Archive for March, 2007

Terkejar kejar dengan cubaan menterjemahkan kehidupan seharian kepada tulisan.
Faham maksud saya?
Saya cuba menulis hari hari di dalam blog mcm hari hari mau.
Tapi banyak masa bukan di depan pc.
Kesana kemari meeting dan bercakap.(selalunye diam,biar org lain yang cakap)
Bila di depan laptop pula,mula la mahu cek meebo,lihat siapa yang online.
Siapkan kerja yang mana patut dan tak patut.
Kemudian taip sebaris.
Bila sudah habis waktu bekerja, tengok tengok sudah berjaya tulis 2 baris saja.
Cinta tu macam spring yang halus,perasan tak?
Sangat halus sampai perasaan mengalaminya sedikit aneh
Ada sakit betul betul di hempedu, ada gembira, ada geram, ada benci
Dan mcm spring, kejap suka sgt, 5 minit lepas tu benci pulak
Dan ada satu masa lain, cinta tu mcm manik manik yang di kain baju
Cantik, kemas tersusun jahitannya
Lepas dua tiga kali basuh, dah mula ada manik yang terjatuh
Kalau jumpa, boleh simpan dan jahit lain kali.kalau.
Yang tak jumpa, cicir cicir di tepi jalan, terus tak jumpa.
Sampai bila bila.
Nota kukuku – Perasaan disayangi memang indah, mcm shopping di one utama sambil membawa sekarung duit.

Pagi hari bila saya jaga dari tidur.
Cuba jugak pejam pejam mata tapi mata dah cukup tidur, dan badan dah cukup gemuk rehat.
Saya selalu mengharapkan yang indah indah belaka.
Ok, thats too much of exaggeration in above statement..jujurnya saya hanya mengharapkan tiada apa apa yang buruk berlaku.
Mulanya saya cadang mahu sampai ofis lewat, sbb bos ada seminar diluar
(konon2 dia takkan tahu yg sy lambat)
Tapi bila mengenangkan kerja kerja dalam folder IN dan folder OUT yang kosong, saya bangun juga.
Bukan apa,saya mahu biasakan pulang ofis jam 5.30 petang.
Kurangkan stayback, utamakan keluarga..hehe.
Untuk mencapai matlamat itu, saya mesti sampai ofis setiap hari 8.30 pagi.Setiap hari.Bukan dua kali seminggu sahaja.Bukan sekali sekala.
Mandi, berus gigi, nyarung baju kerja.
Adjust button yang mana perlu.
(Baju ni lepas basuh makin kecil la)
*Asyik nafikan tumbesaran sihat diri sendiri.
Pagi ni hujan, hujan tak berenti renti.
Paling laju saya mandu 60km/j, kelajuan normal sepanjang perjalanan ialah 20km/j.
Dey,pukul berapa nak sampai ofis ni?
Tiba tiba card touch n go saya jatuh.
(Sungguh,penggunaan tiba tiba tu membuatkan efek suspens kan?)
Raba raba tak jumpa.
Berhenti tepi, tertonggeng tonggeng cari,pun tak jumpa.
Tinggal belum terbalikkan kereta je lagi.
Ah sudah, bahang ‘bad day’ sudah terasa.
Malas cari,saya berfikir mahu call orang dan cakap”awak,card touch n go saya hilang la dalam kereta saya.awak balik kerja nanti awak carikan ye?”
Lepas memikirkan solution,mmg saya rasa lega,sekejap.
Cuma sementara menanti masa ‘dia’ balik kerja, saya perlu pergi kerja pagi ni.
Perlu melalui jalan tol, dan kalau saya menggunakan lorong laluan tunai, barisan pembayarannya lebih panjang.Selalunya.
Sampai dikaunter pengambilan tiket, tingkap pintu kereta pula stuck.
Haih, selalunye elok saja, kenapa pagi ni pula stuck.
Kenapa tak stuck masa org lain guna kereta?
Kenapa stuck masa pertama kali saya menggunakan lorong tunai sepanjang tahun 2007?
Erm,selingan-apa yang saya nampak hari ini, lorong tunai mahupun lorong touch n go, sama sahaja panjang barisannya.
Bezanya, wang tunai ataupun prepaid tol
Dapat jua membujuk hati, tk mengapa la tng hilang pun,sama saja jumlah kenderaan.
Tingkap kereta rosak, perlu la saya buka pintu utk ambil kad & bayar tol.
Haih..sepanjang perjalanan 1 jam 1/2 untuk ke office,saya gunakan untuk menenangkan hati sendiri.
Dengan berkata”saya bijak nangani stress”
and it works!
Sampai lewat juga, mujur wife bos keluar menghantar anak ke sekolah
(company sendiri-suka suka keluar hantar anak kan?)
Nota kuku kaki – awak bijak sifir nangani stress?



