Berapa Banyak (oz) Bayi Minum Susu Ibu

Kebanyakan ibu yang merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan sebenarnya bukanlah bermasalah

Bila ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anaknya
Katanya susu itu ‘sikit’ jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerja
Setelah semua minuman/makanan penambah susu diambil

Dan semua usaha telah dilakukan, namun tidak berjaya juga ‘membanyakkan susu’
Biasanya ibu memilih beralih kepada susu formula, walaupun ianya bukanlah penyelesaian (dan mungkin membawa banyak masalah lain)

Saya merasakan ianya adalah suatu isu kuantitatif dimana berapa ‘banyak’ ialah ‘banyak’ dan berapa ‘sikit’ ialah ‘sikit’ mengikut definisi masing masing
Rata rata ibu mahukan jawapan dalam bentuk angka seperti “pam susu 20 minit sebelah payudara” walau jawapan sebenarnya ialah “pam/perah susu sehingga payudara kosong”
Dan “anak minum 3 oz sekali” berbanding hakikatnya “anak minum mengikut kehendaknya dan berbeza beza”

Ok, saya ringkaskan dalam bentuk formula.
Formula ini hanya sebagai panduan. Boleh jadi sesuai untuk anda dan bayi dan boleh jadi tidak.
Sekurang-kurangnya anda memahami asasnya.

Terma ini akan digunakan :
Berapa jam anda meninggalkan bayi (H)
Anggaran satu botol ialah 3 oz (B)
3 oz memadai untuk fungsi normal tubuh bayi anda
Biasanya bayi akan minum selang 2 jam dan sedikit-sedikit

Untuk bayi di bawah usia 6 bulan formulanya ialah B = H / 2.
Contohnya kita bekerja 10 jam. Bahagi 2 sama dengan 5 botol susu diperlukan .
5 botol susu sama dengan 15 oz (5 *3oz).


Untuk bayi berusia 6 bulan sehingga 12 bulan, formulanya ialah B = (H/2)-1
Contohnya ibu bekerja 12 jam.
Bahagi 2 sama dengan 6 botol susu. Tolak 1 botol sama dengan 15 oz.
1 botol yang kita tolak adalah kerana bayi sudah boleh makan dan hidangan tersebut boleh digantikan dengan makanan seperti nasi, sayur mahupun buah.

Selepas bayi berusia 12 bulan ke tasa, formulanya ialah B = (H/2) -2
2 botol yang ditolak juga kerana menggantikannya dengan makanan bayi.
Semakin bayi membesar, ibu akan menghasilkan susu yang semakin berkurangan kerana hormon prolaktin yang menyusut dan dalam masa yang sama bayi anda bersedia untuk menikmati pelbagai kelazatan makanan.

Cadangan Cara Bayi Menyusu:

  • Sekiranya anda meninggalkan bayi anda pada pukul 8 pagi, susukannya terlebih dahulu
  • Beritahu pengasuh bahawa susu yang sudah dipanaskan (3 oz) tahan selama 2 jam
  • Usah paksa bayi menghabiskan kesemua susu tersebut serentak, simpan susu ditepi dan offer lagi bila bila perlu
  • Gunakan cup kecil, picagari mahupun sudu untuk lebih mudah mengawal kuantiti susu yang anak akan minum
  • Jika memilih menggunakan botol, gunakan puting bersaiz paling kecil dan jangan tukar saiz puting walaupun bayi sudah besar
  • Minta pengasuh untuk mengelakkan memberi bayi minum susu setiap kali dia ‘berbunyi’, sebaliknya tukar lampinnya (jika basah), angkatnya (jika bayi bosan) etc etc, tepuk2 perlahan untuk menenangkannya

Dan jika bayi anda minum kurang sepanjang siang, mungkin beliau adalah jenis Reverse Cycling dimana dia suka minum dengan banyak secara terus dari ibunya (pada waktu malam)
Jangan susah hati ya ibu.
Teruskan menyusui, doa saya bersama anda!
(Perhatikan perkembangan kecergasannya begitu juga keadaan kesihatan bayi anda ya)

Selamat menyusui dengan gembira!

Puan Suraya Ali, IBCLC
Lunatots – Your Parenting Partner
www.lunatots.com
www.facebook.com/lunatots