lepas anak tidur, saya buka laptop utk update entry
tapi sempat round singgah beraya di friendster teman teman lama
memang jelita jelita nan anak dara
tak kurang yang anggun banget ah di majlis perkahwinan
dan ramai juga yang letak gambar shomel anak anak
kan kehidupan itu berperingkat2?
semua melalu dan merasa, beza cepat atau lambat
merasa zaman sekolah nakal2 ponteng prep, merasa masuk kolej sibuk bershenta,
merasa susahnya mencari kerja demi sesuap nasi,
merasa berchenta merajuk sehari dua, dirisik keluarga sidia, alam pertunangan yang mencabar macam explorace,
majlis perkahwinan yang diimpikan
dan seterusnya membesarkan anak anaks
selamat berjaya utk semua
because they lived happily ever after is just a beginning
hah, pagi2 lagi saya dah malas buat kerja sibuk check treats yang boleh saya redeem
menggunakan point credit card yang sedikit ineh
banyak yg saya mahukan, cuma saya utamakan apa yang saya perlukan
saya perlukan kasut untuk pergi kerja, jalan jalan, shopping, gi rumah sedara (sepasang kasut sahaja)
check kalau2 boleh diredeem mahupun entitle for any discount
tapi tiada!
tiada treats utk kasut mahupun discount dari kedai kasut
gaaa….di mana pula yang ada discount time lepas lepas raya ni ye
kalau ada info, mehla sharing is caring dengan saya ya!
harini saya tertinggal tube pam dirumah
semalam semasa mengepam,saya cuba sorokkan tube tu dari zikry
sorok punya sorok, sampai saya sendiri pun tak nampak saya letak tube tu di mana
mujur ada pam manual yang ditinggalkan di ofis
tak dpt sebanyak pam eletrik, tetapi memadailah daripada tak boleh mengepam langsung kan
cerita pasal berat badan yang selalu berat ineh
setakat 51,52 ke 53 kg itu adalah range jarum di weight scale tiap kali saya naik
sampai dah tak ada rasa nak menurunkan berat badan
tapi lepas sebulan berpuasa, berat saya jadi 46 kg!
tersenyum2 lah saya sendiri, tinggal tak sms teman teman utk mengkhabarkan berita teruja itu
seminggu berhari raya, jarum weight scale tanpa segan silu naik sebanyak 1.5 kg!
jadi sekarang berat saya 47.5 kg ya tuan tuan & puan puan
macamana boleh naik? ini semua berkat rendang, lemang, kuih samprit, shortbread, muffin,air berkarbonat etc etc
perasan tak nasta neh ada 3 lapisan
lapisan atas dah selamat saya makan semalam
harini, giliran lapisan tengah pula
(gaaaa….macam tu sekali saya makan,patutlah bot bot dobot)
zikry nak ajar cara2 utk turun dari sofa ataupun katil
mula mula turun satu kaki dulu ye tuan tuan & puan puan
raba raba lantai dengan kaki itu
kalau tuan tuan rasa gayat, sangkutkan dulu kaki ke mana mana bahagian sofa
turunkan satu kaki untuk berpijak di bumi nyata dahulu
kalau anda takut, jerit saja
mesti kelam kabut mommy anda letak hp nya & sambut anda
dalam gambar ini hanya nampak bahagian belakang saya
sebab saya agak selalu busy mengerjain sesuatu
hah, dah selamat pun saya mendarat
pandang kiri, pandang kanan
tak ada pun mommy saya?
kira okeh la apa yg saya buat ni
takde la dia terjerit jerit NO NO NO macam selalu
inilah kerja zikry yang leka dari tadi
bermain dengan tisu
dia sangat teruja dengan tisu yang tarik banyak kalipun tak habis habis
kalau dapat masuk mulut tanpa ada org jegilkan mata, zikry laaagi suka
renung renungkan…
Related posts:














tips dr iki akan ayg gunakn masa turun katil nanti
gaga..
hati hati yang, jangan leka main tisu macam ziki tu