Review Pam Susu Spectra 3

Review Pam Susu Spectra 3




Entri ini ditulis pada November 2008

Pam susu Spectra 3  adalah pam susu jenis elektrik.

Tips Penggunaan / Penjagaan Spectra 3

1. Mulakan dari sedutan perlahan kepada kuat secara perlahan-lahan sehingga mendapat sedutan yg anda selesa, dan kembalikan knob(bahagian no 2) ke kedudukan sedutan paling perlahan sebelum mematikan pam.

Ini bagi mengelakkan knob tersekat pada satu kedudukan sedutan sahaja.

Semasa memusing keminimum,hati-hati supaya tidak tercabut knob (kalau tercabut pun, hanya perlu pasang kembali sahaja-tiada masalah)

2. Elakkan memusing knob ke arah maksimum secara keterlaluan
Sebab : Terdapat bahagian yang akan patah jika anda pusing knob ke arah sedutan maksimum.
Akibat : Pam anda akan tiada sedutan dan perlu dihantar ke pusat servis.

3. Pastikan semua bahagian (no 4, 5, 6, 7 dan 8 ) dalam keadaan kering.
Sebab : Kehadiran air/wap air dalam bahagian-bahagian tersebut akan menyebabkan air tersebut termasuk ke dalam pam anda
Akibat : Boleh menyebabkan motor pam anda rosak.

4. Pastikan susu tidak termasuk ke bahagian dalam pam.
Sebab : Sama seperti tips no 3
Akibat : Juga sama seperti tips no 3
Cara mengelakkan perkara itu berlaku : Pastikan postur tubuh anda dalam keadaan tegak semasa mengepam (bukan membongkok). Perhatikan dan kawal sesi pengepaman semasa letdown refleks (susu keluar) berlaku.

5. Kerap hantar pam anda ke pusat servis
Sepanjang 6 bulan pertama, servis adalah percuma. Jadi hantarlah untuk servis.
Selepas warranty tamat tempoh, anda boleh menghantar pam anda 3 bulan sekali untuk servis.

Proses Menghantar Pam ke Pusat Servis
1. Sentiasa simpan warranty card anda. Ambil tahu yang warranty anda bermula 6 bulan dari Purchase Date yang tertulis di kad tersebut. Bagi ibu yang membeli pam semasa mengandung, tarikh warranty pam bermula dari tarikh bayi lahir. Fotokopi satu salinan mykid bersama-sama warranty card pam anda.

2.Hubungi Histopoint di 03-5631 7288 untuk mengatur proses penghantaran.

3. Proses servis/repair akan mengambil masa 1-2 minggu (bergantung kepada kadar kerosakan). Pastikan anda mempunyai pam lain semasa pam Spectra 3 anda diservis.


 

468 ad

54 Comments

  1. wah!
    tima kasih kak sue di atas info yg bguna..
    rs bsmangat plak nak dpt bby!
    =p
    ————-
    sabar wani : nanti dah ada baby, boleh join kak sue menyusukan ye :)

  2. CHENTAHATI |

    rasa macam banyak benar kita membazir kerana susu formula.. hu hu.. sue jahat!
    —————–
    ehem ehem kak zana : tak nape, lepas ni dah ada knowledge dah.akak leh guide mereka mereka di opis akak utk menyusukan anak mereka :)

  3. mekasehh ye for the tips…

    kira tak pe la ye kalau pusing ke min, tombol tu terkeluar.. masok kkan je balek..

    ingat tak lehh.. risau jerk.. nak test tak leh lagik sebab belom kuar baby :)

    ———————-
    sue takpe : buleh je bwghitam, masukkan balik kalau terkeluar ;)

  4. trime kasih ngan info penjagaan spectra ni…… btw salam kenal……

    —————–
    sue spectra : sama sama, salam kenal lin..

  5. Sronok bca blog akak.sya baru je jd ibu utk 42 ari to bby ayesha.sya dh stat pam susu utk smpan b4 return to work.skng pakai medela mini e.time pregnant ada buat survey,browse ndt n jatuh cinta ngn mini e ni.tp its x like i imagne.agak bising n x pam byk.now tgh pk nk switch to spec3.worth it ke?sya nk sgt pam susu byk utk stok
    ——
    salam iza : walau apa pun pam yang iza pakai,yang penting ialah iza faham rules mengepam semasa dalam pantang..
    cuma bila mommy pakai pam elektrik macam spectra 3 (dan mini-e), mommy lebih relaks dan berupaya menghasilkan susu lebih banyak..iza boleh refer link ini

  6. faris imran's mummy |

    nk tanye, kalu kite x servis spektra 3 kite xpe ker? ade x condition t’tentu yg menunjuk kn spektra 3 ni perlu di servis.

  7. Boleh tak tau ape beza spectra 3 dgn spectra i? Sbb tgh survey antara dua ni…Thanks…

    dina : tengok comparisonnya di sini

  8. salm sue nak tanya la camner nak bersihkan wap yang ader kat tiub tu?

    Kila : Kila guna taktik libasan cam cowboy..hihi
    Atau sidai belakang fridge atau CPU, insyaAllah cepat kering :)

  9. yariba!!yariba!! sambil mengibas tiub..:)

    Waha Kila : Hihi..hati hati terkibas eh libas jiran sebelah cubicle ye :)

  10. BondaHumaira |

    sue, pas baca apa sue tulis ni, terus ayu decide nak beli spectra 3! tak kira la apapun rintangan yg dtg…ecehhh…cam nak g berjuang lak kan? :p tp mr hubby mesti bising la mula2 ni..

    Ayu : Sue saaaaayang Spectra 3 Sue tau Ayu (cubaan menghasut Ayu..hihi)
    Bila Ayu happy mengepam dan membekalkan anak dengan susu ibu, hubby Ayu pun akan happy dan rasa berbaloi..:)

  11. kak sue..
    spectra 3 mmg best la..tidak lagi tension semasa memerah hehehhehe

    thanks a lot for the good review

    Welcome Rina : Alhamdulillah…Lepas ni makin banyak susu utk anak kita kan.. :)

  12. bagusnya info ni…memang betol tak membazir beli spektra 3 ni berbanding bagi susu formula..mahal woo sekarang ni!!!! elok la kite berjimat dengan fully brestfeed…

    Thanks Jemari Kreatif

  13. isk iskh…ku baru beli spectra…
    tapi ngape skit sgt susu kuar nieaa?? spectra ku yg mslh ke?
    sedihnye bile dpt 2 3 titik jr…tp bilr picit2 niple kuor melimpah2…
    somebody help meee…:(

    Farah boleh refer daripada kedai yang Farah beli mengenai masalah Farah.
    Farah beli dari Sue di Lunatots.com ke?

  14. x kak sue…farah bli kt bbstore..
    ari ni ade perubahan sket…3x pam kat opis, dpt dlm 8oz…ok x k.sue?
    frh suke sgt bc info dlm ni…cara mengepam kt opis pon frh tiru stail k.sue….hehe…thanks ya…
    tring-in nk jumpa kak sue…….

    Farah : Teruskan mengepam mengikut schedule 3 jam sekali, 20 minit sekali sesi ye
    Farah boleh sertai mana mana kelas penyusuan yang kak sue adakan kalau nak beramas mesra dengan kak sue..hihi

  15. kak sue xnak ke wat kat area utara nih…
    kalo k.sue dtg cni, kompom farah join bwk rombongan cek kiah..hehe
    kengkawan farah ramai yg bakal jadi raja sehari, sedang hanimun dan akan memboyot…
    leh hasut diorg…:nyit:

    Salam Farah : Farah Utara di mana?
    Kami ada mengadakan kelas penyusuan di Ipoh dan dihandle oleh kaunselor laktasi bertauliah juga.

  16. owh ipoh ye kak sue…my hometown tu…
    tp skrg stay/work kt penangs larr…
    btw kak sue, farah tgh berusaha utk khatam blog k.sue nih…entri 2005 xhabis lagi ni..hehe..
    beshh…u r a very3 good writter la….
    buat nobel eks pas nih…:tenyum:

    Farah : Ada rezeki kita jumpa. Oh oh masa 2005 akak belum matang. Sekarang lebih matang : ehem ehem betulkan kolar baju: hehehe..

  17. saye pon perasan yg itu kak…hehe….
    tp, mkin lm mkin menarik..
    sambil ngepam susu lah tegelak2 lgi bc entri mu kak…
    sori la, komen frh xreleven dgn topiks di atas…

    Farah : Itu masa akak muda, darah muda kannnn..hihihi

  18. Rozita Abdullah |

    Saya berminat untuk beli spectra 3, tapi nak try dulu coz pam saya sekarang tak keluar susu walaupun breast dah bengkak.
    if nk try mcm mana and kena g ke mana?

    Salam Rozita, Rozita boleh ke outlet Lunatots di 16-2-1, Blok A, Jalan 5/1/01C,
    Cheras Business Centre,
    56100 Batu 5 Cheras, Kuala Lumpur
    (Berada di bulatan Tesco Extra Cheras-dahulu dikenali sebagai Makro)
    Tingkat 2 di atas kedai komputer berdekatan Maybank Cheras Business Centre
    Waktu operasi Isnin-Jumaat (9am-6pm)
    Sabtu & Ahad (10am-3pm) *Ditutup semasa hari kemerdekaan
    Hubungi saya, Puan Suraya (0125880515) atau Puan Hazarina (0136042348) untuk sebarang temujanji.

  19. kandungan skrang sudah 7 bulan lebih, so dah pasang cita2 utk 100% bg susu sendiri kat anak ^_^ , igt nk ajak husband la gi outlet lunatots kat cheras tu dkt je ngan umh, nk beli jgk la set sepctra 3 nih..sbb dah dpt info cara2 utk mengepam/menyimpan & panaskan semula dgn btul…^_^

    Salam Sofea : Spectra 3 sekarang out of stock, tapi kalau Sofea nak dtg ke showroom kami, besar hati kami. Datang je tengok tengok Kak Sue, eh tengok CD dan barang2 keperluan lain..hihi

  20. alaa…stock dah abis kerr =( …so bile nk ade stock yg baru? sofia due 26 Nov 09, nnti takut tak sempat lak nk gi belii, ade brand lain ker? tp hati ni mcm dh suke jer kat spectra 3 tuu

    InsyaAllah minggu depan sampai stok. Sofea boleh dtg minggu depan, jangan risau ye dear (edd kita hampir sama :) )

  21. orait, insyallah mggu depan nk gi sane laa ari rabu kut (dah ade ker time tuu) – simpan satu utk sofia ek ^_^

    Sofia, insyaAllah dah ada :) boleh call 0125880515 sebelum dtg ye.

  22. umidanial |

    dulu beli pam yang murah je Rm 100++,pastu susu langsung xkeluar..buat sakit ajer..
    last2,breastfeed anak sampai setahun gak,tapi campur dengan formula milk=(
    erm,spectra3 ni rase2nye bole keluar x susu kali ni??
    semangat nak bf anak fully even dah masuk keje kali ni..
    saya due 20 november 2009 ni..

    Salam Umidanial, saya cadangkan umidanial sertai kelas penyusuan kami pada 10 Oktober ini bagi memahami konsep penyusuan bagi ibu berkerjaya. InsyaAllah umidanial akan mampu menyusukan secara eksklusif selepas anak kedua kali ini :)

  23. dah usha2 s3 nie…dah chk package mom precious smart pack…huhuhu…excitednyer…x sabar nk bf baby exclusively…nasib ader mention camner nk keringkn tiup…mummy kene jd cowboy la jwbnyer…

    Jemputlah ke Lunatots Showroom untuk membeli ye mummy_rn. Haha..ibu perlu kreatif kan kan..

  24. Salam Sue..Kalau kat Pantai timur kat mn blh dapatkn S3..ingat nk cuba dulu sblm beli..kat pantai timur takder buat ker kalas penyusuan @ kelas relaktasi..teringin sangat Nur n bb nk join..untuk bb sanggup buat apa saja..
    Semalam pun ader terpikir kalau dikira2 pakai S3 ni lg murah berbanding susu formula..semalam siap servey semula kat pa & ma Ogos 09..hihihi…baru perasan yg kisah Relaktasi kerana tercabar @ rupanyer Sue..Sebenarnya dh byk kali Nur bc article 2 sbb kagum dgn kesungguhan sue..
    Sue buatlh kelas kat pantai timur…semangat ni!!!!!!

    Nur boleh beli melalui laman web http://www.lunatots.com. Penghantaran hanya RM10, dan ini linknya
    Kami boleh ke pantai timur sekiranya ada jemputan dari mana mana organisasi, mungkin Nur boleh cadangkan pada jabatan Nur :wink:

    Nur boleh refer artikel2 Sue mengenai bagaimana susu ibu dihasilkan dan dikekalkan, insyaAllah Nur pun boleh lakukannya :)

  25. T.Q…tak sbr nk order S3 tapi kena tggu gj dlu..Sue, kalau nk servis mcm Nur ni jauh sgt nk g antar…kalau pakai courier services blh x..susah gak kalau dh beli nanti tp susah nk g servis masalah gak 2..

    Nur, Spectra 3 jarang rosak kecuali kalau terjatuh dari tempat yang terlalu tinggi :)
    Nak servois, pos saja pada Sue, dah siap..Sue pos kembali kepada Nur
    (wah ala ala percintaan jarak jauh gitu..ekeke)

  26. Perlu ke kita hantar servis ms 6 bln pertama 2 dan servis yg 3 bln sekali tu..betul2 nk beli ni..

    Kalau pam Nur dijaga dengan baik, tak perlu Nur. Bagi customer yang jauh2 seperti Kedah, Perak dan Johor, mereka jarang hantar pam untuk servis kerana ianya jarang rosak.

  27. salam,kak nak tanyala…
    spectra3 nih,bising ke xsbnrnye eh?
    ari tu masa nak servis,org tu ckp pas servis,bunyi cam senyap sket.tp tgk cam sama je sblm n selepas..

    Salam Tie : Spectra 3 senyap..Tie beli dari siapa, kalau dari Lunatots, Tie boleh hantar servis di showroom kami.

  28. beli dr kawan…smlm hantar sendiri ke histopoint.katanya dah servis.tp masih bising bunyinye..tu yg cam musykil tuh..waranti last esok..hehehe..saje nak anta servis sblm hbs waranti tuh

    Oh Ok :)

  29. salam..dynas baru jak beli spectra 3..harap2 bole keluarkan air susu..bersemangat ni mau beri SI pd baby..

    Good luck Dynas!

  30. salam..sini saya ada nak tanya..semalam lepas pam susu guna s3 ada kuar lendir putih dan putih2 mcm susu basi?apatu?sebelum ni xpenah begini?

    Salam Dynas : Saya tak lihat bagaimana keadaannya tapi sekiranya botol dan keseluruhan pam dalam keadaan yang bersih serta prinsip penyimpanan susu perahan dipatuhi, ianya sepatutnya tidak basi.

  31. salam.. nak tye, ade x jual spare part no.6, yg kaler biru tu jer… nak cari yg tu je sbb yg lain still in good condition..

  32. nak tanye..cane kalo susu dah terbackflow n masuk ke dlm spectra3 ku itu?tensennye takot rosak..tp stakat ni still leh guna

    An boleh hantar pam tersebut untuk servis di tempat An beli pam tempohari.

  33. Nurul Ain |

    hye kak sue….saya baru bace k.sue pny review pasal pam susu spectra 3…saya skg tgh preggy 5month,2nd baby….so mmg tgh nak cari pam susu yg efektif sbb keje kan..anak 1st dulu pakai yg cikai2 jek sbb keje pun cikai2 jek…hikhik…
    suke sgt pas baca review akak,sbb trus cam confident nak bli…mmg dah tau pasal pam ni,tapi still ragu2 lg… :)

    kite nak bli la nnt…
    ~Ain~

    Salam Ain, Pam Spectra 3 memang berbaloi.
    Menyusukan anak, leeeeebih berbaloi baloi…hihi

    Selamat menyusukan ye Ain

  34. salam…
    pn sue, nak tanya, kalau di area JB ada ke tempat servis spectra 3 ni?

    Salam Nina, pusat servis Spectra 3 ialah di Selangor. Nina boleh semak dengan kedai tempat Nina beli Spectra 3 samada beliau menyediakan perkhidmatan servis. Lunatots, Srisuri dan Sara Kids menyediakan khidmat servis.

  35. salam k.sue..sy still dlm dilema nih..x th nk pilih yg mana satu…medela swing @ spectra 3..tolong la sya.

    Salam Mamamyra, untuk permulaan, Spectra 3 juga memadai kerana boleh buat double pumping :)

  36. Kak sue nak tanya…klu kat sabah mna bleh beli spectra 3 ni?

  37. assalamualaikum tuan rumah :)

    nak tanya sikit.. filter tu kegunaan nya adalah mengelak kan backflow.. tp kat tiup tu normal ke kalu ada wap2 air.. takut gak pam rosak..ke saya salah cucuk filter?

    tolong jwp kit yer. thks

    Salam Oni, wap wap air tu berlaku kerana susu ibu yang suam suam kuku suhunya.
    Biasakan lepas mengepam, keringkan tiub ya.

  38. siti idayu |

    assalamualaikum..saya berminat hendak membeli Pam Spectra 3 ni.di BBU or JB, kat mana blh saya dapatkannya?

    Salam Siti Idayu,
    Siti boleh membeli secara online daripada http://www.lunatots.com/shop
    Penghantaran akan mengambil masa 2-3 hari berkerja sahaja.

  39. siti aisyah ex-SERATA |

    salam kak su,

    hebatnya spectra 3 punya lifetime sampai 1500 hours kan (bersamaan 4 tahun). masa sempat menyusu bb 1st saya guna medela swing. tapi kecewa sbb selalu masalah backflow. susu masuk dlm pam. then opismate introduce ameda. belek punya belek berkenan dan terus beli. masa guna rasa serasi dan seswai plk. tapi syg hajat x sampai, penyusuan terhenti sbb smgt terpatah di tgh jln (after 6 months). ameda itu tlh dijual kpd kwn.

    kak su tau x berapa lifetime utk ameda? masa beli dulu x sempat nak ambik tau psl lifetime. tgk dkt website dia x jumpe plk psl lifetime. hehe. adakah sehebat spectra 3? utk 2nd bb ni tgh consider sama ada ameda ke spectra… so perlu sikit info utk buat comparison.

  40. Salam Sue,

    Bunyi pam Spectra 3 ni lebih senyap drp Medela PIS ke? Tq :-)

    Sue, pam Spectra 3 adalah pam yang paling senyap berbanding Medela.

  41. salam perkenalan..lorr..selama ni duk guna spectra 3 xtau pun camna nak jaga dia dgn elok..makk aii..ni dah terlebih warranty servis.nampaknya nak kena hantar pusat servis la yea…membrane pun dah lust.nk kena beli baru.anak dah setahun dah..alhamdulillah masih lagi breastfeed..tabik springg untuk spectra 3..kerana memudahkan saya mengepam susu.dan syukur alhamdulillah kpd yg maha esa krn mengizinkan hamba mu ini terus menyusukan bayi..

    Selamat menggunakan Spectra 3 ya Ummu Wardah.
    Sama sama kita mengepam susu dan menyusukan anak :)

  42. salam kak… saya dah beli spectra 3, nk tanya tiub yg no 4 tue, setiap kali lepas pumping kena cuci atau pun tidak? saya konpius la….

  43. Salam Azwa, tiub tak perlu cuci sebab susu tak masuk di dalam tiub :)

  44. salam ..

    best baca blog ni..byk betul info.. dulu masa anak first pakai medela yg manual tu.. skang dah pregnant anak kedua ingt nk try spectra 3 lah pulak.. thanks ye coz sudi kongsi ilmu2 yg ada… (:

  45. Salam kak, kat mn boleh beli tiub n corong tu? Sy ade satu set je, nk buat double pumping laa..

    Salam NikSu, dimana location Puan?
    Tiub dan corong boleh didapati di mana mana cawangan Lunatots atau belian online di http://www.lunatots.com

  46. tq utk info. mmg btul2 berguna utk saya

  47. Jual lg tak spectra 3 nie?
    klu instalment blh tak?

    Iza boleh datang ke kedai Lunatots untuk membeli Spectra 3.
    Boleh buat installment guna servis kredit kad.

  48. salam,

    saya ada beli spectra 3 before bersalin lagi. tapi sampai skrg (anak dh 5 bulan) sy masih belum berjaya guna. susu tak keluar langsung! sy terpaksa beli pam manual unimom(sbb murah dan berkesan) utk mengepam hingga skrg. mcm mane ek sbrnye nak guna spectra ni. rugila pula kalau x guna. manual mmg ok tp penat n time consuming. di ofis sy harap dpt guna spectra tu. ade org kate sesetengah org x sesuai pakai spectra? betul ke? kene letak silicone massager ke kat corong die? boleh x tolong buat tutorial step by step with illustration on how to use spectra 3? thanks sgt2 for ur help.

    Mai boleh refer manual Spectra 3 atau merujuk kepada penjual Spectra 3 tersebut cara menggunakannya.

  49. nak tanya ni..saya baru guna spectra 3 nih..masih bercuti meternity leave lagi nih then nak wat stok ebm tapi setiap kali pump session dapat 2oz je sedangkan mmg dapat rase yang susu memang masih ade di breast tak keluar pun semua…kalau ikut cerita akak ni ramai ibu2 yang pakai sampai sedutan max ye…saya tak berani pkai sampai max..adakah sebb tu setiap kali pump saya cuma dapat 2oz saje..skrang ni tengah risau lau tak bleh dapat byk utk sekali pump…tolong bagi nasihat untuk penggunaan spectra nih ye akak

    Dania boleh menggunakan pam Spectra 3 mengikut sedutan yang selesa untuk Dania.
    Teruskan menyusu dengan eksklusif dan susu Puan Dania akan semakin banyak. Selamat menyusu dan mengepam susu untuk bayi ya Puan.

  50. sy nk tanya?sy ada pam ni spectra 3,klau sy nk servise cam ne ye???

    Puan boleh rujuk no telefon pada Pam Puan atau hubungi tempat Puan membeli pam tersebut.

  51. Yeah!!semangat ni nk breastfeed anak =)
    Thanks for sharing…saya masih mensurvey BP and review pasal BP.

    Selamat menyusu ya Razila

  52. Salam su,

    Thanx for the info. 2x sy htr servis dlm tempoh anak dh 8bln. Prob sy selalunya psl suction yg tba2 jd slow. Sy pelik, sbb org selalu puji s3 n xde prob dgnnya tp kenapa sy sering bermasalah. Ini mesti slh sy sdiri ni.

    Turn out, baca su punya entry ni yg padahal thn 2008 punya entry, rupa2nya sy selalu melanggar pantang larang s3. Ie xmakesure corong, botol n valve kering bila nk pam & selalu bila dh putar suction controller tu tros biar camtu je. Ish ish ish! Sian kt s3 sy ni ye. Hm, pas htr servis ni kena jg dia elok2 la gamaknya.

    Thanx su:)

  53. pam tu tak bising ke? dia double pam tak at the same time?? tq

  54. Siti Sulha binti Mat Lazim |

    Assalamualaikum,

    maaf menggangu.. saya ada masalah ngan pam spectra saya…

    saya baru jer hantar service pam saya tp suction still xkuat…masa pam saya dapat dgr ada keluar angin tepi corong pam saya.lepas tue semasa pam ada wap2 air kat tubing tue padahal saya dah lap semua part2.. saya dah ganti valve n membrance utk kedua2 pam..cuma corong jer saya tak tukar..adakah saya perlu tukar corong juga..sangat sedih sbb masalah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: