Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets

 

Changing time can be fun time

Not only is it a great place to get to know each other – the changing table is also the perfect place for babies to discovering some of the exciting stuff life has to offer.

A changing table provide you with the right work height and plenty of storage – even you are short of space

Lunafamily would like to let go our lovely Gulliver Changing table – Birch Color by Ikea
It was bought on June 2011 with price RM329
Preloved price is only RM150

The description is as follows:

- Birch color
- Comfortable height for changing the baby
- Practical storage space within close reach
- You can always keep a hand on your baby
- Being featured in Pa & Ma Dec 2011
- Reason to let go – Alya is entering her toddler’s phase this month and no more baby in the house (at this moment -hihi)

Special for Lunafamily blog’s reader, Mommy Luna would like to give FOC Gullunge Changing Pad by Ikea (worth RM19.90) and FOC cover RM24.90 (that has 2 colors -white red and white blue)

These items are rarely used and the condition is 9.5/10 (very good)
You may self collect at Lunatots Bandar Permaisuri Cheras or additional RM30 for delivery (Klang Valley only)
Kindly email suraya’at’lunatots.com for any inquiries

Lots of love,
Puan Suraya (Mommy Luna)

Topik : Praktikal Berpisah Susu

Berpisah susu adalah dimana ibu menghentikan penyusuan dengan anaknya dimana anak mula mengambil makanan lain selain susu ibu. Ianya proses yang normal dalam perkembangan anak dan keputusan berpisah susu adalah ditangan ibu dan anak serta bukannya disebabkan orang sekeliling.

Waktu Berpisah Susu
American Academy of Pediatrics mencadangkan penyusuan susu ibu sehingga 12 bulan. Walaubagaimanapun bagi budaya Asia terutamanya Malaysia, penyusuan susu ibu berlangsung sehingga dua ke empat tahun.

Sebab Berpisah Susu
Terdapat banyak sebab yang membuatkan ibu mahu menghentikan penyusuan. Antaranya ibu yang sakit kanser dan memerlukan rawatan kimoterapi, atau ibu yang merasakan letih untuk menyusu anak kecil (bagi anak yang kecil) serta ada ibu yang mengandung (walaupun tiada kajian perubatan mengaitkan keguguran dengan penyusuan susu ibu). Ibu dicadangkan berjumpa dengan konsultan atau kaunselorlaktasi untuk rujukan dan khidmat nasihat.

Cara Praktikal Berpisah Susu

Berpisah susu secara perlahan lahan lebih selesa berbanding berhenti secara mendadak. Kurangkan bilangan penyusuan dalam sehari (contohnya pada waktu malam). Ini membolehkan susu ibu berkurangan secara perlahan lahan dan memberi lebih masa untuk anak anda menerima perubahan itu.

Bagi bayi berusia dibawah 1 tahun, anda dicadangkan mendapat khidmat nasihat konsultan laktasimengenai keperluan nutrisinya sekiranya penyusuan susu ibu dihentikan.

Namun bagi anak berusia di atas 1 tahun, pengalaman berpisah susu akan menjadi pengalaman positif ibu dan anak untuk mula menggantikan perhatian anak daripada susu sahaja kepada pengisian emosi yang lain.

Namun begitu, cara berpisah susu yang sama mungkin memberi kesan yang berbeza kepada anak dan ibu yang berlainan. Berikut disenaraikan cara praktikal berpisah susu yang boleh membantu ibu memberhentikan penyusuan.

1. Jangan tawar dan jangan tolak
Cara ini merupakan cara yang paling selamat dan efektif untuk berpisah susu. Berikan susu apabila anak minta dan jangan menolak sekiranya anak mahu menyusu. Konsep ini perlu digunakan bersama beberapa cara dibawah untuk mempercepatkan proses berpisah susu.

2. Mengubah rutin harian
Anak mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contoh : Sekiranya anak suka minum susu semasa ibu duduk di sofa. Ibu boleh mengelakkan untuk duduk di sofa itu,

3. Pertolongan dari ayah
Ayah juga boleh memberi peranan seperti membawa anak yang baru bangun tidur bersarapan pada waktu pagi (sebelum anak meminta susu dari ibu)

4. Alihkan perhatian anak
Adakalanya apabila anak anda leka bermain, dia terlupa untuk meminta susu. Gantikan dengan makanan snek yang berkhasiat seperti buah buahan atau roti. Ada ibu yang membawa anak ke taman permainan pada waktu yang biasanya anak meminta susu (seperti pada waktu petang).

5. Melengah lengahkan waktu menyusu
Menangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahu mereka untuk menunggu sebentar (dan menggantikannya dengan aktiviti lain) juga berkesan.

6. Memendekkan tempoh penyusuan
Cara ini berkesan untuk anak berusia diatas 2 tahun. Memendekkan tempoh penyusuan kepada anak dengan cara memberitahunya ‘sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar’ perlahan lahan mengurangkan kebergantungannya dengan susu ibu.

7. Memberitahunya secara berhemah
Anak berusia 1 tahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan. Tunjukkan contoh contoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu dan anak anda pasti teruja diberikan kesempatan berpeluang menjadi orang dewasa.

Pemberhentian susu secara mendadak
Pemberhentian susu secara mendadak tidak digalakkan kerana ianya boleh menyebabkan keadaan tidak selesa untuk ibu dan boleh menyebabkan masalah penyusuan yang lain seperti mastitis berikutan susu yang tidak dikeluarkan.

Menyusukan adalah memberikan keselesaan dan keintiman antara ibu dan anak dimana tindakan yang mendadak boleh menyebabkan trauma emosi kepada anak.

Dzakwan “Emm..Mei nak nom su mi pun takyeh”

Related Posts with Thumbnails