
lagi lagi checkup (kisah 2 minggu lepas)
kali ineh, ayat mula mula doktor “em,baby masih dalam kedudukan dahulu(1-2 bulan lepas)”
“kedudukan apakah?”
“iaitu breech..kepala di atas,kaki di bawah belum berpusing”
“erk, belum? nanti dia pusing lah itu..kan?”
dan perbualan itu menyebabkan saya sedikit terganggu emosi
doktor dan si suami leka melihat bayi di monitor
doktor “tengok pipi makin tembam..badan pun tembam”
uhuk uhuk..
setiap kali checkup, doktor akan printkan 4 keping gambar
2 wajah baby, 2 his private part
(ehem, wajah baby ini bolehla ditenung selalu…private part ineh?)
kalau ditenung tenung, memang tembam mukanya
(ikut siapalah agaknya..hihi..)
dengan saiz perut yang sederhana besar
agak susah utk tidur, nuntun tv, bersila, makan etc
semuanya serba tak kena
bayi pula kicking di bahagian atas perut
kenapa atas?
kerana kedudukannya yang masih begini
checkup seterusnya, minggu hadapan
saya harap dia berpusing ke kedudukan yang sepatutnya
kerana jika tidak….
(emph, jika tidak juga, saya ceritakan di entry yang lain pula ya?)

bakal mempunyai orang baru yang pertama
amat mengujakan
perasaannya lain dengan bercinta
9 bulan waktu menantinya ialah waktu persediaan utk kedua dua kami
(bercinta bertahun tahun, masih boleh beri alasan –> belum bersedia)
fokus berubah, bukan lagi aku atau kamu
tapi lebih pada ‘dia’
dan budget bulanan juga sudah lebih peratusannya kepada ‘dia’ berbanding ‘kami’
itulah rasa parenthood yang Allah kurniakan
kepada kawan kawan “ingatlah, ibubapa anda amat nyayangi anda semasa anda kecil”
(masa besar sudah degil, masam dan busuk :p)
macam doa itu “kasihani ibu bapa kami seperti mana mereka mengasihani kami ketika kami masih kecil”
saya dan suami tidak sempat dan larat berlegar legar sekeliling KL
utk mencari barang bayi
oleh itu jika ternampak barangnya, kami beli terus
macam tempohari..
lihat lihat di website mydear
malas berfikir fikir, terus saja beli
kalau tiba tiba tidak berkenan nanti, beli saja yang lain (<–ni kakyong ajar..hihi)
playpen kuning hitam, mcm bee
playpen senang utk dibawa pulang ke kampung
lipat lipat dan masukkan di boot kereta
boleh tahan sehingga anak berumur 2-3 tahun
(untuk kurung dia semasa ibu tengah tonton TV atau tidur)
–>saya kan berfikir panjang :p

sesetengah hospital tidak membenarkan bayi dibawa keluar dari hospital
tanpa carrier
lalu kami cari infant car seat
boleh guna sehingga bayi muat (kurang dari umur setahun)
car seat ini jua boleh jadi bouncer utk menggoyang2kan bayi semasa meragam
lepas guna nanti, saya jual lelong separuh harga ya
(padahal sekarang dah sibuk cari pembeli :p)
hihi..
cari punya cari..’terbeli’ bedding set warna oren/kuning
sebenarnya berkenankan pink
insyaAllah akan sampai masanya saya dapat bayi sepersalinan merah jambu..
(amin..)
utk bakal bakal ibu
dalam gambar di atas ada bumper..
sesuai utk mereka yang belikan katil kayu (baby cot) utk bayi
utk letak keliling katil, bimbang bayi terhantuk *kes tidur buas
kalau yang guna playpen, mcm tak pakai saja
tapi tk mengapalah..simpan buat ibunya lenyek lenyek masa tengok TV
nanti nanti saya boleh tempekkan list barang barang utk dibeli oleh ibu ayah
buat rujukan…
dulu, masa org cerita, saya buat dek saja (sbb tidak penting pada masa itu)
sekarang baru saya kelam kabut buka balik emel yang Abby hantar mengenai penjagaan semasa pregnant
baru ligat cari forum mengenai itu ini
baru bertanyakan dari sepupu sepapat yang sudah melahirkan
Nota perut : bila sampai masanya, kao akan mengerti sendiri..
Related posts:





skunk ney ak ngndgkn ank yg ke 3..kandgkn ak mencech 7 bln.st persiapn brg bby pn ak lum bli..msh ade brg ank yg lm ak bley pki.cuma ade stgh brg je yg ak kne bli…
—
zarina : Sue pun, utk bayi yang seterusnya akan recycle-save-the-earth barang anak pertama, insyaAllah..
Ibu berjimat, keluarga selamat…hihi