Keputusan untuk menggunakan Cloth Diaper(CD) adalah suatu keputusan yang besar seperti Breastfeeding(BF) iaitu memilih ‘kesusahan’ walaupun ada yang lebih senang (seperti disposable diapers & susu formula). Dan pastinya keputusan yang anda sebagai ibu (atau bapa) pastinya selepas mempertimbangkan beberapa faktor. Jika ditanyakan pada empunya badan diri sendiri, mengapa saya berubah kepada Cloth Diaper? Ianya sekadar pendapatan saya, a mom and a nurturer of iki, a blogger tegar lantik sendirik (owh, I just love it!) Jawapannya :
- Zikry berkulit sensitif dengan semua jenis diapers yg dipakainya (kecuali Mamy Poko, papa garu kepala pokai) Ramai orang merasakan lambat tukar diapers menyebabkan rashes. Tapi sebenarnya bahan kimia di dalam diapers itu ditambah dengan diapers yang lambat ditukar menyebabkan rashes. Tak percaya? Gunakanlah CD selama seminggu secara eksklusif. Walaupun anda malas menukar CD (dan biarkannya lenjun basah), tiada sebutir rashes pun yang akan timbul. (Terbukti pada iki)
- Mengikut kajian keibubapaan yang dijalankan pada tahun 2007, ibu bapa banyak meng’spend’ duit utk 1.Susu Formula 2.Diapers berbanding insurans, mahupun pendidikan untuk anak anak.
- Selepas membuat kira kira matematik yg akan saya tunjukkan di bawah, saya bercadang untuk mengubah cara kami sekeluarga membelanjakan wang untuk item no 2. Manalah tau duit tu boleh saya beli handbag,purse, kasut, dan barang2 pink kan..ahaks!
- Go green, saya cuba membesarkan anak dengan bahan kimia yang minima. (Ada byk lagi cara lain, antaranya makan junkfood di ofis semasa anak di rumah pengasuh..gaga..) Belum ada research dibuat tentang long term efek bahan kimia di dalam diapers terhadap organ reproduktif anak bagaimanapun, terdapat kajian mengatakan bahan kimia tersebut mempunyai efek kepada sistem respiratori anak. Apakah yang terdapat di dalam diapers anak kita?
– Dioxin, which in various forms has been shown to cause cancer, birth defects, liver damage, and skindiseases, genetic damage, is a by-product of the paper-bleaching process used in manufacturing disposable diapers, and trace quantities may exist in the diapers themselves. Dioxin is listed by the EPA as the most toxic of cancer related chemicals
-Tributyl-tin (TBT) – a toxic pollutant known to cause hormonal problems in humans and animals
– Sodium polyacrylate -If you have ever seen the gel-like, super absorbent crystals in a disposable than you have seen this first hand. Sodium polyacrylate is the same substance that was removed from tampons because of its link to toxic shock syndrome.Disposable diapers adalah antara penyumbang kepada sampah sarap dan pencemaran di muka bumi ini. Save the earth with Cloth Diaper! Kurangkan pencemaran, back to nature.
- Bayi yang menggunakan CD terbukti lebih cepat utk belajar menggunakan tandas (potty training) kerana mereka rasa basah apabila mereka basah…
Ianya hanyalah kata kata manis dari pihak manufacturer diapers apabila mereka mengatakan “bayi yang kering, tidur lebih lama” kerana, bahan kimia yang diletakkan utk membiarkan bayi rasa kering adalah tidak natural kan sepatutnya rasa basah apabila basah?
Zikry sudah berumur 11 bulan semasa saya mula fully CD. Akak kat sana tanya, mengapa saya lambat bermula?
- Semasa iki berusia 2 bulan, saya menerima respons yang kurang baik daripada penjual CD apabila mengetahui yang saya tidak mempunyai pembantu. Katanya CD tidak praktikal untuk ibu bekerja yang kelam kabut hidupnya (seperti saya lah itu
). Saya akan eksplenkan walaupun tak ditanya,tentang bagaimana saya meng’handle’ CD walaupun tanpa pembantu. - Saya sentap dengan harga CD yang mahal. RM69? RM89? Owh..sungguh saya sentap! Tapi sekarang tidak lagi kerana saya telah menjumpai one size CD (adjustable size) yang berpatutan
- Saya leka lengah lengah kerana CD sedikit berbeza dengan BF. BF ialah keputusan yang perlu dibuat segera kerana melibatkan apa yang bayi anda makan. CD ialah apa yang anda mahu anak anda pakai. Fahamkah kalian, saya cuba memeningkan anda? Maksud saya, saya enjoy the sweet time memikirkan sama ada saya perlu bertukar kepada CD atau tidak. Begitu juga dengan anda, renung dalam dalam dulu.. CD bermakna komitmen, seperti BF juga..
Sebagai seorang yang rajin mengira, mari kita kira kos memakai diapers dan CD. Kiraan ini adalah untuk bayi seusia Zikry (applicable untuk semua bayi lepas pantang sehingga bayi yang sudah potty training(3 tahun))
- Sehari iki menggunakan 6 diapers
- Iki mula menggunakan CD semasa umurnya 11 bulan, maksudnya dia akan menggunakannya selama 25 bulan (sebelum usianya 3 tahun)
- Harga diaper biasa ialah RM0.50 (untuk brand Drypers, Huggies Dry) dan RM0.84 (untuk brand Mamy Poko). Jika sehari iki menggunakan 5 pcs diapers, kos sehari ialah RM2.50. Kos sebulan ialah RM75 dan kos untuk 25 bulan ialah RM1875 (Ayah Iki sila bulatkan mata anda..ihiks.. ) (Itupun jika iki menggunakan diaper Huggies sepanjang hari) Saya belum mencampurkan kos rashes cream iki
- Manakala harga cloth diaper berharga RM49 (secara average) dan saya perlu ada sekurang2nya 10 pcs 5 pcs untuk sehari pakai. Maksudnya, jumlah wang yang dikeluarkan ialah RM490 sahaja.
- Wowwie…penjimatan hampir 80% disitu, kan? Kiraan di atas akan berbeza mengikut usia anak anda, jika anak anda lebih muda dari Iki, maka jumlah penjimatan anda lebih banyak
- CD boleh diturunkan kepada adik adik iki. Jimat in the long run.
Kita beralih ke topik yang lebih menarik iaitu bagaimana saya menguruskan CDs iki CD terbahagi kepada 2 bahagian,
- pocket pant
- & insert (yang putih tu)
untuk penggunaan di hari siang, hanya 1 insert diperlukan untuk penyerapan sepanjang 4 jam (bergantung kepada berapa banyak bayi anda pee)
tukar CD setiap kali baby poo..dan apabila CD sudah berat(3-4 jam)
sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs
*tetapi untuk penggunaan malam dengan 2 inserts, boleh digunakan selama 8 jam
(dari jam 10 malam ke 6 pagi)
ini adalah bahagian dalam CD
*dengan satu insert sahaja
anda perlu memasukkan microfiber insert ke dalam pocket pants
kerana sekiranya insert berhubungan terus dengan punggung anak anda
microfiber material boleh menyerap kelembapan punggung dan menyebabkan kekeringan dan merah merah
(acik cakap pusing pusing ni,kalian fahamkah?)
untuk penggunaan malam hari
*kedua dua insert dimasukkan ke dalam pocket pants
(demi penyerapan yang lebih dan anda tak perlu mangun malam utk menukar CD baby)
semua CD yang baru dibeli perlu dibasuh sekurang kurangnya 3 kali dengan air paip biasa (tanpa sabun) sebelum menggunakannya
ianya adalah untuk mendapatkan maximum absorbency daripada CD tersebut
(ala, towel baru kan mesti basuh dulu
)
Selepas di rendam dan di rinse menggunakan washing machine
‘sunning’ atau jemur CD anda ye
hari pertama iki menggunakan CD di rumah pengasuh/nurseri
beritahu pengasuh, sekiranya bayi anda poo/pee
hanya masukkan CD ke dalam plastik (tidak perlu basuh)
sama seperti apa yang mereka lakukan dengan diapers cuma jangan buang (hoho)
‘bekalkan’ 4 CDs untuk kegunaan anak anda semasa hari siang
semasa menjemput anak anda, bawa pulang plastik hikmat tersebut..hihi
Anda juga boleh menggunakan Lunatots Wetbag yang kalis air untuk mengisi lampin busuk anak anda
Dan sekiranya pengasuh membilas CD anak anda pun tak apa
Sebab wetbag ni kalis air
‘Anginkan’ wetbag untuk digunakan semula esok pagi
cara pengurusan CD, utk CD yang terkena najis
siramkan air ke CD itu untuk membuang najisnya ke dalam toilet bowl
Selepas itu, anda boleh membilas CD yang terkena air kencing dan air besar tersebut sehingga hilang baunya
wah..membasuh?
susah bunyi nya kan..
biar washing mashine does the job untuk menghilangkan warnanya
(sebaiknya letak CD anda didalam laundry bag untuk menjaga jahitan CD anda)
tips tambahan, sekiranya bayi anda poo
warna kuning najis agak susah ditanggalkan dengan sekali cucian machine
apa yang saya buat, saya letakkan sabun pencuci (liquid) di insert nya
dan buat ‘soak mode’ selama 8 hours
alhamdulillah, kesan kuning semua tertanggal
elakkan penggunaan softener kerana ianya akan meninggalkan ‘lapisan’ wangian
pada inner (bahagian dalam) CD anda yang boleh menyebabkan ianya kurang menyerap
dah siap rinse dan spin, sidailah CD anda secara berjamaah di bawah kipas
sebab saya sidai di dalam rumah,
maka ianya akan mengambil masa semalaman utk kering
inilah rutin harian mommy iki
pagi pagi angkat CD dan lipatkan 3 untuk ‘bekal’ iki di rumah pengasuh pada hari itu
bagaimana jika bayi anda kecil, dan Lunatots CD ini tidak muat?
jangan risau, ianya mempunyai adjustable button

selamat ber‘cloth diaper‘ kalian
ianya tak susah, sama seperti breastfeeding
saya berCD & berBF adalah kerana kebaikan cloth diaper & breast milk
tetapi sebab paling utama, saya cuba mengurangkan keburukan & risiko bahan kimia dalam disposable diaper & susu formula
anda ibu, anda lebih tahu…
Check out artikel lanjutan saya di sini
Related posts:





sue.. camne nk beli CD ni selain dr beli kt lunatots.com?
—
Nisa boleh datang ke rumah Sue http://www.diyaluna.com/diary/2009/02/12/lunatots-showroom/
saya pn br jer berjinak2 dlm dunia CD ni.. agak terlambat gak la sbb BB dah 13bln maser tue.. even tho mmg dh tau psl CD ni tp sbb xpnh try so xtau la benefit nyer.
after few trials, i can see the different nyer in term of financial and my BB skin..
mmg jimat and skin BB pn xder rashes pn.. tp blum ready lg tuk ber-CD bler outing..
bleh tak kasik tips if nk ber-CD bler outing ni..
—
Dear kambing bujang : Nanti boleh cuba Lunatots Cloth Diaper pula
CD tu buleh simpan utk adik2nya nanti kan…
ala kaksue…
promo dah abis ke untuk snap button. xsmpat nak pre-order,
ingat nak tambah lg CD br 5 je, jenuh basuh hari-hari.
bila lg nak promo ni…
—
Shikin boleh order Package of Five ni http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=41&products_id=426
salam..saya ader kemusykilan sikit… benda putih kat tgh2 tu dijual sekali ker dgn cd ni or kene beli asing2…
ummi haiqal ni tgh bersemangat nak bagi haiqal pakai wpon haiqal dah 1 thn 7 bln.
—
Fatonah : Haiqal masih boleh menggunakan CD selagi dia masih menggunakan diapers
Insert disertakan sekali dengan CD Lunatots.
hi…saya dh tgk lunatots nie..nampak cam ok..
cuma..,cara nak guna die,,tak fhm la..
—
Wahida : Cara menggunakannya adalah sama macam penggunaan disposable diaper, bezanya ianya boleh dibasuh dan diguna semula
Refer link ini http://www.diyaluna.com/CDv2.pdf
salam su,
CD lunatots ni leh pakai tak dgn insert dr brand yg lain?mksd saya ngam/ muat tak?
—
Salam Rina : Sue tak pasti mengenai itu kerana insert Lunatots fit dengan Lunatots pocket pants.
bila baca ni ni, terasa nk stat CD utk damia sekrg jugak..
heheheheh… tp lom tanya lagi ngan bb sitter dia sanggup ke tak handle CD…
ingat nk try hujung minggu dulu…
—
Laila : BabySitter tak perlu basuh apa apa,cuma basuh bontot baby sahaja. Bungkuskan CD berserta poop/yg dah basah ke dalam plastik/Lunatots Wetbag
Bagaimana untuk mandapatkan CD tersebut
—
Hisham boleh beli di http://www.lunatots.com
Sue , aku ade 2 org ank yg pandai poo & pee tapi x leh nk cakap lagi… yg sorng tu 2th n another one 3th, ni bini aku tngah mengandung. aku tengok cd ni mcm best je…. ni bini aku x tau lagi niii. kalo die tau,,,kompom dei suh aku order…
—
Mancertex : CD memang praktikal dan menjimatkan bagi mereka yang mempunyai anak kecil.
Sue nak dapat anak lagi sorang November ni pun tak gusar tentang susu dan diapersnya kerana sudah pasti jimat disitu
kak sue,
pre order sutk snap button tu biler boleh buat yer?
ke da abes?
pastu kalau nk pilih kaler banyak2 utk snap button nk kna tunggu sampai biler?
—
Salam Pinkedish. Preorder insyaAllah akan dibuka pada minggu ini. Pihak Lunatots sedang dalam perbincangan utk finalize beberapa perkara.
InsyaAllah CD akan sampai pada pertengahan Ogos
oo.. kalau mcm tu sy nak buat preorder la.
boleh sy tahu mcm ne nk buat preorder tu?
—
Pinkedish : Saya akan announcekan cara2nya dalam masa terdekat.
salam sue,saya nie rasa berminat benor dengan CD nie,semalam suami ckp dia ada tgk kat tv.so camna nak beli nie,dealer kat utara tak de ke??
—
Salam Faizah : Faizah boleh beli di http://www.lunatots.com ye.
salam puan sue nk tya,kalau baby pee atau poo,kalau taknak guna washin macchine bleh tak guna basuh tgan,aper bhan cucian yang sesuai nak digunakan dan setiap cd ada bper lapis helaian white cloth tue??
—
Salam Fazral, boleh basuh guna tangan cuma mungkin sedikit susah utk menghilangkan kesan najis.
Gunakan sabun yang tidak berenzim, berpeluntur dan berpewangi dan setiap insert Lunatots mengandungi 3 lapisan mikrofiber utk lebih serapan
assalammualaikum
saya mempunyai sorang anak pmpn umur 4 thn (dis 2005). masa kecik (belum setahun) saya mmg pakaikan dia cd sbb pada saya mmg mjimatkan,selamat dan sesuai dgn kulit dia yg alah. walaupun susah sikit sbb kna basuh selang sehari tapi demi anak x pe la kita berkorban. dia pakai cd sampai umur dia 2 thn lebih (dah pandai ckp nak buang air kt toilet). skrg ni suma cd tu saya simpn elok2 utk bakal adik2 dia, insyaallah. kpd yg nak mencuba cd, saya mmg menggalakkan dan menyokong 100%

—
Wah Zu dah biasa dengan CD ye..alhamdulillah anak kita sama sama dapat manfaatnya kan
Dalam masa yang sama, persekitaran kita tidak terjejas dengan pembuangan disposable diaper anak kita.
salam. excellent info, timakasih byk2 kongsi ilmu.
—
Sama sama Momy Maryam, semoga sama sama kita dapat manfaat
tgh semangat ni nk try CD..
dh tangkap 3CD dan 5 inserts… hohohohoh….
wish me luckk…
pas raya nk tangkap lagi 5.. sila simpan stok yeee… hehehe
—
Wah Laila : Jom jom kita ber CD-ing! Hijaukan bumi…hihi
Hai Sue.. sy mmg berminat nk bli cloth diaper ni dh lama tgk tp mcm u jgk ssh nk wat keputusan. So sblm tu nk fhm btl2 sblm buat order. jd sy nak tanya insert tu dia jual asing ke camana eh? cthnya klu kita bli AIO button cloth diaper yg harga rm47 tu adakah kt kena bli plk insert dia? sorry saya ni blur..yg sy fhm skali tp my husband lak ckp asing so tlg trgkan blh? dan yg utk penggunaan disiang + mlm hr tu xde yg jual package ker? 1 lg blh tak u tlg bg pendpt + btau + pilihkan utk sy yg mana elok dan bgs utk sy bli. Ank sy skrg umo 1thn 1 bln. tq
—
Salam Ninie : AIO dah ada insert di jahit bersama sama. Lebih mudah dipakaikan kepada bayi tetapi agak lambat kering dan susah hilang warna kotoran.
Jika jenis berpoket, satu insert disertakan sekali bersama sama cloth diaper. Walaubagaimanapun ianya perlu dimasukkan sekiranya mahu dipakai.
Ada package of five di sini. Untuk permulaan, Ninie boleh cuba jenis berpoket terlebih dahulu
Boleh datang ke showroom kami di Cheras utk lebih info
wah seronok dgr anak2 yg dpt mencuba cd.Tp sy nak tau, ada ke size untuk anak berumur 1 thn lbh dgn berat 18 kg muat pakai cd ni?sy mmg berminat dgn cd ni tp sy x berani mencuba tkut xde size untuk ank sy.Dia mengalami ruam lampin yg agak byk jgk.. mintak nasihat cikit……..
—
Lin, saya cadangkan Lin datang ke showroom Lunatots untuk melihat sendiri samada baby Lin muat tak lampin kain moden Lunatots
Alamat kami ialah : 16-2-1, Blok A, Jalan 5/101C, Cheras Business Centre, 56100 Batu 5 Cheras, Kuala Lumpur.
Hubungi saya di 0125880515 sebelum datang
Pn sue, sofia nk tanye, kite boleh guna CD ni untuk jangka masa kan (selagi ok) tp confirm ke takde kuman/bakteria yg kite tak nmpk walaupun dah di basuh yer..?
—
Salam Sofia : Mengikut konsep ‘bersih’ dalam Islam, ianya tiada warna, bau dan rasa. Jadi selagi CD ini dibasuh sehingga hilang warna dan bau, ianya bersih
Biasanya concern ibu bapa ialah bahan kimia yang jauh lebih berbahaya terhadap anak dan alam sekitar (berada di dalam lampin pakai buang) berbanding isu bakteria dimana risiko untuk mendapat ruam lampin meningkat sebanyak hampir 80% dengan penggunaan lampin pakai buang.
Dan selagi CD anak Sofia bebas bau, ianya bersih dari bakteria
salam pn luna…alohai sonok baca tentang cd ni…saya baru ke belajar pakai kan anak CD ni belom pon seminggu…mula2 kene la sabar…mula2 saya tak tahu kene basuh dulu cd n insert…saye trus pakaikan…saya tak di beritahu kene basuh…baru sejam pakai dah..bocor…agaknye sbb x basuh kot…tapi anak saye memang kuat pee…saya ingat sbb tu…minta pn luna advice saye boleh x….TQ a lot
—
Berapa umur bayi Puan Nieta? Bagi bayi berusia atas 1 tahun terutamanya yang minum susu formula, kencingnya agak banyak dan cepat bocor dimana sekeping cd dengan 1 insert boleh tahan 1 ke 2 jam sahaja.
Bagi mengatasi masalah kebocoran, ibu perlu alert dalam selang masa 2 jam atau puan boleh menggunakan insert hemp (insyaAllah akan available di Lunatots pada bulan hadapan).
mummy dah borong pakej beli 5 + 5 inserts kat sarakids ttdi semlm…hehehe…siap booking awal2 sbb mase g mggu lps byk kaler out of stock…on d same day hawa call stock smpi…insert jer pending…
Beli sikit sikit sementara menantikan kehadiran sikecil
Anda akan rasa berbaloi semua effort anda itu!
xpe…janji dpt CDkn baby nnt…Go GREEN!!
—
Wah mummy_rn
Salam Sue,
Boleh beli CD pakej for 5 through website ke?
Payment terms macam mana?
—
Salam Ibu Adriana : Promo Pakej of 5 sudahpun berakhir, payment term boleh dilihat disini http://lunatots.com/shop/shipping.php
Hai…,saye mule tertarik bila CD ni ade kluar dekat majalah PA&MA.
Tp macam mne klu sye nk beli dlm kuanti 5pc keatas..?
xde discount ker..?
—
Salam Suzieyana : Buat masa ini tiada diskaun sebab harga Lunatots lampin kain berpadanan dengan kualiti dan material yang kami sampaikan
huhuhhu…..gramla…..nape xtau psl CD nie 3taun lpas…..msti dh bjimat skan….erm Pn Sue, jangka hayat CD tue brape lame ek?yela ank kite Tisya dh 3thn n dh x pkai diapers since 2thn 3bln…..(actually Tisya BF smpai 2 1/2taun……jimat3x!!!)So, kot Bie nk bli CD tue tp pkai mayb utk future bb, leh ke?bkan ape, mane taula taun2 yg mdtag2 tetibe CD nie ilang plak…..bagus la CD nie…..teruja mlhatnye…..Good Job Ladies
—
Bie, boleh. CD ni mcm kain baju yang boleh dipassing kepada anak2 yang lain.
eh…..(hehehe) soryla Pn. Sue…lupe nk tanye….mcm kite kn stay kt JB, ktne ek gamaknye leh dpt kdai yn mjual CD nie?kot dpan mate tue mcm puas memndang la….nnt nk xplain kt hsband yg agak blur….nk kne tnjuk demo dpn mate baru pham….
—
Bie boleh refer senarai reseller di laman web lunatots
salam.
kak sue chantek..
saya tempek kan article ni pula eks..
ampun maaf minta halal..
salam k.sue, masa mula2 beli ok… tapi skrng ni cpt dan sllu bocor. kenapa ye? mgkin sbb sabun pncuci ke? kalau kita basuh x paki sabun blh ke?
—
maria boleh cuba buat strip washing atau cuba tambahkan hemp insert di bawah mikrofiber insert.
Kalau basuh tanpa sabun, susah warna najis nak hilang dan fabrik pun tidak berbau segar.
hye sue…dah berbulan2 saye surf pasal cd nie..tapi masih blur..alih2 ptg nih terjumpa ur site…very good explaination..terus faham…
—
Selamat ber CD ye Farah
Sy nk cuba.sy akn cuba c0ntact sue dlm msa tdkt nie.nk kira budget dlu.
—
Salam Rohani, selamat mencuba!
normal ke kalau insert mjadi kuning selepas lama digunakan? saya ada koleksi 20 keping cd utk anak saya..tp cd yg lama tu insert nya agak kekuningan…
—
Puteri , insert adalah dari material mikrofiber macam kain tuala kita. Kalau tuala mandi putih pun akan berubah warna selepas beberapa basuhan kan? Faktor lain juga mempengaruhi macam air yang digunakan utk membasuh (kadang2 kuning), dan sabun. Puteri boleh cuba tips2 memutihkan tuala seperti basuhan dgn air panas.
memang kdg2 saya ada rendam insert dgn air panas…kdg2 saya guna dettol utk bunuh bakteria, hahahaha (agak2 nya sesuai tak cara saya tu?), saya cuci cd & insert dgn pureen HAD…ok ke?
memang kdg2 saya ada rendam insert dgn air panas…kdg2 saya guna dettol utk bunuh bakteria, hahahaha (agak2 nya sesuai tak cara saya tu?), saya cuci cd & insert dgn pureen HAD…ok ke?
wetbag yg ada tali tu takde lg ke pn sue?
kenapa lapisan dalam cd saya tertanggal ek? maksud saya lapisan yang seperti getah tu?
—
Puteri : PUL yang sering terdedah kepada matahari atau sabun yang terlalu ‘kuat’ boleh merosakan lapisan PULnya.
kalau mcm tu kena jemur dlm rumah jer la?
—
Elakkan cahaya matahari secara terus dan biasanya saya sidai dibawah kipas kecuali pada hujung minggu.
saya nak beli benda ni tp taktau kat mana..dkt bangi kat area mana?sy ddk bangi area bandar seri putra
pls.
—
Zarra boleh refer link ini untuk lebih details http://www.diyaluna.com/diary/2009/10/26/lunatots-showroom/
salam sue..
sy br je pakai lunatots…tau pasal CD ni pun dr member.nyesal rsnya xtau awal2 sbb dh byk membazir beli pampers utk ank sulung..bila ada bby br lg la bertambah kos pampers..huhu…rsnya pakai CD ni xde la ssh pun..kene rajin sikiiiit je.. sy nk pakai CD ni exclusive utk dua ank2 tuh tp masalahnya pengasuh xnak..dia ckp kalu baby sy yg kecik tu pakai CD dia ssh nk tdo..so bila kt umah pengasuh dia pakai pampers..kt umah je pakai CD..camne sy nk yakinkn pengasuh ni???
—
Salam Ros : Macam Sue dulu, memang tak hantar disposable diapers ke rumah pengasuh. Jadi, pengasuh tiada choice.
Lepas tu sembang dan beritahunya “anak saya jenis ruam, kena pakai lampin kain” Ianya mungkin membantu!
ye ke susah tidur? bg saya ok je..
salam sue….idea sue tu jadi la..kebetulan bby kene ruam so mintak bbsitter pakaikn CD. bbsitter pun nmpknya xde problem guna CD ni. happppyyy sgt.. so kene tmbh stok CD. semlm br order..xsabar rsnya nk tggu CD smpai..cpt2 pos ye sue..
ape beza velcro,button n AIO?
—
Salam Wahyu,
Wahyu boleh refer di link ini http://www.diyaluna.com/diary/2009/06/29/faqs/
AIO ialah CD yang dijahit mikrofiber insertnya sekali sementara jenis lain ialah berpoket (jika tidak dinyatakan sebagai AIO)
Salam Sue,
Saya dh hampir setahun gunakan cd ni. Sejak kebelakangan ini cd tu berbau hancing. Kenapa? Saya basuh cd gunakan sabun mandi dan rendamkan selepas itu, betulkah cara saya tu….
—
Salam Aina, rujuk link ini untuk maklumat lanjut http://www.diyaluna.com/diary/2010/03/23/cd-bocor-strip-wash/
Selain itu, CD tidak boleh dibasuh menggunakan sabun mandi kerana ianya adalah plant based oil dan boleh menyebabkan CD tidak menyerap
Lebih details di link ini http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=41&products_id=623
slm pn suraya..saya rasa nak bli lunatots bamboo insert 5 pcs tu..cara basuh dia sama je ke mcm insert biasa tu?..n serapan dia lbh baik dari insert mikrofiber biasa tu kn?
—
Salam Min, cara basuhannya sama macam insert mikrofiber. Serapannya lebih baik dari mikrofiber. Link belian di sini http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=41&products_id=572
wah macam best je…ingat nak beli la untuk first baby ni, x salah mencuba kan, daripada kita bazir duit nak beli lampin pakai buang, lebih baik kita simpan duit tu untuk anak kita, untuk masa depan dia jugak,nak tanya, kalau kita beli yang package of 5 (snap button CD) tu,di sertakan sekali dengan insert ke? pas tu apa beza snap button cd dengan velcro cd?
—
Shikin : Disertakan dengan insert. Beza velcro dan snap button CD di sini http://www.diyaluna.com/diary/2009/06/29/faqs/
hai su saya baru beli petang tadi cd,but confius…untuk cucian pertama rendam semalaman and jemur dah kering ulang rendam balik untuk 2 dan kali ke 3 ke?……plz tolong saya…
—
Betul Zan, basuh-sidai-kering tanpa sabun sebanyak 3 kali atau lebih
Salam sue,
saya baru beli lunatots cd…me expecting the 3rd one bulan 6 nie…ingat nak try full cd kat baby tuh…by the mean time, nak try kat abang dia dulu yg umur 2 tahun lebih…Ade beberapa soalan nak tanye…
1)kalau baby yayak, boleh ke hilang warna yayak tuh?kalau newborn bolehla pakai nappy liner…Tapi kalau dah besar cam 2 tahun lebih nie, camner yer?baby newborn bf and bf baby nie stool dia takdela susah sgt nak hilang…tapi 2nd one nie dah stop bf…now fully bottle milk, yayak budak2 susu botol nie mmg cam susah skit nak hilang tanda dia….macam mane ye sue, bleh ke hilang warna dia…Yela mane nak tahu, kita tak sempat nak basuh CD tuh cepat2..
yang penting, hati ibunda lega sbb tiada ruam lampin dan pendedahan awal bahan kimia pada anak. Worth trying!
2) Ade my fren ckp, budak newborn, (1 hari umur) mungkin agak besar nak pakai CD nie…boleh pakai, tapi agak besar bagi diorang…takut leaking plak nanti…betul ker?
—
Salam Yati,
Material microfleece mudah menanggalkan kotoran najis anak anak. Kalau masih ada kesan poo selepas basuhan, sidai dibawah sinaran matahari, ianya akan hilang.
Bagi bayi newborn, 2 minggu pertama, ada ruang2 dipehanya yang omel. Pengalaman Sue, ianya tak bocor sbb baby baring diam2 saja
Selamat bercd
Salam sue…
Thanks a lot for ur reply above…since u’re the expert, nak tanye lagi…hehehe
a little bit confius…prewash tuh nak kena rendam semalaman ker?atau boleh terus je masuk washing machine tanpa rendam semalaman?
—
Yati, Sue belum expert lagi, baru belajar bersama sama ibu lain..hihi
Prewash tu basuh, sidai dan kering kemudian ulang semula proses tersebut.
Masuk washing machine terus pun boleh, cuma biasakan guna laundry bag ye.
Salam sue,
nak tanye lagi..hehehe…still waiting anxiously for my CD to arrive…tak sabar nak cuba….
OK…my 2nd son tuh umur dia dlm 2 tahun 3 bulan…minum susu botol kuat jugak…siang dlm 4-5 kali minum..tapi sekali minum dlm 5 oz jer…so kalau guna 2 insert agaknyer tahan berapa lame?3-4 jam??kadang2 bergantung pada cuaca, kalau sejuk, hujan, banyakla kencing nyer…Lagi satu, macam mane nak tahu CD anak kita tuh dah penuh?dia akan same cam DD gak ker?kalau dah kembung and berat baru tukar???takleh nak imagine..harap dpt membantu…sebab lepas nie, kena ajo bibik kat rumah pulak…hehehe..thanks sue….
Salam…again…saya kacau awak lagi…hehehe..
Nak tanye ape beza bamboo insert dgn hemp insert? yang saya tahu hemp insert dpt serap lagi banyak…how about bamboo insert?ape advantages dia?
Salam.
Saya baru nak try CD. Boleh masuk dryer tak selain disidai?
—
Saya cadangkan kolin sidai menggunakan matahari/kipas. Dryer boleh merosakkan lapisan PUL (dalam jangka masa panjang)
k.sue, thanks for the article. memang tepat pada masanya di saat2 saya mencari….
—
Welcome Raisah!