Bercerai Susu

Inilah istilah digunakan untuk :
1. Memperkenalkan makanan pejal kepada anak semasa usiannya 6 bulan
2. Memberhentikan penyusuan susu ibu pada usianya 2 tahun atau lebih

Artikel ini memperkatakan tentang perkara no 2.

Bayi akan melalui pelbagai fasa berbeza semasa proses ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.

1. Kurangkan Dahulu, Baru Berhenti
Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.
Elakkan meletakkan sesuatu pada payudara anda hanya kerana untuk membuatkan bayi anda tidak sukakan susu ibu. Ianya mencederakan emosi anak dan ibu dalam banyak keadaan.

2. Jangan tawarkan susu ibu dan lengahkan jika dia minta.
Pada ketika waktu anak leka bermain, ibu usah memanggil dan mengajaknya minum susu sebaliknya biarkannya leka untuk mengeksplorasi dunianya. Percayalah, proses ini tidak mudah. Naluri ibu selalu mahu menyediakan yang terbaik dan bimbangkan anaknya lapar dan dahaga. Namun apa yang anda lakukan adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.

Sekiranya bayi meminta susu, lengah-lengahkan seperti memberitahunya untuk basuh tangan dahulu atau minum air kosong dahulu.

Pada usia 2 tahun beliau sudah boleh memahami sekiranya anda memberitahu beliau pakaian ibu tidak sesuai untuk menyusu atau beritahunya yang dia boleh menyusu didalam kereta kerana di tempat awam ibu berasa malu (walaupun sebenarnya tidak)

3. Tawarkan minuman lain
Ibu dan penjaga boleh menawarkan minuman lain seperti air buah atau air kosong. Sediakan satu botol minuman dengan karektor yang disukainya dan ini membolehkan bayi mula menyukai perasaan menjadi kanak-kanak.

4. Berhentikan penggunaan botol dan gunakan bekas air.
Pada usia bayi 8 bulan beliau sudah boleh mula memegang bekas air dan minum daripadanya. Botol susu ataupun susu formula bukanlah pengganti kepada penyusuan susu ibu. Ianya lebih kepada peralihan yang melekakannya namun apa yang sedang kita lakukan ialah melatih bayi untuk berdikari dan berkordinasi.

5. Penggantian rutin
Perhatikan rutin bayi dan cuba gantikannya. Penyusuan sebelum tidur adalah waktu yang paling sukar untuk diberhentikan. Bapa boleh mengambil peluang ini dengan menggantikannya dengan tabiat baru seperti membacakan mereka buku atau melihat bintang bersama-sama bapa.

Nota Ibu

Tiada masa yang tepat.
Tiada masa yang betul atau salah. Malah, bayi anda mungkin mengambil masa lebih lama berbanding kanak-kanak sebayanya; ia bergantung kepada kesediaan anda dan bayi untuk melalui proses ini.
Ada ibu menunggu sehingga anak mereka lebih besar kerana tidak bersedia melepaskan keakraban dengan anak ketika proses penyusuan. Sebaliknya, ada ibu mahu proses berkenaan lebih cepat kerana tanggungjawab lain.
Untuk proses ini, andalah yang perlu membuat keputusan dan menentukan masanya. Jangan cuba memberhentikan penyusuan ketika anak atau keluarga mengalami tekanan.

Tekanan ini ada pelbagai bentuk, termasuklah ketika bayi tumbuh gigi, berpindah ke rumah baru atau anda mula menghantar anak ke pusat jagaan.

Continue Reading

Soalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu

Assalammualaikum Sue.. ada beberapa kemusykilna nk tanye.
sy pakai pam medela freestyle.
1. tp skrg di opis sempat pam 1x je. sbb keje cam fleksibel skit. klu masuk 10pg kuar 5/6ptg. mak. sllu 30min dlm kul 3/4 perah, anggaran dlm 3-4oz. kdg2 penuh botol 5oz. xper ker? sbb penah cuba kerap pam.. hasil tetap sama

2. set pam ni. perlu dicuci bersih selepas tiap kali pam ker? sbb sy pernah terbaca satu artikel (konsultan pysuan juga) xingat sapa… dia tulis bg ibu2 yg bekerja n mengepam di opis. set pam klu lepas sesi mengepam leh letak dlm cooler bag / freezer p. sejuk. so xperlu basuh utk yg kerap mengepam.Ini boleh mengelakkan bakteria / kuman. Cam saya tiap kali basuh sy akan guna m/wave sterilizer. Camne su?

3. set botol susu perlu ditukar setiap 6 bln? betul ke calar pada botol susu boleh sebabkan kuman mudah lekat? botol susu itu x sesuai ke disimpan utk anak seterusnya?

Mohon penjelasan…

Puan Yantie
——————————————
Waalaikumussalam Puan Yantie,

1. Puan digalakkan mengepam susu 3 jam sekali bagi mengekalkan produksi susu ibu terutama bagi ibu yang mempunyai bayi berusia dibawah 1 tahun.

2. Puan boleh mengelap dengan tisu dan menyimpan set corong pam Puan didalam beg penyejuk (cooler bag) dan menggunakannya semula dalam tempoh kurang 10 jam dan cooler bag masih dalam keadaan yang sejuk.

3. Calar pada botol menyebabkan chemical leaking dan ibu digalakkan menukar botol susu sekiranya terdapat calar pada botol simpanan.

Continue Reading

Penyusuan bayi secara eksklusif – Akhbar Sinar 3 Julai 2012

Artikel tulisan di akhbar Sinar Harian (3 Julai 2012)

Di Malaysia, peratusan ibu menyusu bayi secara eksklusif masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara Asia lain. Untuk pengetahuan, Malaysia adalah negara terendah bagi penyusuan bayi secara eksklusif dan merupakan negara tertinggi dalam penggunaan susu formula.

Penyusuan bayi secara eksklusif, satu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi.

Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul dan kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.

Konsultan Laktasi Bertauliah IBCLC, Siti Nur Suraya Mohamed Ali berkata, penyusuan bayi secara eksklusif bermaksud, hanya susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan tanpa sokongan makanan atau minuman lain termasuklah air masak.

Menurutnya, makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas. Lebih baik lagi, jika ibu dapat meneruskan susuan ke atas bayi mereka sehinggalah bayi meningkat dua tahun.

“Paling penting, si ibu perlu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurangkurangnya enam bulan pertama, barulah dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup positif pada bayi,” katanya pada Sinar Harian.

Apa yang jelas, katanya, menyusukan bayi dengan susu ibu adalah satu langkah bijak dan terbaik ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi.

Persediaan awal

Namun begitu, setiap ibu harus ingat yang penyusuan tidak akan berjaya jika sekadar Konsumer melahirkan dengan kata-kata sahaja.

“Sekiranya ibu sudah berniat hendak menyusukan anak sepenuhnya maka, mereka perlu membuat persediaan ketika masih mengandung,” katanya.

Beliau berkata, persediaan awal ini sangat penting bagi menguatkan mental supaya si ibu dapat menghadapi cabaran penyusuan.

“Antara persediaan awal ialah menghadiri kelas penyusuan, membaca banyak buku dan melayari Internet mengenai kebaikan susu ibu serta mendapatkan pandangan pakar supaya ibu bersedia menyusu semasa kelahiran anak ketika dalam tempoh berpantang juga ketika ingin meneruskan penyusuan,” katanya.

Katanya, penyusuan adalah sesuatu yang semula jadi tetapi kemahiran itu masih perlu dipelajari seperti kaedah dan kedudukan bayi (latch on) yang betul semasa menyusukan.

“Menyusukan bayi sepatutnya tidak menyakitkan. Mulut bayi terbuka luas dan bibirnya merangkumi bahagian aerola (bukannya terlipat ke bahagian dalam).

“Puting ibu sepatutnya berada di bahagian lembut rahang atas mulut bayi dan bukannya bahagian keras bagi mengelakkan sakit atau merekah,” katanya.

Menurutnya, kaedah yang betul mampu mengelakkan pembengkakan payudara, mampu merangsang pengeluaran susu dan melancarkan pengaliran air susu seterusnya membuatkan bayi anda kenyang.

Tambahnya lagi, setiap ibu harus memahami anatomi dan fisiologi payudara. Hal ini kerana, ketika mengandung, tubuh si ibu sudah bersedia untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan “Ini bermaksud, susu ibu sudah ada sebaik sahaja bayi dan uri dikeluarkan. Tidak ada orang yang tiada susu atau belum ada susu. Tiada sedutan daripada bayi bermakna tiada stimulasi dan boleh mengakibatkan susu tidak keluar,” katanya.

Pam susu

Siti Nur Suraya yang juga Pengarah Urusan Lunatots berkata, setiap ibu harus menyediakan pam susu sebelum melahirkan. “Ramai ibu gusar untuk membeli pam susu yang bagus dan mahal kerana bimbang diri tiada susu seterusnya menyebabkan pembaziran.

Pam susu yang mahal akan berbaloi setanding dengan kualitinya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau turut mengingatkan supaya ibu bersedia dengan segala kemungkinan seperti bayi atau ibu yang terpaksa di tahan di wad.

“Proses kelahiran yang dirancang memberi lebih peluang kepada ibu untuk fokus terhadap keperluan bayi. Beritahu secara bertulis kepada pihak hospital supaya bayi anda tidak disusukan dengan susu formula kerana anda mahu menyusukannya sendiri.

“Si ibu masih boleh menyusukan bayi dengan susu ibu melalui cara mengepam susu. Susu boleh dipamkan seawal hari ketiga kelahiran,” katanya.

Selain itu, katanya, aksesori untuk kemudahan penyusuan juga harus disediakan seperti pad payudara yang boleh dibasuh, nursing bra and pillow, baju yang sesuai dan peti sejuk untuk menyimpan stok susu bayi.

Katanya, apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif. “Saya berharap ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Menyusukan anak selama dua tahun adalah sesuatu yang tidak mustahil.

“Rujuk kepada yang pakar jika anda mengalami masalah mengenai penyusuan ibu,’’ katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah hubungi Siti Nur Suraya melalui laman web di www.lunafamily.my atau www.lunatots. com atau laman sosial Facebook di www. facebook.com/lunatots.

Continue Reading

Berapa Banyak (oz) Bayi Minum Susu Ibu

Kebanyakan ibu yang merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan sebenarnya bukanlah bermasalah

Bila ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anaknya
Katanya susu itu ‘sikit’ jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerja
Setelah semua minuman/makanan penambah susu diambil

Dan semua usaha telah dilakukan, namun tidak berjaya juga ‘membanyakkan susu’
Biasanya ibu memilih beralih kepada susu formula, walaupun ianya bukanlah penyelesaian (dan mungkin membawa banyak masalah lain)

Saya merasakan ianya adalah suatu isu kuantitatif dimana berapa ‘banyak’ ialah ‘banyak’ dan berapa ‘sikit’ ialah ‘sikit’ mengikut definisi masing masing
Rata rata ibu mahukan jawapan dalam bentuk angka seperti “pam susu 20 minit sebelah payudara” walau jawapan sebenarnya ialah “pam/perah susu sehingga payudara kosong”
Dan “anak minum 3 oz sekali” berbanding hakikatnya “anak minum mengikut kehendaknya dan berbeza beza”

Ok, saya ringkaskan dalam bentuk formula.
Formula ini hanya sebagai panduan. Boleh jadi sesuai untuk anda dan bayi dan boleh jadi tidak.
Sekurang-kurangnya anda memahami asasnya.

Terma ini akan digunakan :
Berapa jam anda meninggalkan bayi (H)
Anggaran satu botol ialah 3 oz (B)
3 oz memadai untuk fungsi normal tubuh bayi anda
Biasanya bayi akan minum selang 2 jam dan sedikit-sedikit

Untuk bayi di bawah usia 6 bulan formulanya ialah B = H / 2.
Contohnya kita bekerja 10 jam. Bahagi 2 sama dengan 5 botol susu diperlukan .
5 botol susu sama dengan 15 oz (5 *3oz).


Untuk bayi berusia 6 bulan sehingga 12 bulan, formulanya ialah B = (H/2)-1
Contohnya ibu bekerja 12 jam.
Bahagi 2 sama dengan 6 botol susu. Tolak 1 botol sama dengan 15 oz.
1 botol yang kita tolak adalah kerana bayi sudah boleh makan dan hidangan tersebut boleh digantikan dengan makanan seperti nasi, sayur mahupun buah.

Selepas bayi berusia 12 bulan ke tasa, formulanya ialah B = (H/2) -2
2 botol yang ditolak juga kerana menggantikannya dengan makanan bayi.
Semakin bayi membesar, ibu akan menghasilkan susu yang semakin berkurangan kerana hormon prolaktin yang menyusut dan dalam masa yang sama bayi anda bersedia untuk menikmati pelbagai kelazatan makanan.

Cadangan Cara Bayi Menyusu:

  • Sekiranya anda meninggalkan bayi anda pada pukul 8 pagi, susukannya terlebih dahulu
  • Beritahu pengasuh bahawa susu yang sudah dipanaskan (3 oz) tahan selama 2 jam
  • Usah paksa bayi menghabiskan kesemua susu tersebut serentak, simpan susu ditepi dan offer lagi bila bila perlu
  • Gunakan cup kecil, picagari mahupun sudu untuk lebih mudah mengawal kuantiti susu yang anak akan minum
  • Jika memilih menggunakan botol, gunakan puting bersaiz paling kecil dan jangan tukar saiz puting walaupun bayi sudah besar
  • Minta pengasuh untuk mengelakkan memberi bayi minum susu setiap kali dia ‘berbunyi’, sebaliknya tukar lampinnya (jika basah), angkatnya (jika bayi bosan) etc etc, tepuk2 perlahan untuk menenangkannya

Dan jika bayi anda minum kurang sepanjang siang, mungkin beliau adalah jenis Reverse Cycling dimana dia suka minum dengan banyak secara terus dari ibunya (pada waktu malam)
Jangan susah hati ya ibu.
Teruskan menyusui, doa saya bersama anda!
(Perhatikan perkembangan kecergasannya begitu juga keadaan kesihatan bayi anda ya)

Selamat menyusui dengan gembira!

Puan Suraya Ali, IBCLC
Lunatots – Your Parenting Partner
www.lunatots.com
www.facebook.com/lunatots

Continue Reading