tudung

tudung

hujung minggu lepas saya ada berangan nak update blog berkali kali sehari sekali
tapi agak busy membuat persiapan utk majlis kenduri kakak ipar yg tak lama lagi
baju pengantin dah ada, baju pengantin lama & pengiring2 pengantin belum ada
haruslah kami terjah jalan jalan cari baju di jalan TAR

sampai tertidur zikry didukung abg2 pakistan (ke bangladesh)
orang ni pass kat org tu, org tu pass kat org ni
(semua org tu ‘org’ diorg okeh)
kat kedai di jalan TAR tu, semuanya bangladesh & indonesian
kecuali kami anak beranaks
melayu beli pilih-pilih kain yang berkenan di mata & hati

dah pilih2, berkenan kenan falling in love
dah berangan bagai nak pakai time kenduri, buat baju kebaya, maniks penuh bahagian depan
sekali takde stok
ada satu je…saya nak 2, sekali dengan mak mertua
semua org kata, jomlah ke JAKEL, cuci mata cari di sana pula

kain songket, lalalala

Zikry temankan mommy shopping

kalian hairankah, kenapa ku tersenyum manis simpuls?
ku dah nekad dari masa turun kereta nak beli tudungs Shiela Rusly kat Jalan TAR
cemane rupanya…nanti ku tunjuks dalam gambar seterusnya


gambar JAKEL ni saya ambil masa tengah makan di restoran mamak depan JAKEL
sedap juga maggi gorengnya
tak sempat ameks gambar maggi, acik lapar kriuk kriuk sangat masa tu

sampai malam haa

tada, nak tau apa cite tudung saya?
saya main ameks 2 helai, lepas bayar terus senyum2 dalam kereta
*kes seronok dapat barang(tudung) baru
lepas pakai, amek gambar bagai…
saya rasa macam something must goes wrong somewhere
lepas saya nampak tudung yang kakyong pakai (ala, tkde gambar)
baru saya perasan, tudung saya ni bukan tudung sheila rusly
ni tudung seniwati sarimah neh!

ah boleh lah, sebarang
janji senyum manis ah simpuls masa amek gambar kan?

Tudung (wajah) baru

nampak macam org bershenta kan?
anak? apa tu?
hak haks…anak ku tumpangkan bersama opah & atuknya
kasik cans mommy & ayah nak menggediks keluarĀ  bersama sepuluh menets

Senyum bang, senyum!

masa time jalans itu, saya berkali kali beritau suami
kasut ni nak putus dah bang, kasut ni..kasut syg neh dah nyawa nyawa ikan..
seb baik dia tak kata “okeh, lepas ni kita terus baliks ye”
sejak bertahun2 bersama neh dan berkat latihan intensif yang berterusan
si dia sudah pandai memberi jawapan yang mengikut piawaian keluarga bahagia
sekaligus mengelakkan permasaman muka
dia jawab “ha, kita gi Sogo pasneh”
saya jual mahal “malas la ..jauh, beli kat pasar malam depan neh je la”
kasut sapa neh?

akhirnya saya dapatlah kasut putih matching ngan laptop
(ha, apa kaitan?)
bukan bonia, bukan carlo rino, bukat scholl
tapi bon bon.. ekeke..hanya RM15 sahaja!

bonbon

tapi saya senyum sepanjang malam
dan rasa semangat gile nak gi jalan
(lepas ni nak gi mana eh bang? esok dan hari hari seterusnya ada plan? )
apakah?
senangnya saya dipuaskan…gegege…

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: