Pesta Buku PWTC

Kalian,
Saya tidak akan berada di depan PC hari ini
Saya akan road tour Klang Valley
Daripada Shah Alam (Karangkraf office) ke Office Visit di Cheras dan Bandar Baru Bangi
Kemudian saya akan hantar barang di Post Office dan ada yang perlu dihantar di depan gate rumah di Kajang
Saya juga ada date dengan customer di depan McD Bandar Baru Bangi
Dan mungkin akan singgah Seri Kembangan…phew

Saya menjangkakan saya akan pengsan kepenatan sepanjang esok
(Macam ramalan cuaca je kan? hihi)
Badan dah biasa manja manja duduks office sopan santun saja… 

Saya nak kipuchikan kepada semua
Dapatkan 50 FREE Lunatots Velcro Wording CD dengan cara mendaftar sebagai pelanggan bulanan majalah PA&MA di Pesta Buku PWTC yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 April 2009! First come, first serve basis..
 

Details mengenai event boleh dilihat di sini

Kalau kalian nampak baju pink bulat montels tengah explain kan pasal CD di booth Karangkraf 
Sila la tanya “ini Sue ke?” hihihi… 
Saya akan bergambar dengan anda! ( Ha…ngeri kan? Mesti kalian tak jadi tegur saya..ahaha)
Jumpa di sana!

*Tinggalkan mesej anda di comment walaupun saya tiada
Saya rasa gembira dan kuruss bila membacanya, muahss

Continue Reading

Lunatots Cloth Diaper Update

1. Harga breastpump Spectra 3 sudahpun meningkat kepada RM388 mulai 15 April 2009.

2. Semua promotion Cloth Diaper di Lunatots.com sudah tidak available KECUALI Promo Package of Five yang akan berakhir pada 20 April 2009.

3. Snap Button Lunatots CD akan berada di pasaran pada pertengahan May. Pre order masih belum dibuka kepada public.

4. Dah nak habis promotion, baru saya berkesempatan bercerita mengenai Lunatots Cloth Diaper. Apakah?
Eh ini bukan pengumuman..tapi kenapa saya masih bubuh dalam bentuk point? hihihi

Ini close up Cloth Diaper Velcro yang ada laundry tab untuk penggunaan semasa membasuh CD.
Jujurnya, selepas menggunakan Velcro CD, saya selalu mengeluh manja bila kena pakaikan Iki Snap Button CD ..hihi
Saya vote Velcro CD jika anak anda susah dipakaikan CD macam Iki!

dsc_3869

Himpunan 10 warna daripada collection Lunatots
InsyaAllah bagi keluaran May 2009, warna Putih akan available!
Shanteks utk ibu yang nak pakaikan anaknya gaun putih tanpa seluar kecik (pakai Lunatots CD je..)
*Color code ini boleh digunakan untuk sebarang pesanan CD kerana ianya lebih tepat berbanding color code yang dahulu

colorcode

Gambar2 ihsan encik suami
Gigih dia ambil gambar CD2 lepas dia juga tolong susunkan
Kepada kawan kawan yang pernah datang rumah saya
Anda tahu betapa tak serupa rumahnya semaknya kan kan..

dsc_3870
dsc_3872
dsc_3873

Gambar Lunatots CD berposing di Sara Kids

p4010669

Anak teruna saya yang seksi jarang pakai baju dan seluar
Siang malam ber CD sahaja..ehehe

dsc_3877
imgp1807
:wink:

Selak selak majalah Pa & Ma edisi May 2009 untuk menjenguk Lunatots CD 
*warna hijau ni nampak canteks selepas di edit dek Karangkraf’s team…ehehe

imgp2104-small

Dan pemilik Lunatots di Pa & Ma(alolo saya la kalians) May 2009 juga!
Oh oh saya nampak ramai yang mode tak lalu lantas meletakkan tangan di dahi
Hihihi kalian, memang la besar doposen je gambar saya kan
Perkembangan yang bagus daripada dulu tauu
Dulu tu hanya sebesar semut merah…hihihi

imgp2103-640x480

Nota Luna : Saya tahan nafas masa sesi shooting tu ingatkan masuk gambar badan…cis cis…

Continue Reading

7 Tips Mudah Urus Lampin oleh Lunatots

1. Gunakan pelapik lampin yang berfungsi sebagai pengalas bagi mengelakkan lampin kain kotor terkena najis.
Anda dicadangkan menggunakan pelapik lampin yang organik dan mudah terurai seperti Lunacare Biodegradable Flushable Liner

2. Pastikan saiz lampin yang dipakai adalah “muat muat”. Tak ketat tak longgar. Lampin Lunatots mempunyai butang larasan saiz S, M, L dan XL.
Laraskan saiz lampin mengikut saiz peha bayi dan pastikan najisnya tidak terkeluar.

3. Pilih material dalam lampin berwarna gelap. Warna warna seperti hitam, merah, hijau dan coklat dalam lampin membantu mengelakkan warna najis tertinggal pada lampin.

4. Minta pengasuh removekan najis. Bagi ibubapa yg menghantar anak ke rumah pengasuh pada hari siang, mohon jasa baik pengasuh utk removekan poop anak anda (jika keras dan mudah untuk dirinya). Lebih mudah jika anda menggunakan pelapik lampin seperti dlm tips no 1.

5. Gunakan peluntur kotoran yang sesuai. Lampin tidak boleh dibasuh menggunakan peluntur berklorin. Lunacare Oxybleach berasaskan tumbuhan, tiada enzim dan tiada pewangi. Penggunaan peluntur yang tidak sesuai boleh menyebabkan materialnya rosak. Peluntur oksigen Lunacare membantu mengurangkan kesan kotoran najis pada lampin.

6. Jangan perap lampin lama lama. Bagi ibubapa yang mempunyai banyak lampin, elakkan memerap lampin kotor lebih dari seminggu. Ini kerana semakin lama diperap, semakin sukar kesan najis ditanggalkan.

7. Sidai lampin dibawah cahaya matahari. Cahaya matahari adalah ejen pemutih paling baik. Jika anda berkerja dan tidak dapat menyidai lampin dibawah matahari, manfaatkan hari minggu anda untuk lampin anda menikmati cahaya matahari.

Tips tambahan Lunafamily:

Seharian anak dirumah pengasuh. Sesi membasuh lampin pada waktu malam membolehkan ibu bapa mengesan sebarang perubahan pada najis anak.

Perhatikan jika ada darah, keras atau lembik, apa yg terkandung dlm najisnya tanpa perlu hari hari tanya pengasuh “Anak saya poo poo tak harini?”

Anda ibu bapa prihatin, kami percaya

Continue Reading