Ceriti Sale & Shop
Sejak dari Kak Yong tunjuk pada saya risalah Warehouse Clearance Sale di Sogo Sabtu lepas
Saya mula hangat bontot tak senang duduk
Hari hari ingatkan suami tarikh 3 – 6 Jan 2007
Sebut sebut di tepi telinganya yang saya mau pergi pada 3 Jan (Khamis) – early bird?
Lalu suami apply halfday leave harini
(agak2 dia tulis tak dlm form, reason : temankan isteri yg sdg berpantang meroyan shopping)
Sebelum pergi siapkan Ammar Zikry dulu
Bawa apa yang patut, diaper, small towel dan mcm2 lagi saya sumbat dalam nursing bag itu
Letak dalam kerusi jalan Combi nya
Bedungkan sebab tknak dia terkejut tgk jualan harga runtuh
Belum..Ammar Zikry belum cukur rambut
(menjawab soalan pada yang hairan dengan rambutnya yg sedikit..hihi)
Kasian dia, kecil kecil dah menjadi mangsa pada ibu yang suka pegi window shopping
Ayah duduk tepi pintu, sementara ibu pilih baju
Ibu pegang Zikry kat sudut paling hujung, ayah pergi pilih seluar
(kes org ramai sangat, tanak kisah Yiyin berulang)
Taklah, sebenarnya Zikry rimas org ramai..Kasian..
Konon2 nak ke warehouse salehabiskan sisa duit
Kerana tak tahan dengan org yg ramai
Kami ke tingkat 4, cari breastpump dan botol susu
Ya, kami saya sudah mengambil ketupusan untuk breastfeed exclusively
Kerana susu ibu adalah hak anak
Dan si ayah perlu menyediakan keadaan yang selesa utk mencapai matlamat itu
Jadi, kami mencari breastpump yang lebih elok
Semoga hari hari Ammar Zikry yang seterusnya diisi dengan kegembiraan dan susu ibu yang gemilang, cemerlang dan terbilang!

Related posts:




oh, inilah die breastpump alg yg pertama