Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets



Keputusan untuk menggunakan Cloth Diaper(CD) adalah suatu keputusan yang besar seperti Breastfeeding(BF) iaitu memilih ‘kesusahan’ walaupun ada yang lebih senang (seperti disposable diapers & susu formula). Dan pastinya keputusan yang anda sebagai ibu (atau bapa) pastinya selepas mempertimbangkan beberapa faktor. Jika ditanyakan pada empunya badan diri sendiri, mengapa saya berubah kepada Cloth Diaper? Ianya sekadar pendapatan saya, a mom and a nurturer of iki, a blogger tegar lantik sendirik (owh, I just love it!) Jawapannya :

  • Zikry berkulit sensitif dengan semua jenis diapers yg dipakainya (kecuali Mamy Poko, papa garu kepala pokai) Ramai orang merasakan lambat tukar diapers menyebabkan rashes. Tapi sebenarnya bahan kimia di dalam diapers itu ditambah dengan diapers yang lambat ditukar menyebabkan rashes. Tak percaya? Gunakanlah CD selama seminggu secara eksklusif. Walaupun anda malas menukar CD (dan biarkannya lenjun basah), tiada sebutir rashes pun yang akan timbul. (Terbukti pada iki)
  • Mengikut kajian keibubapaan yang dijalankan pada tahun 2007, ibu bapa banyak meng’spend’ duit utk 1.Susu Formula 2.Diapers berbanding insurans, mahupun pendidikan untuk anak anak.
  • Selepas membuat kira kira matematik yg akan saya tunjukkan di bawah, saya bercadang untuk mengubah cara kami sekeluarga membelanjakan wang untuk item no 2. Manalah tau duit tu boleh saya beli handbag,purse, kasut, dan barang2 pink kan..ahaks!
  • Go green, saya cuba membesarkan anak dengan bahan kimia yang minima. (Ada byk lagi cara lain, antaranya makan junkfood di ofis semasa anak di rumah pengasuh..gaga..) Belum ada research dibuat tentang long term efek bahan kimia di dalam diapers terhadap organ reproduktif anak bagaimanapun, terdapat kajian mengatakan bahan kimia tersebut mempunyai efek kepada sistem respiratori anak. Apakah yang terdapat di dalam diapers anak kita?
    Dioxin, which in various forms has been shown to cause cancer, birth defects, liver damage, and skindiseases, genetic damage, is a by-product of the paper-bleaching process used in manufacturing disposable diapers, and trace quantities may exist in the diapers themselves. Dioxin is listed by the EPA as the most toxic of cancer related chemicals
    -Tributyl-tin (TBT) – a toxic pollutant known to cause hormonal problems in humans and animals
    Sodium polyacrylate -If you have ever seen the gel-like, super absorbent crystals in a disposable than you have seen this first hand. Sodium polyacrylate is the same substance that was removed from tampons because of its link to toxic shock syndrome.Disposable diapers adalah antara penyumbang kepada sampah sarap dan pencemaran di muka bumi ini. Save the earth with Cloth Diaper! Kurangkan pencemaran, back to nature.
  • Bayi yang menggunakan CD terbukti lebih cepat utk belajar menggunakan tandas (potty training) kerana mereka rasa basah apabila mereka basah… :) Ianya hanyalah kata kata manis dari pihak manufacturer diapers apabila mereka mengatakan “bayi yang kering, tidur lebih lama” kerana, bahan kimia yang diletakkan utk membiarkan bayi rasa kering adalah tidak natural kan sepatutnya rasa basah apabila basah? :)

Zikry sudah berumur 11 bulan semasa saya mula fully CD. Akak kat sana tanya, mengapa saya lambat bermula?

  • Semasa iki berusia 2 bulan, saya menerima respons yang kurang baik daripada penjual CD apabila mengetahui yang saya tidak mempunyai pembantu. Katanya CD tidak praktikal untuk ibu bekerja yang kelam kabut hidupnya (seperti saya lah itu :P ). Saya akan eksplenkan walaupun tak ditanya,tentang bagaimana saya meng’handle’ CD walaupun tanpa pembantu.
  • Saya sentap dengan harga CD yang mahal. RM69? RM89? Owh..sungguh saya sentap! Tapi sekarang tidak lagi kerana saya telah menjumpai one size CD (adjustable size) yang berpatutan
  • Saya leka lengah lengah kerana CD sedikit berbeza dengan BF. BF ialah keputusan yang perlu dibuat segera kerana melibatkan apa yang bayi anda makan. CD ialah apa yang anda mahu anak anda pakai. Fahamkah kalian, saya cuba memeningkan anda? Maksud saya, saya enjoy the sweet time memikirkan sama ada saya perlu bertukar kepada CD atau tidak. Begitu juga dengan anda, renung dalam dalam dulu.. CD bermakna komitmen, seperti BF juga..

Sebagai seorang yang rajin mengira, mari kita kira kos memakai diapers dan CD. Kiraan ini adalah untuk bayi seusia Zikry (applicable untuk semua bayi lepas pantang sehingga bayi yang sudah potty training(3 tahun))

  • Sehari iki menggunakan 6 diapers
  • Iki mula menggunakan CD semasa umurnya 11 bulan, maksudnya dia akan menggunakannya selama 25 bulan (sebelum usianya 3 tahun)
  • Harga diaper biasa ialah RM0.50 (untuk brand Drypers, Huggies Dry) dan RM0.84 (untuk brand Mamy Poko). Jika sehari iki menggunakan 5 pcs diapers, kos sehari ialah RM2.50. Kos sebulan ialah RM75 dan kos untuk 25 bulan ialah RM1875 (Ayah Iki sila bulatkan mata anda..ihiks.. ) (Itupun jika iki menggunakan diaper Huggies sepanjang hari) Saya belum mencampurkan kos rashes cream iki
  • Manakala harga cloth diaper berharga RM49 (secara average) dan saya perlu ada sekurang2nya 10 pcs 5 pcs untuk sehari pakai. Maksudnya, jumlah wang yang dikeluarkan ialah RM490 sahaja.
  • Wowwie…penjimatan hampir 80% disitu, kan? Kiraan di atas akan berbeza mengikut usia anak anda, jika anak anda lebih muda dari Iki, maka jumlah penjimatan anda lebih banyak :)
  • CD boleh diturunkan kepada adik adik iki. Jimat in the long run.

Kita beralih ke topik yang lebih menarik iaitu bagaimana saya menguruskan CDs iki CD terbahagi kepada 2 bahagian,

  • pocket pant
  • & insert (yang putih tu)

untuk penggunaan di hari siang, hanya 1 insert diperlukan untuk penyerapan sepanjang 4 jam (bergantung kepada berapa banyak bayi anda pee)

tukar CD setiap kali baby poo..dan apabila CD sudah berat(3-4 jam)
sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs
*tetapi untuk penggunaan malam dengan 2 inserts, boleh digunakan selama 8 jam
(dari jam 10 malam ke 6 pagi)

IMGP2888 (Medium)

ini adalah bahagian dalam CD
*dengan satu insert sahaja
anda perlu memasukkan microfiber insert ke dalam pocket pants
kerana sekiranya insert berhubungan terus dengan punggung anak anda
microfiber material boleh menyerap kelembapan punggung dan menyebabkan kekeringan dan merah merah
(acik cakap pusing pusing ni,kalian fahamkah?)

untuk penggunaan malam hari

*kedua dua insert dimasukkan ke dalam pocket pants
(demi penyerapan yang lebih dan anda tak perlu mangun malam utk menukar CD baby)

semua CD yang baru dibeli perlu dibasuh sekurang kurangnya 3 kali  dengan air paip biasa (tanpa sabun) sebelum menggunakannya
ianya adalah untuk mendapatkan maximum absorbency daripada CD tersebut
(ala, towel baru kan mesti basuh dulu :) )

IMGP2887 (Medium)

Selepas di rendam dan di rinse menggunakan washing machine
‘sunning’ atau jemur CD anda ye

hari pertama iki menggunakan CD di rumah pengasuh/nurseri
beritahu pengasuh, sekiranya bayi anda poo/pee
hanya masukkan CD ke dalam plastik (tidak perlu basuh)
sama seperti apa yang mereka lakukan dengan diapers cuma jangan buang (hoho)

‘bekalkan’ 4 CDs untuk kegunaan anak anda semasa hari siang
semasa menjemput anak anda, bawa pulang plastik hikmat tersebut..hihi

Anda juga boleh menggunakan Lunatots Wetbag yang kalis air untuk mengisi lampin busuk anak anda
Dan sekiranya pengasuh membilas CD anak anda pun tak apa
Sebab wetbag ni kalis air :)

IMGP2885 (Medium)

‘Anginkan’ wetbag untuk digunakan semula esok pagi

IMGP2886 (Medium)

cara pengurusan CD, utk CD yang terkena najis
siramkan air ke CD itu untuk membuang najisnya ke dalam toilet bowl

IMGP2882 (Medium)

Selepas itu, anda boleh membilas CD yang terkena air kencing dan air besar tersebut sehingga hilang baunya

IMGP2883 (Medium)

wah..membasuh?
susah bunyi nya kan..
biar washing mashine does the job untuk menghilangkan warnanya
(sebaiknya letak CD anda didalam laundry bag untuk menjaga jahitan CD anda)

IMGP2893 (Medium)

tips tambahan, sekiranya bayi anda poo
warna kuning najis agak susah ditanggalkan dengan sekali cucian machine
apa yang saya buat, saya letakkan sabun pencuci (liquid) di insert nya
dan buat ‘soak mode’ selama 8 hours
alhamdulillah, kesan kuning semua tertanggal :)

elakkan penggunaan softener kerana ianya akan meninggalkan ‘lapisan’ wangian
pada inner (bahagian dalam) CD anda yang boleh menyebabkan ianya kurang menyerap

dah siap rinse dan spin, sidailah CD anda secara berjamaah di bawah kipas

IMGP2880 (Medium)

sebab saya sidai di dalam rumah,
maka ianya akan mengambil masa semalaman utk kering

inilah rutin harian mommy iki
pagi pagi angkat CD dan lipatkan 3 untuk ‘bekal’ iki di rumah pengasuh pada hari itu

IMGP2891 (Medium)

bagaimana jika bayi anda kecil, dan Lunatots CD ini tidak muat?
jangan risau, ianya mempunyai adjustable button :)

sizecd

selamat ber‘cloth diaper‘ kalian
ianya tak susah, sama seperti breastfeeding
saya berCD & berBF adalah kerana kebaikan cloth diaper & breast milk
tetapi sebab paling utama, saya cuba mengurangkan keburukan & risiko bahan kimia dalam disposable diaper & susu formula :)

anda ibu, anda lebih tahu…
Check out artikel lanjutan saya di sini

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. update Lunatots Cloth Diaper
  2. Pencarian Model Baby Lunatots Cloth Diaper
  3. Lunatots Cloth Diaper
  4. 20 Jun 2009 – Lunatots Cloth Diaper di Berita Minggu
  5. Lunatots Cloth Diaper Update

122 Responses to “Lunatots Cloth Diaper”

  • Dila:

    Salam Sue,

    nak tanya sket laaa…klu newborn pkai ni x menjejaskan tali pusat yg belum tanggal tu ke? atau sue ada suggestion lain?

    lagik 1, saya plan nak beli laundry bag tuh..agak2 berapa CD yg muat dlm 1 laundry bag tuh utk sekali basuhan ye?
    thanks in advance! =)

    Kain fleece dalam CD membuatkan baby rasa kering walaupun memakai lampin kain. Cadangan saya, tukarkan lampin anak dengan kerap bagi tujuan hygiene.
    1 laundry bag sesuai untuk lebih kurang 15 lampin basah :)

  • yatt_hayati:

    lps jek tgok kak sue (ceh kak sue ker umo sama) dlm wanita hari ini (anda sgt comel), then sya search website anda…baca2..wah teros tertawan…telepon dulu…dpt gud explanation…bestnyer pastu kite dh borong gak… ; )

    Yati, thanks. Selamat berCD sambil menyelamatkan alam sekitar :)

  • mama_izz:

    k.sue..saya baru nk bercd utk baby yg bkl lahir dis ni & tlhpun beli 10 CD AIO.saya msh komfius samada CD AIO ini sama tak daya serapannya dgn CD bpoket??kalo yg bpoket,kene letak 2 insert utk tahan 8jam…bagaimana plak dgn AIO??sbb insertnye dh djahit sekali,blh ke tahan 8jam jugak pd waktu mlm atau saya kene beli ‘something’ lagi…tlg explain yek k.sue..saya nk lengkapkan CD saya sblm bsalin..TQ..

    Salam Mama Izz, bagi bayi yang kecil (dibawah 3 bulan), mereka akan tukar lampin dengan kerap dan tidak digalakkan memakai lampin sehingga 8 jam (bimbang bayi tak selesa dan masalah ruam)
    Kalau Mama Izz nak guna lampin lebih lama dari 3 jam, Mama Izz boleh tambahkan bamboo insert yang boleh diletakkan dibahagian atas lampin AIO. Jadi lampin anak Mama Izz nanti ada 2 insert (tahan lebih dari 3 jam :) )
    Belian bamboo insert di link ini http://www.lunatots.com/shop/index.php?cPath=61

  • Noor:

    Salam. Boleh terangkan perbezaan antara ke empat2 jenis CD ni. Mana yang paling ok? Kalau yang button tu pun bleh adjust kat pinggang ka?

    Salam Noor, Lampin jenis velcro lebih praktikal dan mudah dipakaikan kepada bayi. Belian online di link ini http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=41&products_id=770&osCsid=b06cd5b30aa64253f7075f3fad93df69

    Bagi belian pakej, Noor boleh beli dari link ini atau datang kemana mana outlet Lunatots. Terima kasih.

  • Nanie:

    Hi,
    I would like to know, how many inserts are used in a day and how many CD should one have? Your article is good, but didnt indicate on average how many inserts should one keep.

    2) Do we have to change the CD every time we change the insert?

    Salam Nani,
    Each Lunatots CD come with 1 insert. For average, one baby may needs 6 CD with 1 insert perday. Depends on the age of the baby. For older baby (above 6 months), he/she may need to use 2 inserts for each CD.

    2) Yes, we will have to change the CD since the microfleece surface has been in contact with baby bum and urine.

  • manja:

    as salam..sy nk tny..blh x cuci CD dgn insert nye mgunakn ‘pureen ABD anti-bacterial Liquid Detergent with Softener’?

    Salam Manja, jangan gunakan sabun berpelembut untuk basuh CD ya.
    Cuba Lunacare di link ini http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=41&products_id=623&osCsid=5d921c189878ce4fb15086eee9eec9ca

  • nor:

    As’kum..Nak tanya ..

    Penggunaan dry pail, adakah perlu menyiram cd sekiranya baby pee sahaja sebelum dimasukkan ke dalam dry pail?
    tq

    Salam Nor, dicadangkan bilas CD dulu sebelum dimasukkan ke dalam dry pail.
    Dalam kebanyakan masa, sbb tak sempat, saya tak bilas CD tersebut
    Cuma bilik air akan berbau hancing dan bau hancing pada CD akan lebih susah untuk dibilas nanti.

  • As salam..

    Sebelum guna cd yg baru dibeli, kena cuci sampai 3 kali..maksudnya cuci skali pastu keringkan then cuci balik ke?

    Betul Ummu Khadijah, 3 complete cycle machine wash-rinse-spin.
    Keringkan dan mulakan semula complete cycle basuhan menggunakan mesin.
    Terima kasih.

  • NIZA:

    saya merupakan seorang ibu yang mengunakan CD. Saya telah mengunakannya hampir setahun. Apa yang menjadi kemuskilan saya sekarang,saya tak tahu kenapa CD yang dipakai oleh anak saya berbau kurang menyenangkan. Sedangkan dia baru saja pakai lebih kurang 2 jam. Selama ni ni saya membasuh CD tersebut dengan sabun Lunacare. Adakah saya perlu mengantikan insert tersebut dengan yang baru?

    tq

    Salam Niza,
    Niza boleh cuba basuh kesemua CD anak Niza dengan air suam (campurkan air panas ke dalam mesin)
    Air yang bersuhu sedikit tinggi boleh membantu menghilangkan bau yang kurang menyenangkan tersebut.
    CD yang dipakai lebih daripada 6 bulan perlu dibasuh begitu (dek kerana detergent build up pada setiap kali basuhan CD)
    Mungkin boleh buat pada hujung minggu semasa cuti :)

  • Mama Damia:

    Salam..
    Saya ada baca cd x boleh dibasuh dengan softener kerana akan mengurangkan penyerapan..masalah sya ialah mak saya dah terendam cd dalam softener..apa yg perlu saya buat puan? adakah cd itu dh x boleh digunakan?
    tq

    Salam Mama Damia,
    Penggunaan softener menyebabkan lampin anak tidak menyerap.
    Mama Damia boleh cuba membasuh kesemua CD tersebut dengan air yang banyak (tanpa sabun) berkali kali menggunakan washing machine. Pastikan ianya complete machine wash iaitu wash-rinse-spin dan kemudian sidai sebelum membasuh semula.
    Boleh dilakukan pada hujung minggu (cepat kering sidai di luar rumah).

  • hally:

    salam..
    Kak su,sy baru je mnambah koleksi cd aio lunatots sy smlm..(belian on9)..yg meng’kompiuskan sy ialah masa on9 nk beli aio v2 tu sy tbaca;
    Sewn with our booster (microfiber + hemp) inserts (can last up to 6/7 hours)
    btl ke ni??sbb bila aio v2 tu sampai hari ni,sy tngok kt label : insert:3 layer microfibre
    mohon kak su tlg jelaskan kt sy ye..

    Salam Hally, Kak Sue dah reply di email.
    CD AIO V2 mempunya 2 lapis mikrofiber dan 2 lapis hemp.
    Terdapat kesilapan pada peletakan fabric care labelnya. Minta maaf ya dear.

  • Mama Qalish:

    Salam…
    Anak saye dah gune CD ni..tp naik ruamlah pulak kat punggung.cam ne ni ek..

    Salam Mama Qalish,

    1. Berapa lama anak Mama Qalish telah menggunakan CD ini?
    Untuk CD yang telah digunakan lebih daripada 6 bulan, oleh kerana ianya digunakan dan dibasuh setiap hari. Mungkin terjadi detergent build up pada CD. Ini boleh menyebabkan ruam pada punggung/badan bayi.
    Selain itu, jika selepas dibasuh dan CD masih berbau hancing, ini bermakna ianya masih mempunyai bakteria.

    Untuk kedua dua kemungkinan, CD perlu dibasuh dengan air yang banyak (dalam mesin basuh) dengan sedikit sabun yang bersifat anti bakteria seperti Lunacare Detergent.

    2. Berapa usia anak Mama Qalish?
    Melalui pengalaman saya, ada beberapa stage perubahan anak yang kadang kadang menyebabkan berlakunya perubahan suhu seperti baru pandai merangkak, berjalan etc etc. Saya simpulkan ianya adalah kerana tabiat bayi suka memasukkan apa apa yang dijumpainya kedalam mulut.
    Dalam situasi ini biasanya bayi demam sedikit dan berlaku perubahan pada najisnya.
    Dicadangkan Mama Qalish menukarkan CD bayi dengan lebih kerap (seperti 2 jam sekali) sepanjang tempoh ini.

    3. Adakah bayi on medication?
    Bayi yang sedang dalam medication juga mengalami perubahan pada najisnya. Puan boleh menukarkan CD bayi dengan lebih kerap.

    4. Adakah bayi sangat sensitif kulitnya?
    Puan boleh menggunakan biodegradable liner sebagai lapik untuk mengelakkan kulit bayi terkena microfleece (bahagian dalam CD)

    Selamat mencuba ya Puan. InsyaAllah ianya akan surut dengan cepat berbanding menggunakan lampin pakai buang yang dikontaminasi dengan pelbagai gel dan bahan kimia.
    Assalamualaikum

  • siti aisyah ex-SERATA:

    salam kak su.. kali ni nak tanya pasal CD pulak :) saya bertekad nak ber CD utk coming soon bb bln 8 ni. let say pengasuh ketidak rajinan nak clearkan bahan2 buangan dkt CD bila bb poo, takpe ke klau dia terus je masukkan CD yg mengandungi poo (mungkin ketul2) itu dlm wet bag?

  • noi:

    Salam.

    Kak su, saya baru beli CD Lunatots & lunatots detergent ptg tadi dan baru nak cuba membasuh CD utk 1st time. Soalan saya: 1)utk basuhan pertama kali, patutkah saya rendam CD dgn lunatots detergent atau hanya dgn air shj? 2)jika perlu rendaman, berapa lama? 3)CD baru perlu dicuci 3 kali b4 guna, maksudnya cuci dn keringkn, dan kemudian cuci semula dn keringkn sehingga cukup 3 kali?

    Salam Noi,
    Basuh tanpa sabun dengan menghabiskan 3 complete machine wash iaitu wash-rinse-spin dan sidai kemudian ulang semula ya.

  • farah:

    salam..nak bertanya..apa beza lunatots button v2 dengan AIO buttons v2? AIO tu apa dia..tq

    Salam Farah, AIO ialah All-In-One CD dimana penyerapnya dijahit bersama sama CD (tidak perlu dimasukkan dan dikeluarkan).
    Lebih mudah dan tahan digunakan sehingga 5 jam kerana penyerapnya ialah 2 lapis mikrofiber dan 2 hemp.

  • ira:

    Salam…su…terima kasih byk2…sbb iffah sekarang setahun 11bulan da tak pakai cd dirumah…da pandai ckp pee & poo kerana perasaan tidak selesa dibawah itu…ira pakaikan utk tido & jalan2 sahaja incase x sempat nk ketandas…

    terima kasih kerana mengenalkan cd & cd lunatot mmg terbaik dr semua cd yg ira telah cuba….teruskan usaha su…berbaloi…oh ya…semoga selamat bersalin 3rd baby ya…

    Terima kasih Ira, dan Iffah, tahniah!
    Belum 2 tahun dah pandai potty~!
    Dan Ira, terima kasih diatas sokongan Ira terhadap Sue dan Lunatots selama ini :)

  • mimi:

    Pn. Su, mohon keizinan untuk share info2 dalam blog ni ye. terima kasih.

  • fediera:

    Aslmkm pn sue…

    Sy br je beli AIO Velcro CD last week n pkikan kat anak sy yg umor 2 thn 4 bln (berat 11kg). B4 this sy pkikn dia CD snap button. Tiada mslh n sgt best!

    Utk yg AIO Velcro CD br ni, sy da prewash 3x b4 gune, da adjust size p size L, tp yg peliknye stp kali anak sy pki CD 2, confirm bocor. X smpi 2 jam pun pki. Seolah2 mcm x pki ape2 lgsung. Mengalir pee dia terus ke lantai…

    Nape cm2 ye? Tlg xplain. Adakah penggunaan sy slh? Tq.

  • niena:

    salam kak sue,saya br je nk beli cd ni.boleh suggestkan saya mana yg sesuai.ank2 saya berusia 1 & 3 thn,berat 9kg- 13kg…tq

  • terima kasih di atas info CD ini..baru tahu rupa CD ni…tak sabar rasanya nak shopping barang baby…tapi belum ade rezeki lagi…hmm

  • Suria:

    Salam,

    kak sue, sy baru je beli CD AI2 semasa expo kat mid valley sabtu lepas, terima kasih sbb memberi penerangan yg jelas pd sy n suami,(x pandai nk explain kat suami)..tp sy terlupa nk tanya..CD AI2 ni xde jual insert sahaja ke? sy dah belek2 kat website lunatots,tp x jumpa..
    tq~

  • airiz akif:

    salam…sy nk tnye lh,bile sy bce artikel ni sy rasa sungguh berminat nk cuba cd ni…anak sy berumur 2thun 7 bln(12kg) dan 6 bulan(7kg)..apa cadangan puan kalau sy mencuba cd?sy masih blum paham dan mahu mencuba…

Leave a Reply