Antara masalah yang dihadapi oleh ibu yang menyusukan anaknya secara eksklusif
ialah penyediaan ebm di rumah pengasuh/nursery
bukan semua orang bersedia menghandle ebm kerana pada mereka caranya agak payah
hakikatnya, penyediaan susu formula jauh LEBIH payah berbanding penyediaan expressed breast milk (ebm) sekiranya mereka mengikut cara yang sepatutnya
iaitu : air utk membancuh susu mestilah 100 darjah celcius utk memusnahkan kuman didalam susu tepung (dan biasanya org guna air sejuk/suam suam kuku sahaja)
dan semua peralatan semasa menyediakan susu formula wajib disterilize bagai sebelum digunakan
berbeza dengan ebm, peralatan seperti botol dan puting hanya perlu dibasuh dengan air paip
dan dijirus dengan air panas sebelum digunakan
kerana susu ibu mengandungi antibodi yang dapat mencegah pembiakan bakteria bagai
(ala kalian, ku buh words bagai sebab ku tatau nama bakteria sume tu
)
kesimpulannya, ebm TIDAK susah di handle asalkan sebagai ibu bapa kita sediakan keadaan yang selesa utk pengasuh
(bapa jangan buat tak tahu ye…sila take note jua)
dan amalkan peringatan pembelajaran berterusan
(tiap2 minggu ingatkan pengasuh masa sembang2 tu)
antaranya cara yang praktikal:
1. Penyimpanan EBM
- simpan 3 oz setiap botol supaya memudahkan pengasuh keluarkan 1 bekas setiap feeding session
2. Tempat simpanan EBM
- letak ebm anda didalam cooler bag sebanyak 6 botol (3 oz setiap satu) supaya tidak mengganggusemak peti ais pengasuh/nursery
*jumlah mungkin berbeza mengikut daily consumption anak anda
3.Pemanasan ebm
Ebm harus dipanaskan dalam suhu 35 hingga 45 darjah celcius. Ebm yang dipanaskan dalam suhu lebih dari 45 darjah celcius akan kehilangan zat & nutrien nya. Hati-hati, pengasuh/nursery mungkin memanaskan ebm anda di dalam periuk dengan menggunakan dapur gas. Ini sangat tidak sesuai kerana :
- suhu yang sangat panas mematikan nutrien
- periuk yang panas boleh mencairkan bottle plastik anda dan memberi efek yg tak elok kepada ebm
Apa yang saya lakukan, saya gunakan Snowbear Warmer
ada beberapa brand lain yang lebih murah (antaranya Grandioz)
tapi saya menggunakan Snowbear kerana warranty 12 bulannya (lebih menyakinkan acik)
dengan menggunakan warmer, ebm anda akan maintain 40 darjah celcius walaupun berada lama di dalam warmer itu (tiada masalah terlebih panas)
inilah rupa warmer..
anda perlu menambahkan air didalam warmer (utk bottle bersaiz kecil)
atau biarkan begitu sahaja (untuk bottle bersaiz wide neck)
anda perlu membeli universal adapter di kedai runcit berhampiran
(berharga rm4-rm10)
sebelum menggunakan warmer ini
pst : acik tersalah tulis, universal converter puloks!
warmer ini sesuai digunakan di dalam kereta juga
dan car adapter disediakan bersama (tak perlu beli dah)
selitan mommy: penggunaan ebm hanyalah semasa bayi berada berjauhan dari ibu sahaja
seperti ibu bekerja, atau opah atuk bawa cucu jalan2 tanpa membawa mamanya..
apabila berada disisi baby, anda perlu menyusukan bayi anda secara direct
Related posts:







wah..sonang yo..leh ayg jdkan adiah utk kwn2 ayg yg bakal dpt baby..:) btw, baju spiderman akan menyusul. tunggu…;)
alang, teruskan menulis cerita ceriti tips2 begini, satu cara marketing yg baik. mane xnye, ayg yg x punya anak pun kepingin nk beli. eh, ini sumer ade dlm e-shop alang kan?
mommy iki, yg kt e-shop 2 tulis warranty 6 bln je.. ade brape warne warmer nie.. rs t’ingin lak beli..
———————-
mommy iki yang warm: nanti ku cek ye kechik..satu warna saja, putih. kalau nak beli beritahu acik ye, ku kasi diskon bagai
berapa yek harga warmer satu nih? anak dah besor baru terpikir nak beli…heheh.tq
——————
sue kecik (tak jadi tulis sue beso) : sue pon beli masa anak dah umur 10 bulan. maklumlah, pelan pelan kayuh…kekeke..harganya RM149.90. ada diskon 10% menjadi RM134.90
salam …
ebm tu mmg biarkan saja dlm warmer sampai time bb nk minum ker?
—
Selepas dipanaskan, ianya perlu di minum dalam tempoh 2 jam. Kalau dibiarkan lama dalam warmer, suhunya akan maintain 40 darjah dan sesuai utk diminum terus oleh baby
sue kat kedai sue ader stok warmer snow bear lagi tak…kita ingat nak beli la…senang hubby nak bagi susu kalu kita kena keje mlm….?
—
Shakila : Lunatots belum ada stok Snowbear Warmer.. Kalau ada, Sue
akan emailkan Shakila ye
helo,
i bminatla dengan warmer tue, ada % tak? pastukan mcmne nak guna warmer untuk makanan baby pula?
tq
—
Mumy JJ : Warmer yg sama boleh digunakan utk memanaskan makanan bayi dengan suhu 70 darjah celcius.
kalo guna warmer nie, slalunyer brape lama yer sesi memanaskan susu tu? lama x? sama ke tempoh masa yg di ambil bagi lain jenis warmer? nway, warmer jenis nie leh guna dlm kete jgk ke?
—
Masa di ambil bergantung kepada suhu susu tu. Maksud saya, best practise, cairkan susu beku di bawah air paip yang mengalir baru masukkan dalam warmer instead of terus masukkan yang beku.
Bila susu tu dah cair, ia akan ambil masa 10-15 minit utk panas.
Yup, warmer ni ada car adapter bagi penggunaan dalam kereta
nk tanya..dah lepas panaskan 40darjah celcius 2, da bole trus bg pd baby ke..@ kn tggu sejuk ckit..sory..sy mama br belaja…;)
—
Boleh Zue : Ianya suhu yang sesuai utk baby minum
Salam K.Sue..
Muz ada warmer snowbear ni tp tak pandai nak guna..sbb mcm amik masa yg agak lama ..dlm 10-15min.. drp advice kwn2..suh panaskan awal2 dan bujet feeding time bby tp masalahnye tak pandai lak nak bujet time bby nak minum..slalu dah ngamuk2 je dulu..sudahnye panaskan manual je la..rendam biasa je..tp kesian kat papa dia la..if nak panaskan EBM..dan takpandai nk bujet masa anak minum..anak dah melalak2 dulu..dan tak pandai lg nk pujuk bby..hehe..pernah lak panaskan..tp bila lama sgt..terlebih panas lak..huhu..rosak la EBMku yg dah cenonet tu…
—
Muzz : Bila menggunakan warmer, memang ambil masa yang lama 30 min ke 1 jam. Biasanya pengasuh boleh agak dalam tempoh 2-3 jam, bayi akan mahu menyusu, jadi boleh panaskan awal awal dan suhu akan maintain 40 darjah celcius utk bayi minum terus tanpa terlebih panas
salam su, nk tya rendam ss dlm warmer terus ker? sy beli warmer tu xder pun tempat rendam air y warna biru tu, beli asing ker mmg di sediakan?kurang arif ler, boleh ajar x
—
Salam Tori : Warmer yang baru ada cup putih instead of cup biru bertangkai. Bubuh air dan rendamkan susu didalam bottle storage utk dipanaskan
salam su, jadinyer saya perlu gn cup putih tu jer ler yer, tanpa yang biru tu, air msk jer dlm warmer then letak cup putih tu ngn botol sekali yer?
—
Tori masukkan air didalam cup putih dan botol diletakkan di dalam cup putih tersebut ye.
sue, nak tanya klu yg grandioz tu dier xder tulis brp suhu dier like snowbear 35-45 for bottle. brp yer suhu utk bottle for grandioz warmer tu?
—
Puanpunyer perlu cek di manual warmer tersebut. Sorry Sue tak dpt tolong sbb Sue tak carry brand Grandioz.
nak tanya…
stocks ebm beku tu bila kita simpan dlm cooler bag dia akan cair ke..atau dia terus kekal beku..
—
Shary : Pengekalan suhu 32 darjah fahrenheit/0 darjah celcius adalah perkara utama untuk mengekalkan susu beku (dalam normal pressure-bukan di kawasan pergunungan atau dalam air)
Bila susu diletakkan dalam cooler bag berserta ice pack, akan terdapat perubahan susu (selain 0 darjah celcius) dan susu akan mencair dimana kecepatannya cair bergantung kepada perubahan suhu didalam cooler bag tersebut.
(Dipengaruhi berapa banyak ice pack yang diletakkan dan saiz cooler bag)
Fungsi cooler bag diisi ice pack ialah untuk mengekalkan suhu yang lebih sejuk berbanding suhu bilik supaya susu yang disimpan tahan lebih lama berbanding jika diletakkan diluar.
Saya harap saya menjawab soalan Shary
kalau nak panaskan baby food yg telah dibekukan ambik masa berapa lama la agaknya…hehehehe
—
Sebaiknya thaw kan makanan tersebut dahulu sebelum diletakkan didalam warmer. Begitu juga susu, thawkan terlebih dahulu sblm dipanaskan didalam warmer.
kalau saya nak order boleh dpt dikaun x?
—
Salam Puteri : Buat masa ini tak ada diskaun untuk warmer.
kak sue, saya punya cup tu yg kaler putih..kalo boh air dlm tu, n letak botol, mcm pendek je..cup tu mcm kecik n xmsuk dalam je..bleh ke?
—
Cik Ah, Kak Sue tak faham..
kak sue, maksud sy, yg cup tangkai biru kak sue dlm gambo tu nmpak cam dalam je..yg sy baru beli tu,cup putih..so, kalo nk warmkan susu, bubuh air dlm cup putih tu n letak botol eh?tp cup putih tu mcm xdalam..hehe
bubuh air, dan letak botol. Cik Ah baru habis pantang ye. Selamat menyusukan Adib..
—
Oh : Sama saja kedalamannya cik ah
tima kasih kak sue..insyaAllah, mmg tgh kumpul stok pun skang ni..mgu depan dh nk masuk keje..bape oz sepatutnya kena ada b4 kita masuk keje kak sue?maksud kak sue tu, bubuh air dlm cup putih tu ye?
Puan,
EBM yg beku dr freeze boleh terus di warmer ke ?
—
Salam Nurul,cairkan semalaman di bawah peti ais ye.
sue, saya ada beli snowbear warmer tu, bila baca how to use, kena turn the switch to 70degreeC, pastu heat for 4-7 minutes then turn to 40degreeC to keep warm. tapi sue kata suhu lebih dari 40degreeC boleh destroy the breastmilk. so, direction how to use yang dibekalkan bersama warmer tu salah ke?
iaitu dibawah 40 darjah celcius.
—
Salam Fairuz,
Bila warmer bersuhu 70 darjah celcius + air paip 27 darjah = 97 darjah celcius dan bahagi 2 jadi air didalam warmer bersuhu lebih kurang 44 darjah celcius
Campur susu dari peti ais (bersuhu 8 darjah celcius) dan bahagi 2, insyaAllah Fairuz akan dapat suhu yang optimum untuk susu ibu
Puan…
kawan saya nih baru beli jenama snow bear nih..tapi dia tak tau nak guna…dia kata kenapa lepas panaskan 40 darjah. dalam beberapa minit dia terus padam…susu yang dipanaskan pun tak panas…kenapa ek… mcm mana nak guna nih…
—
Salam Dekmeme,
Warmer yang digunakan bukan bertujuan untuk ‘memanaskan’ susu atau membuatkan susu menjadi ‘suam’, tetapi ianya lebih kepada mengelakkan terberi bayi susu yang terlalu sejuk dari peti ais.
Jika warmer diset 40 darjah dan susu yang baru keluar dari peti ais bersuhu 8 darjah celcius (40+8 )/ 2 = 24 darjah celcius, susu tidak akan suam kerana 24 darjah celcius bukan suhu yang suam (Air paip ialah 27 darjah celcius). Selain faktor terdapat suhu yang terbebas sepanjang proses pemindahan haba.
Ianya suhu yang sesuai untuk bayi minum, berbanding jika ianya melebihi 40 darjah celcius yang boleh merosakkan nutrisinya.
Cadangan, Kawan dekmeme boleh menggunakan suhu 70 darjah celcius dimana (70 + 8 ) / 2 = 39 darjah celcius. Ianya suhu yang masih sesuai untuk susu ibu.
salam, sy dh beli warmer snow bear tuh, tp yg sy tk pham brape byk air nk ltk dlm cup putih tuh? dlm manual yg sy bace tuh menyatekan hanya 2 sudu sahaje ltkkan air dlm cup putih, btul ker? sy dh cube, tetapi susu menjd suam setakat paras air yg 2 sudu tuh sahaja..
—
Salam Fatiha,
Fatiha masukkan air didalam warmer (bukan cup putih) sehingga separuh. Panaskan suhu kepada 70 darjah celcius dan masukkan botol susu kedalam air didalam warmer ya.
Cup putih untuk makanan bayi.
salam,blh susu ibu yg sdh dipanaskan dgn warmer blhkah dimasukkan dlm termos?bkn ape klu baby nangis xdelah gabra nak bg susu ibu.tq
—
Salam, boleh. Panaskan susu ibu awal setengah jam sebelum bayi menyusu. Jadi tidak kelam kabut sangat nanti bila bayi mahukan susu ibu.
pn suraya, nak tya..bkn ka susu yg dah dipnskan thn sejam aja?klu gna warmer mmg blh thn 2 jam ka?
—
Salam, susu tahan 1 ke 2 jam selepas dipanaskan.