Archive for November, 2007
Sejak bertukar jawatan dan department
saya punya banyak masa untuk rumah dan rancangan TV
tambah tambah lagi 6.30 ptg hingga 7.30 mlm ada rancangan SPA-Q
pulang kerja,terus susun2 bantal (di kepala & perut)
baring baring tengok keanggunan Qistina, rambut lurus Marlia, lakonan pertama Fatin,
ketabahan Alya, kekonon2 manjaan Farah dan jerawat Betty Benafe (Nora)
dan sejak si dia selalu pulang lewat
saya mula memandu sendiri pergi dan pulang kerja
pregnancy means being moderate in speech (curse less)
tapi kerana saya memandu di Cheras yang penuh dengan cha ya nun alif yang kiasu
saya tidak dapat menahan rasa mahu menyumpah itu
(jika sidia memandu, sayalah copilot yang sibuk menasihati “bawa bersabar”)
mungkin juga kerana saya tiada copilot?
jadi selalunya saya hanya ulang2 ayat “signal la oi..signal”sambil memberi jari tengah
saya hairan, mengapa tidak guna signal setiap kali mahu masuk simpang?
adakah mereka mahu org lain meneka?
signal itu kan hanya perlu ditekan sahaja, kemudian akan stop sendiri selepas masuki simpang?
emo sungguh saya
Cerita tentang pemeriksaan lagi lagi di HUKM Specialist
2 bulan lepas saya ber’appointment’ dengan prof Zaleha
(selepas membaca recommendation mengenai beliau di internet)
sememangnya dia baik, lembut, teliti dan kita akan berpuas hati dengan consultation fee yang dibayar
hah?ada org kata,kalau berbayar,semuanya baik
tidak juga, sebelum ni saya ke KBMC di kampung bharu,kuala lumpur
tetapi saya tidak selesa dengan doktornya
kerana dia tidak suka bercakap
jika ditanya, baru dia menjawab
*tapi consultation fee nya sama jua, bukannya bergantung kepada informasi yang diberikan
nama doktornya biarlah dirahsiakan ya
lain orang, lain tafsirannya..dan pada saya, tak berbaloi masa dan wang yang dilaburkan disana
Jika ada yang sedang merancang utk mengandung dan melahirkan
saya recommendkan utk berjumpa dengan prof Za
prof Za pergi haji bermula dari Nov 8 hingga Jan 2, 2008
dan kes beliau (antaranya ialah saya) di serahkan pada prof Tan
first impression saya pada prof Tan, tidak berapa baik sebenarnya
kerana beliau tidak senyum diluar bilik rawatan, dan airmukanya sangat stern
tetapi semasa saya sedang nerima rawatan, ternyata first impression saya itu salah
dia juga baik, lembut, penuh dengan informasi dan kelakar
sempat sidia bertanya “is there any way to prevent stretchmark?”
dan prof Tan ketawa sambil menjawab “the best way is.. avoid being pregnant”
katanya stretchmark adalah normal dan hampir 90% of pregnant women will develop these pink or reddish patches (and sometimes itchy streaks) on their breasts, hips and abdomen
bertuahlah yang 10% itu….
there’s no medical proof that creams really help prevent stretchmarks
but it may be sweet & fun for mommy-to-be to rub it on our tummy
kepada ayang, jadilah boss (tuan punya farmasi) yang baik dan mesra pelanggan
ringankan mulut menerangkan tentang ubat dan preskripsinya
kerana bila pelanggan berpuashati, dia pasti datang lagi dan lagi
sungguh..
alang doakan ayg ada kelapangan dan kekuatan utk melakukan semua itu
kelmarin rumah saya dikunjungi angah
saya suruh dia ambil air, ambil buah sendiri
mujur angah tak kisah utk membuat seperti rumah sendiri
lainkali dtg lagi tau angah
boleh temankan alang baring sambil tengok SPA-Q
berbual bual mengenai teman2 yang dirindui
mengenai acu yang akan ke japan utk phd
mengenai ama yang akan mendapat si kecil pada may 2008, insyaAllah
mengenai ayg yang busy sehingga tak sempat upload blog
mengenai ude yang ada vios tapi belum bawa alg jalan jalan lagi
mengenai kak chik yang senyap saja, kemanakah dia?
Kemudian angah bawa saya makan ke Suntex
cantik juga tempatnya
Kepada angah, lain kali order nasi ayam sahaja tau
tak perlu nasi ayam kerabu kerana angah tak makan sayur kerabunya
kepada bulan, (eh bulan bace ke blog alg,ngah?)
awk perlu belajar ilmu psikologi ‘bagaimana mensaiko orang supaya makan sayur..hihi’
emosi saya banyak sedikit terganggu semasa menantikan Ammar Zikry
(angah, ayg, sya, kak zana, kenalkah siapa itu?)
puas saya cuba buang jauh2, tp tak boleh juga buang rasa itu
iaitu rasa kalut + panik + berdebar debar
sejak dari mula mengandungi dia
saya kalut mencari buku buku informasi
untuk lebih memahami setiap perubahan fizikal saya emosi, terutamanya
gusi dan hidung yang sering berdarah, leukorrhea, kaki cramp, linea nigra
dan bila ultrasound mengesan kepala si kecil agak besar berbanding usia kaki dan badannya
saya lebih kalut
ibu tiri saya kata, arwah adik saya dulu, pun berkepala besar (berbanding badannya)
kata kaklin, boboi (anak buahnya yang comel) juga berkepala besar, malah mempunyai double chin
kata huda, si kecil ngambili semua zat yang diperlukan
kata prof Tan “tengok…dia ikut kepala you….” sambil gelak gelakkan bapa sikecil
kalau betul betul ditelek dan difikir, tak tidur malam agaknya saya
period cycle saya yang agak lama adalah antara sbb bayi ‘bersemangat’
saya hampir berjaya memujuk diri
“tak mengapalah, besar atau kecil kan hanya kata sifat..saya harap si kecil tidak sakit. Genetic agaknya..hihi”
pemberitahuan doktor ttg keadaan bayi yang songsang (frank or extended breech)
buat saya semakin runsing
minggu2 lepas, saya sudah beritahu suami
keputusan saya iaitu : saya tidak mahu cuba ECV (external cephalic versioning )
iaitu cubaan memusingkan si kecil supaya kepalanya pusing kebawah dan membolehkan saya bersalin normal (vaginal delivery)
tetapi saya memutuskan : jika checkup 28 Nov, bayi masih breech
saya memilih elective caesar, iaitu pembedahan sebelum contraction (sakit bersalin)
suami kata “okeh”
dan 28 Nov itupun tiba
saya beritahu prof Tan, yang nurse government insists bahawa bayi saya ialah cephical
prof Tan gelak saja, sambil tanya, naluri saya kata apa?
Sebagai mommy-to-be yang kalut, saya beritahu dia
yang saya tak rasa si kecil berpusing satu bulatan
saya cuma rasa siku/tangannya mengeliat di tempat yang sama
dan sesekali bottom partnya terangkat2 di bahagian bawah
(tidak seperti sepupu saya, dia mengandung beza 2 minggu lambat dari saya
tetapi dia dapat rasa geli di bawah perut dekat dengan ari2
dan kadang2 dia geli dibahagian rib (terkena kaki bayi))
saya tidak rasa apa yang dia rasa (geli)
pengalaman setiap ibu mengandung itu, memang berbeza
dan bergantung pada tahap kekalutan, kerisauan kepekaan ibu..haih..
melihat di ultrasound, doktor kata, benarlah apa yang saya rasa
kepala si kecil elok di tempat tempohari
tidak berubah2, tidak berpusing…dan susah utk berpusing
dengan perut saya yang kecil dan sempit, dan kakinya lurus mengunjur ke muka
saya ada pilihan utk:
- mencuba kaedah ECV
- menunggu sehingga contraction/bleeding dan bersalin secara caesar
- elective caesar (iaitu kelahiran secara caesar lebih awal beberapa minggu)
oleh kerana success rate utk ECV sangat rendah berdasarkan kedudukan si kecil
saya memilih option no 3
saya rasa utk kelahiran pertama ini
biarlah saya merancang dahulu, dan Tuhan menentukan
saya dan suami sedang berkira kira kan tarikh yang sesuai
utk dia mengambil paternity leave, cuti raya haji aidiladha dan krismas serta perlu mengambil kira kelapangan schedule doktor
berbual bual dengan ibu
(org yang boleh menenangkan rasa kalut)
saya jua dilahirkan melalui operation
kerana placenta previa…(anak2 ibu saya tiada yang breech, tetapi 3 placenta previa, 3 normal)
saya tanyakan pendapatnya
patutkah saya menunggu due date, contraction dan bleeding pada bulan january
ataupun terus dengan perancangan saya pada december
kata ibu, dia lebih suka saya teruskan kelahiran dirancang pada december
dan pedulikan semua kehairanan org
sekurang2nya, saya tidak rasa sakit utk melahirkan kali ini
(seperti yang dia pernah rasa)
atau mungkin naluri ibu,jika dia diberi pilihan, tak mungkin mahu anaknya rasa sakit?
Saya harap pilihan saya tepat
dan biar apa pun org lain kata
biar org kira tak cukup jari jemari (kakyong kasi pinjam jari dia)
biar orang confuse, kenapa boleh keluarkan awal pula?
Kerana yang menanggungnya ialah saya dan si kecil serta akaun bank sibapa
Tiap kali lawatan klinik di Klinik Kesihatan Kerajaan Batu 9 Cheras
Mesti ada banyak yang saya nak tulis dalam blog
Saya ‘enjoy’ menghadiri setiap lawatan (checkup) saya bermula dari bulan ke 3 disahkan mengandungi
Ianya demi memastikan saya sentiasa dalam keadaan yang sihat
Dan mampu menyediakan keadaan yang selamat utk si kecil membesar bagaikan juara
Seawal 7.30 pagi saya sudah sampai ke klinik
Ambil nombor (dapat nombor 26!)
Sudah ramai manusia beratur
Saya terlupa membawa bahan bacaan
Sudahnya, masa menanti saya habiskan dengan menegur insan di kiri kanan saya
Masing masing membawa perut berusia (7 ke 8 bulan)
Pukul 8.30 pagi (sejam tunggu) baru nama saya dipanggil
Utk check tekanan darah, urine, hb, berat dan tinggi
Berat masih sama (mujur tak kurang)
Mungkin berkat nasi lemak Oldtown dan nasi ayam kampung yang dimakan semasa weekend
Selera makan saya sangat kurang
Mungkin dah makan banyak masa anak dara
*Tapi tak kurus pun, cuma tak berapa naik
Kemudian saya menuju ke makmal utk ujian urine dan hb
Tunggu lagi 40 minit, sempat berbual dengan wanita mengandung yang lain
Bila no di panggil utk masuk ke makmal
Tunggu kakak makmal siapkan kerja sekejap
(sebelum dia uruskan saya)
Kakak makmal sempat mengadu pada saya yang aircond makmal rosak
*Saya juga lihat 3-4 cermin tingkap sudah terlopong
Sabarlah kakak ye..sekurang2nya kita tidak ada gempa bumi seperti di Indonesia
Sesudah ujian, saya menuju ke bilik nurse
Tunggu 1 jam setengah di dalam gelap dan panas
(Boleh tak klinik takde letrik?)
Nurse panggil nama saya di kad pun guna torchlight!
“Siti Nur……Nur…..” <–dia tak nampak sangat nama saya
Kali ineh utk checkup rutin, iaitu denyutan jantung bayi dan ujian kedudukan bayi
Sempat saya bertanyakan tentang perut saya
“kak,perut saya tak sama dengan cousin saya..dianye cantik, takde stretchmark”
misi “orang lain lain, ada kulit nipis, ada kulit tebal”
kemudian misi lihat, doktor Hukm tulis baby saya breech
misi “saya tengok macam dah cephical”
“ha?cemane misi tengok?” (blur…macam sopoman,takyah pegang2,tengok je)
misi tak jawab
saya tanya lagi “kak, lepas ni saya jumpa doktor kan? boleh tak request utk ultrasound utk tgk kedudukan bayi?”
misi “kite takleh request, kalau doktor nak buat, dia buat…” (lembut je)
“uhuk…”
itulah, betul apa yang kakak misi tu cakap
kerana banyak request, saya tak sepatutnya minta di klinik kesihatan kerajaan kan?
kemudian saya ke bilik doktor
saya pelik juga, kenapa saya kena jumpa doktor?
selama ini tak perlu pun jumpa doktor?
tunggu lagi 40 minit, nombor saya di panggil
Doktor muda, perempuan
Tarik nafas, lepas nafas…(dia dengar guna stateskop)
Kemudian …sudah…
Saya “doktor, tanak check kedudukan bayikah? breech atau cephical?”
Doktor itu baik, lembut saja
Dia selak selak buku merah saya
Jawabnya “awak ada checkup di Hukm Specialist kan, nanti doktor sana akan check”
“uhuk…”
Sungguh…lawatan ke klinik kesihatan selama 4 jam (7.30 pagi sampai 11.30 pagi)
Sangat memenatkan
Rupanya saya kena jumpa doktor sebab polisi klinik
Seorg ibu mengandung kena jumpa doktor sekurang2nya 2 kali sebelum bersalin
Hah?
Tapi doktor itu tak check apa apa pun
Hanya memastikan polisi itu dipatuhi saja
Saya sungguh lapar, dahaga dan penat
Saya mula memutuskan..utk tidak ke klinik itu lagi..sampai bila bila..
Oleh kerana si dia kerja sampai malam hari
Tiada masa menemani saya mengandungi
Saya minta darinya pakej bersalin
Dan cincin emas corak tapak kaki di poh kong sebagai hadiah bersalin
Hihi…



