..

  9. Salam Sue… ehem… cam pernah baca jek statement pasal kolostrum tu… hehehe… takde quote ke?? all rights reserved tu… ahaks… :)
    —-
    kak nieza, baiklah..ku buh namamu ye :)

  10. salam su..tak sngka jumpa disini..ingat akak lg?seronok bile jumpa junior..hehe..kebetulan plak akak juga obses tntg BF ni..alhamdulillah baby akak dah 8bln still BF exclusive..bila bc cerita su..teringat akak masa pntg dulu..akak mmg dah niat nk bf xclusively..tapi ade satu mase tu baby akak selalu keluar susu ikut hdg (now i know, actually its normal!!xperlu g jumpa doc pun), so akak g jmpa doc, dia suggestkan akak bg susu formula novalac AR (anti reguritation-eh betul ke eja ni!!)..ssb dia kata baby akak tak dpt nk digest susu akak!!akak pun mengong jgk..percaya bulat2 kata doc tu & trs beli susu tu..akak bg baby akak susu tu tapi, syukur..baby akak sgt bijak..dia refuse susu tu..so akak trskan menyusukan baby akak directly..agaknya Allah nk tunjuk & kabulkan niat akak utk BF exclusively..rase mrh sgt ngan doc yg bg ‘ajaran sesat’ tu..bila teringat yg akak penah bg baby akak susu formula..akak rase benci n marah pd diri sendiri..nnti lawat blog akak ek..bye
    —-
    Salam kak Fakar, yup Sue ingat akak (nama & wajahmu :) )
    Betul kak Fakar, susu ibu yang banyak keluar dari hidung bukanlah tanda alergik pada susu ibu
    Sebaliknya ada beberapa perkara yang perlu dikaji semula
    Contohnya pemakanan akak, ubat ubatan yang diambil semasa menyusukan (boleh refer entry sue mengenai ubat batuk & selsema)
    Keadaan kesihatan bayi pun perlu di ambil kira dalam pemeriksaan itu
    Doktor memang org serba tau, cuma bukan semua doktor pro-BF
    Mujur Aisyah akak bijak orangnya, susu ibu is the best!
    Teruskan penyusuan sampai Aisyah berumur 2 tahun ye kak, Good luck to you (and me too)

  11. mommy Hasya |

    salam sue..sy suka sgt bc blog sue..to share ur obsession in ebm. sy br sorg ank, 8 bln. ms belum bersalin dh minta hubby belikan breast pump, tp katanya x perlu lg since it takes 2 mth after confinement b4 i get to work. tp sy beli jgak..degil pnya psl. tp x tau la plak kena start simpan stok ms dlm pantang, so pump yg ada buat perah bila susu bgkak then buang je..how silly i am. mnyesal sgt bila tingat. then i started knowing MLO through Pa & Ma..then start buying spectra 3. I nekad nk ebm my baby Hasya selama yg boleh. tp stok xdela bnyak mana..perah hr ni utk esok je. kdg2 stress bila pikir susu x ckup utk baby esok. tmbah plak ms bln puasa, ms tu baby br 3 bln lbh..susu dh makin kurang.trpaksa topup ngn susu formula…sedih sgt bila dia trpaksa minum fm. makin hari semakin sy utk teruskan ebm x penah padam, cuma risau skit sbb susu cam x bnyk sgt..kalu weeknd mmg x dpt nk perah since baby dok minum every 2 hrs. tingin sgt nk ada stok bnyk2 mcm sue. camana nk buat eh?? pls motivate me..

    salam mommy Hasya : sue pun macam mommy Hasya dulu, takde stok masa dalam pantang
    Kais pam harini, minum esok
    Macamana sue buat:
    -Join support group di Forum Cari
    -Tak standby susu formula langsung (incase stock tak cukup)
    -Pam 2 jam sekali instead of 3 jam sekali semasa di ofis
    (Ingat konsep pengosongan breast yang sempurna boleh membanyakkan susu)
    -Sekiranya apa yang Sue dapat di ofis kurang daripada apa yang dihantar ke rumah pengasuh pagi tadi, Sue sambung mengepam di rumah.
    -Dan macam buat bekal utk anak, selalu fikir “susu tak cukup lagi ni…kena bangun pam malam”
    -Pam malam, 3 jam sekali, 20 minit sebelah breast
    -Malam (12 pagi – 6 ptg) susu paling banyak dalam badan sbb hormon prolaktin tinggi, kerapkan bangun malam
    -Yang penting, jangan backup dengan formula
    -Kalau susu EBM yang dibekalkan tak cukup, minta pengasuh berinya makan sementara menanti kita balik kerja
    -Jangan risau, bayi akan minum banyak daripada kita sekiranya dia minum sikit semasa siang :) Bijakkan dia..

    Harap Sue membantu mommy Hasya

  12. hi kak sue, really interested to know u, to learn more bout breastfeeding…

    Salam Rozita : Boleh email akak untuk arrange pertemuan 4 mata (aitellyu) hihi..email di info@lunatots.com

  13. mommy Hasya |

    salam sue.tq 4 ur reply. really appreciate it..nnti sy cb praktikkn apa yg sue tulis tu. mmg dok standby je susu formula in case kena blk lmbat n susu plak x ckup. wpun sy keja cg je, blk tghari tp kkdg kna stay back dgn mcm2 akt koQ. bab bngun tgh mlm perah susu tu mmg x penah buat lg lah..penakut pnya psl..he3. lg satu…yg sy dok amalkan..bngun pg perah susu, then blk tghari plak br perah lg. selang 6 – 7 jam. kalu nak perah every 3 hrs, breast lembik je cam xdak susu. thats y sy x perah kerap2. camana tu? hrp sue bleh guide. thnks.

    Mommy Hasya : Breast yang lembik bukan bermakna tiada susu kerana susu SENTIASA dihasilkan dalam badan kita mengikut permintaan

    Elakkan membiarkan breast tiada stimulation (samada melalui direct feed atau pam) lebih daripada 3 jam semasa siang dan lebih 5 jam semasa malam
    Susu Mommy Hasya akan meningkat jika Mommy Hasya amalkan pengepaman yang lebih kerap (lebih elok jika 2 jam sekali, 20minit sebelah breast)
    Masa yang diambil untuk melihat perubahan ialah 1 ke 2 minggu

    Semat dalam hati, supply and demand concept :) ada demand lebih, badan akan supply lebih susu.

  14. hi again, sue… just curious macamana nak banyakkan susu? sebab bimbang baby tak cukup kenyang dengan susu badan sahaja (biasanya menyusu badan sebelah malam, tanpa campur). pernah cuba pam tapi hanya dapat 2oz shj dan mcm fedup plak… memang sebelah knn lg byk susu dr sebelah kiri? hope sue dpt bantu sy.. TQ

    Ita : Bayi yang berusia kurang daripada 6 bulan CUKUP dengan HANYA minum susu ibu sahaja.
    Indikasi baby tak cukup susu ada 2:
    - Kurang 5 kali buang air kecil (lampin basah)
    - Tiada pertambahan berat badan yang sepatutnya

    Dan sekiranya kedua dua perkara ini tetap berlaku, perkara yang perlu dilakukan bukanlah menambahkan susu formula atau memperkenalkan makanan solid lebih awal daripada yang sepatutnya
    SEBALIKNYA pengevaluation perlu dilakukan terhadap ‘bagaimana pattern penyusuan ibu’ dan dinilai oleh pakar laktasi

    Bayi masih menangis selepas menyusukan bukanlah indikasi susu ibu tidak cukup.

    Ibu perlu mengepam ketika berada jauh lebih 3 jam daripada anaknya. Jenis pam juga mempengaruhi. Gunakan pam standard hospital seperti Spectra 3 atau Medela.
    Jadual mengepam harus dipatuhi samada semasa dalam pantang mahupun sudah mula bekerja. Sila refer entri ini.

    Konsep breastfeeding ialah Supply and Demand. Preference ibu atau anak terhadap salah satu breast (contohnya kanan dalam kes ita) menyebabkan penghasilan susu yang lebih di breast itu.
    Selain itu, selalu cuci nipple semasa mandi untuk membersihkan liang nipple daripada tersumbat.

    Harap saya menjawab persoalan Ita. Boleh jumpa saya secara personal untuk makluman lanjut.

  15. saya juga menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan dan saya masih teruskan smapai skrg. Ibu saudara saya menyusukan anaknya selama setahun tanpa campuran apa-apa walaupun makanan pejal. Ini bermaksud anaknya hanya minum susu ibu sahaja sampai umur dia setahun. Selepas setahun, baru dia ada beri anaknya makanan bayi. Anaknya dah besar dah sekolah. Perutnya mmg kuat. Saya rasa anak boleh minum susu ibu tanpa apa-apa makanan lain sampai umur 2 tahun. Ingat tak kita pernah belajar fekah tentang najis Mukhaffafah? Najis Mukhaffafah ialah air kencing bayi lelaki yg berumur kurang dari 2 tahun yg hanya minum susu ibunya shj. Dari situ saya mula terfikir, tentu dulu2 ada bayi yg hanya minum susu ibu shj tanpa apa-apa makanan sehingga usia 2 tahun.. Cuma skrg saja kita terlalu cepat memperkenalkan makanan pejal kpd bayi iaitu 6 bulan… Anak ketiga saya masih lg belum makan walau dia sudah 7 bulan lebih. Insyaallah tak lama lg saya akan bg makan. Dia sgt sihat berbanding 2 kakaknya yg saya beri makanan pejal agak cepat iaitu 5 bulan. Wallahua’lam (hanya pendapat saya sahaja)

  16. betul tu..saya sokong 100%..
    i ada story nak dikongsikan bersama..buat renungan semua..
    my baby already 1yr old..this is my first baby…but i dapat halangan dr my mother in law(mil)..she don’t want me to breastfeed my baby..oleh kerana i duduk serumah dgn dia & my hubby is the only one child yg dia ada…so dia mahu cucunya rapat dgn dia,lebih dr i..dia tak kasi i dokong baby lama2..kononnya takut baby jd terlebih manja,tak kasi i breastfeed kononnya susu ibu takde khasiat,susu botol byk khasiat,but i still bersabar & teruskan myusu..so bila my baby umur sthn,my baby lebih rapat dgn i walaupun i bekerja,wlupun my mil dok 24jam dokong dia kat rumah..Alhamdulillah..hope i dapat myusukan dia smpi 2thn..dan nasihat buat teman2..myusukanlah anak2 anda demi kesihatan & demi mjalinkan kasih syg yg lebih erat dgn anak2..

  17. Dulu masa lepas bersalin anak pertama saya tak lama susukan anak kerana kurang ilmu dan mudah dipengaruhi orang lain. Kalau kenang balik, mmg sedih..Dapat anak kedua, saya susukan lama juga tp dah campur dgn susu botol sebelum 6 bulan lg.. Ini pun sebab kejahilan…Bila dapat anak ketiga ni, mmg susukan sepenuhnya..kerana dah bnyk tahu dan timba ilmu ttg penyusuan bayi ni..
    Ni nak cerita pengalaman saya …Sebelum dpt anak ketiga, saya ada masaalah peranakan seperti rasa hendak terjatuh..Pernah beberapa kali jumpa doktor.. Bila check, doktor kata ok, mgkin saraf mengembang atau pundi kencing yg kembang urat.. Macam2 makanan kesihatan saya makan. Tapi ia onn off…onn..off.. Selepas lahir anak ketiga dan selepas saya susukan dia secara eksklusif, saya dapati masaalah tu hilang terus…alhamdulillah..mmg tak sangka..saya akan pulih .. Saya yakin penyusuan benar2 baik utk kesihatan ibu dan betul2 boleh mengecutkan rahim….

  18. semoga perjuangan kita ini mendapat keberkatan yang maha esa….saya pun bercita-cita menyusukan anak saya ekal hingga 2 tahun..insyaallah

    Amin Shakila : InsyaAllah, semuanya atas rahmat Dia, kita berusaha sedaya kita ye :)

  19. baru terjumpa blog ni. suka sangat baca. byk info yg blh dpt dr sini. harap2 dgn ilmu yg saya dpt ni, saya dpt menyusukan anak ke2 saya secara exclusive, tak mcm yg first dulu. doakan saya ye. thanx

    Nasz : Tahniah sbb ada inisiatif awal :) Untuk lebih info, Nasz boleh sertai kelas BF yang Sue anjurkan..

  20. hurmm terharuu.saya pun hadapi masalah lebih kurang..lepas pantang baru dapat beli pum..tak dapat kumpul banyak susu kat baby.huby janji nak belikan pum tapi time nak beli dia gunakan duit semua..sedih nye.time pantang banyak dugaan hari2 ku nangis.nasib baik tak gila meroyan..hehehe.beli pum kat rita jugak tapi tak de tunjuk ajar..sedih jugak,tapi belajar sendiri la..dari bacaan and joint forum dapat la sikit kekuatan.

    Salam Nurul : Sabar ye, insyaAllah untuk baby yang seterusnya, Nurul akan lebih yakin :)

  21. ku pon hampir iras2 cam situasi mu la…
    ms pregnant, tak terpikir sgt psl BF atau FM ape nak kasik…dulu ku agak jahil plus xde sapot dr ‘org sekeliling’..
    skrg baru nyesal x sudah….cian syifa kena minum AMUM, hampir 2 tin dah…
    spectra me baru smp smlm, lum rasmi lagi…mlm ni jgk ku akan usahakan bagi penuh freezer…
    sronok bile berjumpaan dgn blog nih..

    Farah : Lepas ni mulakan relaktasi kembali ye :)

  22. thanks a lot to sue…byk sgt saya belajar from this blog…..saya pun br je dpt bb n skang umur dia 3 bln…
    sblm ni mmg psg niat nk full bf…tp disbbkn xde ilmu…mmg xdptlh…dgn pump manual…apa sgt lh yg dpt…ditmbh plak bb boy yg kuat nyusu lglah xsempt…tp dr blog byk yg sy belajar…dr zero…skang cnfdent level dh bertmbh n semgt blk utk fully bf…actually mybb bf bila sy abs ofis hour…during ofis hr 8-5pm..mmg susu formula…sedey bila fkir blk….tp msh blom terlmbt utk fully bf…skang ni tgh servey tul2 for spectra3 ..insy gaji ni cnferm grab…doa2kn impian sy utk fully bf jd kenyataan….amin

    Amin Mai..3 bulan masih awal dan Mai masih boleh menyusukan secara eksklusif walaupun Mai berkerja :)
    Apa apa, Mai boleh hubungi Sue ye..Take care

  23. sue..mntk izin i save entry mu ni.sungguh menyentuh jiwa..hihi

    Mummyilul : Sila..ini entri lama masa ku muda muda eh mula mula decide utk menyusukan Iki

  24. salam..bila baca macam ni saya teringat pengalaman saya hampir sama..sebab xkuar air susu selpas bersalin baby terpaksa diberi susu fm tp dynas tetap try bg bf..tp xda jg..selepas 1 mgu brla air susu ada kuar tp baby da xmau bf..dia da konpius botol susu..sedihnya..klu ble kembali masa tu sya mau kembali..dan tidak akan bagi dia susu melalui botol..sedihnya..maafkan mama

    Salam Dynas : InsyaAllah lepas ni Dynas akan lebih faham mengenai konsep susu ibu dan mula menyusukan bayi seawal jam pertamanya :) Amin..

  25. terharu la saya baca citer awak. Saya tak berjaya BF anak saya. Bukan saya tak tahu ttg kebaikan BF, tapi dpt halangan berterusan drpd MIL. Jiwa saya tertekan sepanjang tempoh berpantang. Kalau ingatkan kembali, saya sedih sgt. Skrg anak dah 2 tahun setengah. Kalau ada rezeki anak yang kedua (mudah-mudahan dipermudahkan), saya mmg nak BF anak saya walaupun saya terpaksa bergaduh dgn MIL saya nanti. Ini tekad saya.

    Salam Zeti,
    InsyaAllah, bila masanya tiba, Zeti boleh menyusukan anak Zeti sepenuhnya dengan susu ibu sahaja nanti.
    Salam sayang dari Sue ya Zeti..

  26. salam sue…pengalaman sue mula2 bersalin..sama mcm sy…betul kate…knowledge perlu dicari…disebabkan tak cari ilmu2 breastfeed ni dr awal….saya gagal fully breastfeed pd anak…dan mcm2 dugaan lg mematahkan smgt sy utk fully BF….sedih sgt kalo teringatkn kecetekan ilmu….skrg ank dah umur 1 thn 7 bulan…lepas berenti …ada jgak cuba relaktasi…tp die dah tanak dah…sbb jadual keje shift mmg menggangu niat sy teruskan penyusuan…saya amat berharap…utk ank ke dua esk2…sy nk fully bf…smoga mendapat support dr semua…

  27. Salam Sue,
    Saya pun rasa sangat bertuah kerana sempat dapat ilmu tentang BF ni semasa mengandung lagi (mungkin juga salah satu sebab kenapa saya dikurniakan anak lewat) dan sekarang ni sedang menunggu-nunggu hari bila baby nak keluar.. Awalnya sama juga saya lebih sibuk memikirkan baju, tempat tidur, bilik, pengasuh, jenis diapers etc daripada pemakanannya.. Sehinggalah OB saya beritahu “Awak boleh turunkan berat badan dengan mudah bila awak BF bayi secara ekslusif..” Aisehmen, dalam masa yang sama saya pun dok berkira-kira FM apa nak bagi baby.. Kira kosnya sebulan berapa.. Bila dengar OB sibuk suruh BF, saya pun start cari info pasal BF.. Dan akhirnya sekarang ni dalam waktu menghitung hari, saya rasa lega sebab tak perlu kira kos FM, sebaliknya cuma beli breastpump jer.. TQVM atas perkongsian info anda yang menguatkan semangat saya untuk BF walau ramai teman-teman yang memberi saya cerita tak berapa seronok… OB pulak tanya “Seronok tak tahu boleh turunkan berat badan dengan mudah kalau BF eksklusif?”

    Cikgu Azleen, Selamat melahirkan dan seterusnya menyusukan!
    Tahniah ya…sama sama kita menyusukan si kecil :)

  28. Salam,

    Terharu membaca article ni dan komen2nya. Alhamdulillah, semakin ramai yg sedar kepentingan susu ibu. Nak share my own experient.

    1st baby (Adam), C section. lps bbrp jam melahirkan br dpt menyusukan baby. rs galat sgt sbb x dpt menyusukan baby rite after delivery. Pdhal susu mmg trus klua immediately after deliver. sbb baby pramatang, sy decide utk berhenti kerja sbb x sampai hati nk hantar ank ke baby sitter. ms tu belom aware pasal EBm ni semua, so sy assume klu hantar ank ke nursery pasti kene bg susu formula. so, tiap2 hari mengulit anak sampai la umur 8 bln, br sy mula bekerja. waktu tu dah tau sikit2 pasal EBM, so buat stok dan hantar ke baby sitter. Sayangnye, baby reject EBM. Nasib baik ms tu baby dah bole amik solid food. so kt rumah bbsitter, just minum air masak dan solid food (yg sy masak sendiri – no! no! to makanan bayi yg dibeli dr supermarket – pasti ade bhn pengawet etc kan..). kat rumah, continue BF seperti biase sampai la Adam umur 2thn stgh. terpakse putus susu sbb sy dah pregnant 2nd baby.

    2nd baby (Muaz). Normal delivery. sebaik tali pusat dipotong, nurse lap2 lendir kt bdn baby (tp belom dimandikan), baby terus diberi kpd sy utk menyusu. Somehow, sy rs sbb niat kite, susu terus byk sbaik shj bayi dilahirkan. after 2months, saye dah start kerja. bekal EBM utk muaz. awal2 muaz x brp nk minum EBM kat rumah bbsitter. Sbb? x sesuai dgn puting. tukar drpd NUK (hadiah dr org utk my new born baby) ke MAM teat. trus muaz minum 2x ganda lebih byk dr biase. sometime die reject EBM sbb EBm tu x elok sbb mak die x jg pemakanan. Talking about teat, some arguement with friends yg semcm x agree that teat main peranan utk minum EBM thru bottle feeding. since baby dah make use dgn nipple, agak payah utk mereka bertukar kpd ‘fake nipple’ ni. same kes dgn adam, pelbagai jenis teat sy try still die x bole terima. at last sy try MAM baru ok. dr situ sy apply utk muaz. those freinds yg x agree pasal teat tu mmg x BF babies mereka bile dah start masuk kerja. Alasan mereka mmg menyedihkan sy. 1) susu x byk, alasan yg sgt typical (sbgi ibu, kita WAJIB berusaha utk bykkan susu!) 2)ibunya mengaku yg die X RAJIN utk BF anak – sgt menyedihkan!

    pengalaman diri saye sendiri, 5 adik beradik. hanya saye yg menyusu badan setakat umur 3 bulan. 4 adik beradik yg lain >2 thn. Impactnya, saya x rs yg sy manja dgn mak saya. rapat mmg rapat, we share our stories. but sy rs janggal utk peluk/ cium mak sy. x mcm adik beradik lain. mak kate waktu umur 3 bln tibe sy beria2 reject susu ibu pdhal susu mak byk. mungkin waktu tu bukan zaman IT so emak x tau nk cr info kt mane utk buat sy nk balik menyusu…

    IbuAdamMuaz,
    Thanks for sharing. Selepas membaca komen Puan (menggunakan handphone), mokcik terus bangun semangat nak menulis update blog di laptop.
    Terima kasih.
    InsyaAllah tulisan dan pengalaman kita akan dapat membantu ibu ibu menyusukan anak mereka, Amin..

  29. Bila baca entry ni..sayu hati terbayangkan anak yg sulung. Lagi sayu dan rs bersalah setiap kali dia jatuh sakit. Jauh disudut hati ‘aku la punca anak aku mudah sakit’ Seingat nia..dia pernah dibottlefed 2-3x ngan susu perahan (itu pun pam [pureen] sbb engorged. nyaris nk dibuang nasib baik mak suh bg anak minumm ~ ya Allah jahilnyerrr..). Ntah mcm mana ttb dpt hidayah utk susukan dia..tp by the time sedar dia dh nips confused. Refuse to feed directly..dan akhirnya pasrah :( bila kesian tgk dia menangis tk henti2. sejak itu nia berazam utk susukan bb kedua ngan SI.

    saat yg dinntikan telah tiba..berbekalkan ilmu yg tk seberapa..seawal stgh jam lps brsalin nia start cuba susukan dia + roomg in. Bb tk dpt latch on! kurang susu => jaundice. Nia msh tk putus asa..pam (s3) susu n anta ke nurseri walaupun dpt tk sebrp(masih jahil sbb pk susu x cukup). Ujian plg besar ms tu bila pulang berpantang ke kg, bb asyik ngempeng spjg perjalanan tp masih blom dpt nyusu dgn betul, jwbnyer engorged yg sgt menyakitkan. tuam sudah, cuba nk perah pkai tgn sudah..ummi nangis bb pun nangis..jwpn nyer..jeng jeng jeng..FM!!(punah!! padahal dh 1 bln minum susu perahan) tu pun mak pujuk sbb dia pun dh tk tahan kesian tgk kami anak beranak.” dia kata nnti putuskan FM. Ntah mcm mn bb mnm 120ml setiap feedg sdgkan pam dpt 60ml/sesi. jwpnnyer skali lg adalah FM! sejak tu bb kedua minum campur w/pun pd usia 2 bln dia berjaya LO. setelah mula bekerja keadaan msh sama, pam = 60ml(sesi pertama)..sesi kedua dan ketiga hanya 10-20ml. PUTUS ASA kembali..dan pd usia 8 bln, ibu ni telah berhenti menyusukan anaknyer sekali lagi..tp masih menanam azam utk berjaya utk anak ke3.

    alhamdulillah..june2011 lahir sudah bb ke3. Masalah LO masih kekal. Susu dipam (Freestyle) seawal hari ke4 setelah bb menunjukkan tanda2 akan jaundice. Dan rutin mengepam diteruskan sehingga bb berjaya LO pd usia 2 bulan. Syukur tk terhingga kerana spnjg tempoh bb tk dpt direct feedg bygkan setiap hari sy harus pam sekurang-kurangnya 8x demi memastikan bekalan susu utk hari esok tersedia! Kini, walaupun hampir menjangkau 3 bln (jauh lg prjlnan ni!!) sy menyusukan bb yg ke3 ni secara eksklusif tetapi sy cukup bangga dgn pencapaian sy berbanding sblm ini..Doa saya utk diri sendri dan ibu2 diluar sana kita diberi kekuatan utk terus menyusukan anak2 kita..

  30. As a husband n father..200+++% I agree with this artcl..thanks for sharing Sis Sue..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: