7 Tips Mudah Urus Lampin oleh Lunatots

1. Gunakan pelapik lampin yang berfungsi sebagai pengalas bagi mengelakkan lampin kain kotor terkena najis.
Anda dicadangkan menggunakan pelapik lampin yang organik dan mudah terurai seperti Lunacare Biodegradable Flushable Liner

2. Pastikan saiz lampin yang dipakai adalah “muat muat”. Tak ketat tak longgar. Lampin Lunatots mempunyai butang larasan saiz S, M, L dan XL.
Laraskan saiz lampin mengikut saiz peha bayi dan pastikan najisnya tidak terkeluar.

3. Pilih material dalam lampin berwarna gelap. Warna warna seperti hitam, merah, hijau dan coklat dalam lampin membantu mengelakkan warna najis tertinggal pada lampin.

4. Minta pengasuh removekan najis. Bagi ibubapa yg menghantar anak ke rumah pengasuh pada hari siang, mohon jasa baik pengasuh utk removekan poop anak anda (jika keras dan mudah untuk dirinya). Lebih mudah jika anda menggunakan pelapik lampin seperti dlm tips no 1.

5. Gunakan peluntur kotoran yang sesuai. Lampin tidak boleh dibasuh menggunakan peluntur berklorin. Lunacare Oxybleach berasaskan tumbuhan, tiada enzim dan tiada pewangi. Penggunaan peluntur yang tidak sesuai boleh menyebabkan materialnya rosak. Peluntur oksigen Lunacare membantu mengurangkan kesan kotoran najis pada lampin.

6. Jangan perap lampin lama lama. Bagi ibubapa yang mempunyai banyak lampin, elakkan memerap lampin kotor lebih dari seminggu. Ini kerana semakin lama diperap, semakin sukar kesan najis ditanggalkan.

7. Sidai lampin dibawah cahaya matahari. Cahaya matahari adalah ejen pemutih paling baik. Jika anda berkerja dan tidak dapat menyidai lampin dibawah matahari, manfaatkan hari minggu anda untuk lampin anda menikmati cahaya matahari.

Tips tambahan Lunafamily:

Seharian anak dirumah pengasuh. Sesi membasuh lampin pada waktu malam membolehkan ibu bapa mengesan sebarang perubahan pada najis anak.

Perhatikan jika ada darah, keras atau lembik, apa yg terkandung dlm najisnya tanpa perlu hari hari tanya pengasuh “Anak saya poo poo tak harini?”

Anda ibu bapa prihatin, kami percaya