sekalung tahniah buat umie zikry yang selamat melangsungkan majlis pertunangan
pada hari lahir agung, 7 June 2008
semoga majlis yang dirancangkan pada 12,13 & 14 Disember nanti akan berlangsung seperti yang diatur
Amin…
*nanti malam 13 Disember tu bulehla iki potongkan kek pengantin harijadinya ya!
Dah setahun anak ibunda
(Bunda dh nak masuk 27 tahun?)
eh..usahla kita bicara kisah tak best (kisah peningkatan umur)
meh cite kisah majlis umie zikry
petang jumaat kami sampai kuala kangsar, tp iki menjerit meragam ragam
mommy tidurkan dia, dan ayah pun ikut sekali tidur (confuse?)
oo…ayah mengantuk sbb malam sebelumnya dia pulang jam 7 pagi dari Genting Highland
dan terus bersiap ke tempat kerja dengan mommy
patutlah…hihi
bangun dari tidur, saya terus cari cari kerja apa yang patut
kakyong (umie iki) minta saya susunkan buah hantaran
tiba tiba ada suara sumbang “emm..baik kakyong beri sue task yang dia boleh buat”
helo…abg ingat saya tak reti susun buah dalam bekas ni ke?
emm, campak2 je kan kakyong?
sudahnya saya sambung menjahit manik di tangan baju kakyong
dan kakyong susun buah ![]()
nampak tu..tudung purple,baju coklat (saya la tu!)
kakyong sudah buat banyak..saya cuma tambah sikit sikit saja
tak dapat buat lama, bila anak menjerit, saya berenti dan tidur
(haish, takleh pakai punye tenaga kerja)

itu kisah persiapan di dalam rumah
diluar rumah, kita serahkan pada yang pakar
ini group catering abg edi dari UPSI
Sedap sungguh makanan yang disediakan abg edi
Cuma saya tak boleh makan banyak banyak banyak sangat
Abg edi faham fahamlah kan, saya ada byk lemak tepu di sana sini
jadinya saya cuma ambil bau sikit2 dan makan sepinggan penuh saja
free2 nanti saya ambil resipi ya abg edi!
(free = zikry dan adik2nya dh besar nanti)

dipagi hari, ada majlis naik buai Nur Intan Fatimah (anak cousin suami)
dua pupu iki
mama intan cerita, asalnya nak namakan Nur Fatimah Az Zahra
Tapi entah bagaimana, asyik panggil Intan..terus ayahnya letak nama Intan
intan memang intan payung mama & ayahnya
shomel sangat dalam buaiannya yang dihias oleh umie & ayah iki
(ibu iki dukung iki yang asyik minta didukung)

lepas majlis memotong motong dan merenjis
rambut intan dibotakkan
hasilnya…….intan jadi lebih comel! YEAY!
Intan, bila intan dh pandai baca blog, mama sue doakan intan sentiasa sihat
cemerlang, gemilang & terbilang!
(sempat turtle abg iki interframe dlm gambar intan)
sambung balik cerita pasal majlis pertunangan kak yong
berseri seri bakal pengantin
(bakal pengantin la kan?bulan disember nanti)
awal pagi kami dah bersiap (kami?saya pun join bersiap awal)
rombongan lelaki datang lepas zuhur
jadi kami makan makan sambil ngumpat kat dapur dulu
kak yong tk ngumpat buleh ckp banyak2, dia gelak saja

kami sekeluarga serba hijau
dalam gambar di bawah,saya temankan kakyong prektis senyum
nak beginikah? begitu kah? ke tak perlu lebar sangat kah?
sudahnya,nampak saya yang over…
mungkin kerana saya tidak nervous
ya ya, inikan majlis kakyong, jadi kakyong pasti nervous
(saya nervous juga, harap2 si kecil tak meragam)
Keluarga terdekat memakai serba hijau
kawan kawan yang datang pun memakai baju berwarna hijau
sejuk….mata memandang
(pst, kak lin di bawah ini masih single)
jom kita beralih ke kisah hantaran
saya tak tahu nak cerita dari mana
yang pastinya, hantaran memang shantek shantek di mata saya
kakyong buat sendiri
saya tak tolong apa apa pun
pada yang berminat, cepat cepat chup kakyong utk majlis kalian
untuk bulan ogos & oktober dahpun ada tempahan
untuk disember, majlis kak yong sendiri
jadi tempahan hanya utk tahun 2009 sahaja ya!
buleh kontek saya …. (haish, jadi spokeperson gitew)
hantaran utama, sepasang kain baju melayu dengan sampin
untuk dipakai semasa majlis nikah pada 12 Disember 2008, insyaAllah

buah buahan yang kakyong susun
(selepas dia rasa kurang yakin dengan cara saya berimaginasi dengan susunan buah)
saya tak tahu macamana gambar ni boleh jadi begini
suami ialah photographernya
berpusing pusing, sampai sukar dikenal pasti buah apa dlm sangkar tu
(kalau tau abg nak ambil gambar pusing2 camni, biar syg je susun buah tu)
mcm tak puas hati je lagi pasal kes susun buah..hihi
coklat2 dan manisan
hui..penat saya tgk makanan
jom kita tgk benda lain pula nak?
haa….pernah tak nampak Power Rangers di tengah makanan
inilah Power Rangers iki
berebut2 abg sepupu dia nak main
sudahnya mommy suruk dalam lemari baju opah
dan masa nak balik terlupa nk keluarkan
mujur iki belum kenal lagi Power Rangers nya itew..
kalaulah dia mengamuk nak ambil balik, jauh juga nak patah balik kuala kangsar ambil Power rangers

semasa rombongan lelaki tiba
si kecil saya sibuk nak menyusu
(setelah penat dipegang dan dibawa org ke sana kumari)
jadi saya tiada di ruang tamu melihat diskusi mereka
mujur ada gambar…
sesudah majlis hampir selesai
barulah saya sempat menyibuk di pelaminan kakyong
baru nak bersenang lenang lps anak menyusu, iki poo poo pula
jadi sebab tu gambar saya tak banyak (mujur…kata suami)
meh kita masuk bab iki pula nak?
sambil umie bersiap,mommy suapkan iki rice cereal
oh ye, iki start makan 5 bulan 2 minggu
kenapa cepat? kenapa tak tunggu 6 bulan tepat?
sebab malam malam iki menangis selang sejam
hilang sabar mommy yang penyabar dan sopan santun neh
dia makan rice cereal yang sangat runny
(sampaikan nampak lebih byk yang keluar dari yang masuk)
kamera ayah bulky sangat sampaikan ganggu konsentrasi iki nak makan
maybe kita perlukan kamera powershot SD1100 IS digital elph warna pink tak yah?
*hint di situ* hint*
kalau tgk gambar iki makan di bawah ni
perasan tak cincin perkahwinanku longgar
*haish…sampai ke tua lah cincinku longgar
(sebab sampai tua pun saya tidak gemuk..YEAY)
muka iki jadi begitu sebab kena kukunya panjang panjang
dicampur dengan ayah terlupa pasangkan ubat nyamuk malam tadi
dan ekzemanya yang melampau
mana bajunya? bolen berpampers gitew?
kalau pakai baju sambil makan, akibatnya maka baju itu akan jadi kain lap nestum
lalu mommy biarkan dia bolen sambil makan
messy sesangatlah tempat iki bergolek
maklumlah,rumah kenduri ![]()
dia skrg sibuk angkat bontot, dan mengengsot
tak lama lagi ibu jumpa anak ibu bawah sofa la ..sigh
oh ye, ayg kata iki ikut muka suami
air mukanya saja ikut saya
saya kata iki ikut muka & air muka saya
ups….saya cakap berdasarkan fakta, bukannya cakap kosong saja ye
bila perut dah kenyang, iki melompat lompat
macam biasa….
mommy sengih2 dengan tetamu
macam biasa…


iki dan fateh
iki abang sebulan, fateh lahir 20 january 2008
mentang2lah fateh itu baik urangnya
iki belek sana, belek sini, cuit fateh di sana sini
dan si adik diam sahaja
(buleh imajin iki buat adik dia macam tu?)
rasa rasa mcm dlm hati iki berkata
“eh, ada lagi urang sekecilku..kusangka ku sorang”
bila iki dah puas main dan meragam
saya masukkan dia dalam buai intan
intan? intan tidak meragam
dia budak baik…
eh.itu tidak bermakna iki tidak baik (ayat kaver nanti2 bila iki pandai membaca)
cuma iki menganggap meragam itu sebagai hobi
kan ki?
dan mommypun posing di depan buaian anak
dan gosip-ing di depan buaian anak?
ya, muka saya nampak macam tegar kan?
sebenarnya tiada apa apa yg serius
cuma membincangkan harga minyak yang naik dengan Crystal (kawan kakyong) sahaja
bergambar satu keluarga
melekit2 dah semuanya, sbb dah petang
masa utk iki mandi…..
gambar dia mandi tiada kalineh ya!
Related posts:










































alang, 4 percent je la alang. hahahahah..nanti makin besar iki tu makin kurangla percent tu..hahahaha iki dewasa=fotostat wan. (alang, cemas x? eh, xkn cemas, mestila suka, ‘wan’ ramai2 kat umah tu ye x? kalo wan outstesen leh tgk muke iki lepas rindu.hehehe)
p/s..adik ayang, ca’e fotostat bapak ayg, dr rupa smpaila ke cara mkn dan buang angin. bau pun sama. nanti nk panggil national geografik wat siasatan. mcm misteri jek.