hujung minggu lepas mommy merangka rangka nak ke sana kumari
“ayah ayah, mula2 kita gi rumah miss h kat salak tinggi”
“kemudian ke rumah miss za di nilai 3″
“boleh juga singgah2 di nilai 3 tengok baju utk raya kan?”
“dan kalau tak silap, rumah miss adah di nilai juga, dia baru bersalin 8 july haritu..boleh singgah”
(korang perasan tak,mommy sorang bercakap?)
ayah angguk, tanda okkay!
malam harinya, zikry menangis selang 5 minit
merengek dan meragam
ambil suhu, 38.9′c
beri dia minum ubat demam yang selalu dpt tiap kali lepas injection
sampai jam 5 pagi dia merengek2, kami letakkan tuala basah di kepalanya
menangis dengan kuat
kasihan…
bila beri makan ubat, zikry muntahkan semua susu dalam perutnya
sampai terkeluar ikut hidung
kesian anak mommy
sampai merah2 mukanya
cadangnya nak terus ke klinik
tp, biarlah..monitor dulu, esok pagi baru ke klinik
zikry sempat tidur setengah jam pada pukul 7 pagi sampai 7.30 pagi
itupun lepas dengar bunyi dog
bunyi anjing jiran depan menyalak jiran sebelah rumah saya keluar jogging

kasian dia, bangun pagi saya mandikan dia
siap2 mahu ke klinik
sempat dia main gelak2 dengan ayah
(tapi lebih byk masam mukanya)


haritu mommy belikan bekas baru utk barang2 zikry
buleh letak cotton bud, lotion, minyak telon
lion jagakan barang2 zikry daripada tertumpah2 ye?

pulang dari klinik, zikry berehat di rumah
malamnya, kami ke Tesco
zikry? dia demam, tp kami bawa juga
dia tak merengek semasa di Tesco

cuma masam tengok orang yang lalu lalang
lebih suka melepek dan meleser dgn ayah dan mommy
sampai rumah, baru dia mengamuk
oleh kerana zikry demam, maka ayah kata dia boleh buat apa yang dia suka
yang saya tak kan benarkan semasa dia sihat
iaitu minum ebm(expressed breastmilk) melalui botol
dan tidur kaki tergantung
asalkan dia dpt tidur dan berehat sahaja sudah cukup utk saya
bolehla saya tumpang sekaki

dah 2 malam zikry being cranky and unhappy
malam semalam, panasnya dah berkurang ke 37.8′c
dah mula gelak gelak dengan atuk
saya masakkan bubur utk iki
lepas baca majalah CAP (consumer association penang)
tentang makanan instant utk baby
macam macam dibubuh dalam tu, gam envelope, chalk, preservative
saya cari2 resipi bubur di dalam susuibu.com

bubur ini tidaklah cantek
tapi nampak keikhlasan mommy semasa membuatnya
haish ayat, tak tahan..

masa mula mula bubur ni masuk mulut zikry
he tooks a longgggg pause
macam seluruh dunia terberhenti
saya dan suami sudah blur
suami “arghhh…apa ni?????”
hah..sukahati je buat ayat zikry sendiri!

kemudian kemudian, baru laju suapannya
bubur ni tawar, tanpa garam,tanpa telur
yang ada, cuma serbuk ikan bilis
ayam, potato, garlic, minyak masak dan nasi yang direbus
kemudian di blender halus
mommy bekalkan bubur yang sama utk zikry pagi tadi =)
nanti makan kat rumah mak ye (pengasuh zikry)
pagi tadi, suhu zikry dah 37.6′c
dah sihat pun hero mommy
cuma, dia masih masam, dan longlai…tidak aktif mcm mommynye
sementara kami suami isteri bersiap, zikry main toysnya
ayah zikry cuba ajarkan zikry, button mana yang perlu di tekan
tapi dia tak mahu
zikry tak suka tangannya ditarik tarik
dia mahu buat sendiri
dan dia sebenarnya boleh …
Related posts:











alang, membaca kisah iki sudah jd kemestian ayang setiap hari. sian iki dmam..moga Iki cepat sembuh dan mula membebel balik
alahai kesiannye baby iki..cepat sembuh ye
moga makin sehat dan kuat..leh dera ibu ngan ayah
)